Sama ada korang bergelar skaters, fesyenista, pemain bola keranjang ataupun merupakan gym junkie, REMAJA ada seleksi sneakers baru yang sesuai untuk korang pada bulan Ogos ini.
4 rekaan terbaru ini membolehkan pemiliknya bergerak pantas, flesksibel dan paling penting, selesa sepanjang waktu memakainya.
01
PUMA
Jika supermodel, Adriana Lima memakai sesuatu, ribuan lagi perempuan turut ingin memakainya! Terbaru, Adriana dipilih sebagai duta koleksi Weave XT daripada PUMA.
Weave XT memudahkan aktiviti hardcore korang di gimnasium kerana midsole-nya membolehkan pergerakan pantas, fleksibel dan pada masa yang sama, betul-betul memberikan grip yang mantap.
RM329 di stor PUMA dan stor rangkaian.
Ads
02
COLE HAAN
JenamaAmerika Syarikat ini semakin pantas mempelbagaikan lagi koleksi sneakers yang mereka tawarkan. Terbaru, Cole Haan memperkenalkan koleksi Generation ZEROGRAND yang sesuai untuk kedua-dua jantina dan amat menyelesakan!
Ia mempunyai rekaan Stitchlite yang betul-betul mengikut bentuk tapak kaki. Selain itu, ia ringan dan sesuai untuk dijadikan sebagai sneakers, kasut kasual dan kasut formal.
Lihat je bagaimana penari ini membuatkan persembahan di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini. Selamba je mereka boleh bergerak bebas di perkarangan bangunan itu.
Kini, Vans bukan lagi hanya untuk warga skaters tetapi ia adalah sneakers lifestyle yang semakin digemari kerana stailnya.
Khas sempena ulangtahun ke-40 Vans bekerjasama dengan sukan BMX, koleksi khas Vans BMX 40th Anniversary Pack: Sk-8 akan mula dilancarkan pada 8 Ogos ini. Penulis merasakan ramai yang akan merebut sneakers berwarna hijau neon ini kerana 80’s vibe yang diberikan. Selain itu, ia juga didatangkan dalam warna biru putih.
Ads
04
UNDER ARMOUR
Bagi peminat sukan bola keranjang, korang tahu kan bahawa Under Armour ialah antara jenama yang terbaik untuk memberikan korang stabiliti, keselesaan dan memudahkan pergerakan di sekeliling gelanggang.
Koleksi paling popularnya, the HOVR Havoc kini mempunyai ‘adik’ iaitu the HOVR Havoc 2 yang mempunyai sistem kusyen UA HOVR. Ia mempunyai respon yang baik sekiranya pemain berlari dan melompat, seakan mempunyai impak ‘spring’.
RM579 di stor Under Armour Sky Avenue Genting Highlands, stor Hoops Station dan secara online di underarmour.com.my
Pertemuan pihak media bersama selebriti yang hangat diperkatakan sejak majlis pernikahannya kepada penceramah bebas, Haris Ismail semalam di sebuah majlis pelancaran tidak dibazirkan begitu saja.
Pelbagai soalan yang terbuku di minda ramai orang cuba diajukan kepada Dewi Remaja 2009/2010 itu.
Namun, satu perkara yang menarik perhatian REMAJA adalah penjelasan Lofa berkenaan perancangannya sebelum menginjak masuk ke bulan Ramadan Al-Mubarak, minggu hadapan.
Seperti yang diketahui oleh peminat Lofa, dia skeluarga pernah beberapa kali menghabiskan masa di bulan Ramadan dengan mengunjungi kota suci Mekah dan mengambil keberkatan beribadah di sana.
Namun dek kerana pandemik COVID-19 yang masih melanda, tiada apa yang umat dunia dapat lakukan untuk berkunjung ke negara lain termasuklah ke kota suci.
Biarpun Lofa tidak menyentuh apakah bentuk perancangan yang ada di mindanya bagi Ramadan kali ini, dia menjelaskan ada sesuatu yang ingin sekali dilakukannya. Bagaimanapun, semua itu bergantung kepada faktor-faktor tertentu.
Adakah dia mempunyai perancangan untuk berpuasa di lokasi selain Kuala Lumpur?
“Ada satu perancangan yang saya sedang lakukan sekarang. Tapi sekiranya tidak dapat ditunaikan, saya akan berpuasa di (Kuala Lumpur) bersama keluarga seperti biasalah,” katanya.
Menyentuh mengenai pengalaman sulung di bulan Ramadan bersama suami tercinta, Lofa mengakui teruja menantikannya.
“(Ia) sesuatu yang saya tertunggu-tunggulah, insyaAllah. Dipenuhi dengan program-program tersendiri. Saya (perbanyakkan masa) di rumah,” jelasnya secara ringkas.
Terdahulu, episod pernikahan Neelofa dan Haris tidak henti-henti diperkatakan apabila mereka didakwa melangsungkan majlis pernikahan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara tanpa mematuhi saranan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan di kalangan tetamu.
Tidak lama selepas itu, satu lagi kontroversi dikaitkan dengan pasangan itu apabila mereka didakwa menggunakan alasan tugasan bekerja dengan satu jenama minuman demi berkunjung ke Pulau Langkawi dan berbulan madu.
Bukan mahu mendiskriminasikan, tetapi jika bercakap soal penjagaan kereta, ramai lelaki yang memandang rendah terhadap kemampuan wanita.
Bukan semua, tapi rata-rata daripada mereka menganggap bahawa wanita hanya pandai memandu tetapi tidak dalam soal penjagaan dalaman kereta. Jadi, untuk tidak lagi dilabel sebagai typical ‘lady driver’, Remaja nak kongsikan panduan yang diberikan oleh Azbi Centre sebagai info buat perempuan tentang perkara-perkara yang patut mereka ambil tahu tentang hal yang berkaitan dengan kereta.
1. Ketahui model, tarikh keluaran dan pembuatan
Nampak macam remeh sahaja kan? Tapi bila korang tidak tahu tentang tahun keluaran model keret, ia boleh mengundang bermacam masalah. Aksesori, bahagian fungsi kereta dan jenis servis bergantung pada tahun keluaran kereta tersebut.
2. Kenali bahagian asas kereta dan fungsinya
Terdapat beberapa bahagian asas kereta yang memang korang wajib tahu supaya nanti bila ada sebarang kerosakan minor, korang dah boleh mengecam apa yang patut ditukar.
3. Tayar, tayar dan tayar
Tanpa tayar, memang tidak bergeraklah kereta korang ke mana-mana tapi tanpa tayar yang baik juga boleh membahayakan keselamatan. Tayar kereta memerlukan tekanan udara yang seimbang, corak bunga tayar yang baik untuk cengkaman jalan raya dan jenis tayar yang sesuai dengan kelebaran ring tayar kereta.
4. Sediakan jadual servis kereta
Setiap kereta apabila ia mencecah per kilometer yang ditetapkan wajib dihantar servis untuk menyesuaikan keadaan kapasiti baru kereta tersebut. Jadi korang kena sentiasa berwaspada kilometer kereta, sediakan jadual servis kereta supaya ia juga tidak terganggu dengan jadual harian korang nanti.
5. Belajar cara ‘jump’ bateri kereta
Sentiasa pastikan kabel jumper berada di dalam kereta, tanpa kita sedar kita bakal memerlukannya jika bateri kereta sudah habis. Matikan enjin kereta. Letakkan pengepit berwarna merah di pusat positif (+) bateri yang kering dan pengepit merah lagi satu di (+) bateri kereta yang hidup.
Pengepit warna hitam diletakkan di pusat negatif (-) bateri dan pastikan pengepit hitam yang kedua diletakkan permukaan logam tidak bercat kereta bagi mengelakkan percikan api berbahaya. Hidupkan enjin kereta dan mulakan jump, lakukan selama sekurang-kurang setengah jam untuk mengecas semula bateri yang mati.
6. Simpan nombor telefon mekanik
Siapa tahu mungkin berlaku kecemasan di luar bandar atau di kawasan yang tiada pusat kereta terdekat. Inilah gunanya menyimpan nombor telefon mekanik di tempat yang sentiasa menghantar kereta. Cuma pasti kan korang sudah mengenali ‘abang’ mekanik tersebut jadi tidak lah akward untuk minta tolong.
Okay sis, kalau tak boleh nak repair kereta atleast korang kena tahu 6 perkara asas ni ya. Barulah tak dilabel sebagai bimbo. Buktikan perempuan cantik pun tahu pasal kereta. Hiks!
Baru-baru ini, kumpulan Dolla yang dianggotai oleh Tabby, Sabronzo dan Angel mengumumkan mereka bakal mengadakan sebuah konsert pada 3 Ogos ini yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.
Konsert Dolla Re:Birth The Experience itu merupakan konsert sulung mereka selepas lebih empat tahun mencipta nama dalam industri hiburan tanah air.
Angel berkata konsert itu bakal menyaksikan era baru Dolla dengan corak persembahan berbeza, selain menjanjikan kepuasan buat peminat yang hadir.
Kredit: Instagram @dolla.official
“Konsert Dolla ini seperti kelahiran semula dan menonjolkan sisi matang kami. Kami telah mulakan persiapan, kini sedang menyediakan susunan lagu Dolla yang baharu dan segar untuk konsert itu”
“Sudah tentu persembahan yang tidak pernah dilihat oleh siapapun sebelum ini serta akan menjadi pengalaman penuh emosi dan istimewa untuk semua peminat Dolla”
Dalam pada itu, Tabby dan Sabronzo berharap dapat memberikan persembahan terbaik pada konsert itu serta akan memastikan penyampaian yang lebih segar.
Sementara itu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Solutions Rohit Rampal berkata konsert itu akan menjadi medan bagi membolehkan Dolla mempamerkan semua yang telah kumpulan itu pelajari sejak kemunculan mereka.
“Kami sentiasa bersemangat untuk menonjolkan bakat tempatan, kami mahu memberikan kumpulan kelahiran Malaysia ini kesempatan meraikan kejayaan mereka. Dolla telah bekerja keras selama ini, mereka berhak merealisasikan cita-cita besar mereka”
Sekadar info, antara lagu yang pernah dipopularkan Dolla adalah Damelo, Dolla Make You Wanna, Look At This, dan Raya Raya Raya.
Pembelian tiket boleh dibuat menerusi www.hitmanlive.com mulai 30 Mei ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!