Setiap akhir tahun semasa kita menghampiri perayaan Natal, pelbagai jenama kecantikan antarabangsa tidak pernah gagal untuk menawarkan pakej edisi terhad.
Kebanyakan daripadanya juga mempunyai rekaan istimewa yang bukan saja terarah kepada perayaan Natal. Malah, rekaannya juga adalah lain daripada yang lain dan perlu dimiliki.
Jom kita lihat 4 jenama yang sudah mula mempromosikan set mekap ‘festive’ mereka.
01
GUCCI BEAUTY
Direka khas menggunakan warna-warna yang sinonim dengan musim perayaan, Gucci Beauty memperkenalkan kembali lipstik edisi terhad Rouge A Levres Lunaison dalam 3 warna glitter baharu.
302 Agatha Orange, 402 Vantine Fuchsia & 511 Madge Red Rouge (RM159 setiap satu).
Warna jingga, merah jambu dan merah yang dipilih untuk versi kali ini mudah untuk dipakai pada bibir dengan 1 calitan. Warna glitter tersebut dicampur dengan tekstur seakan baldu bagi memberikan efek yang lebih menawan.
But that is not all guys.
Gucci Beauty juga memperkenalkan wangian Gucci Guilty Pour Homme & Pour Femme, wangian Gucci Bloom, markara L’Obscur dan face powder de Mat Naturel.
Ads
02
shu uemura
Okay kami masih tidak dapat mencari pelentik bulu mata yang lebih baik daripada shu uemura. Tetapi khasnya untuk musim perayaan ini, shu uemura bukan saja akan mengeluarkan maskara baru.
Mereka juga akan menawarkan lebih banyak barangan solekan edisi terhad dengan kolaborasi bersama manga Jepun terkenal, ONE PIECE!
Ads
Koleksi shu uemura x ONE PIECE baru saja dilancarkan di kesemua stor dan online pada hari ini and let us tell you.. it looks so good. Kesemuanya mempunyai ilustrasi karakter ONE PIECE. Malah pilihan warnanya juga sinonim dengan betapa vibrannya karakter manga tesebut.
Antara yang kami gemari adalah treasure box eye palette grand line (edisi terhad), treasure box eye palette thousand sunny (edisi terhad), fearless crew premoum makeup box (edisi terhad) dan tentunya, wanted gold eyelash curler.
03
KIEHL’S
Jenama penjagaan kulit dan diri dari New York ini kembali lagi dengan rekaan packaging yang comel dan ikonik untuk musim perayaan tahun ini. Kali ini, pakej kotak KIEHL’s direka khas dengan kolaborasi bersama ilustrator dari Lyon Perancis, Maite Franchi. Peminat jenama Kiehls boleh mendapatkan produk kegemaran masing-masing dalam bentuk pakej edisi terhad termasuklah Midnight Recovery Concentrate, Ultra Facial Cream, Calendula Herbal Extract Toner dan Clearly Corrective Dark Spot Solution yang merupakan serum paling laris Kiehls di seluruh dunia.
Ads
04
SEPHORA
Last but not least, musim perayaan akhir tahun pastinya tidak sah tanpa kelibat promosi istimewa daripada Sephora.
Dengan tema The Power of Gifting untuk 2020, Sephora ingin mengajak korang untuk bukan saja mendapatkan barangan mekap edisi terhad bagi diri sendiri tetapi juga untuk memberikan kecerian kepada orang lain.
Caranya mudah saja, korang boleh memilih beberapa pakej yang disediakan di laman web Sephora dan hantarkannya kepada yang tersayang.
Dalam banyak-banyak barangan solekan yang termasuk dalam pakej itu, kami mengggemari Tatcha Special Edition Luxury Kiri Set. We know, pada hara RM1,330 ia adalah hadiah yang agak mahal. But guys, you know how Tatcha works so well on our skin.
Set ini mengandungi semua produk yang diperlukan bagi mendapat kulit wajah yang lebih berseri.
Jika inginkan sesuatu yang lebih glamor, kami memilih set BECCA x Barbie Ferreira prismatica Face Palette (RM189) yang sesuai untuk solekan malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula dengan sukan pushbike, akhirnya telah membawa tuah buat seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Mikayla, apabila kini bergelar pelakon cilik.
Penglibatan dalam sukan tersebut juga telah membuka ruang dan peluang besar buat adik Mikayla sehingga ditawarkan menjadi pelakon utama menerusi drama bersiri Budak-Budak Pushbike, yang bakal ditayangkan di saluran TV1.
Menurut bapa kepada Mikayla, Datuk Seri Wan Muzri mengakui tidak sangka bahawa anak perempuannya itu akhirnya dapat mencapai impiannya untuk menceburi bidang hiburan.
“Mikayla memang minat dalam dunia hiburan. Tak sangka, litar sukan membuka peluang untuk dia menggapai impiannya.
“Mula-mula dia gugup juga tapi lama-lama dia sudah biasa dan semangat. Ini adalah langkah besar untuk Mikayla, dari pushbike ke lakonan,” kata bapanya.
Selain itu, Wan Azri turut memaklumkan selain Mikayla, dua lagi cahaya mata kesayangannya iaitu Mikael dan Maleeq turut berkecimpung dalam sukan pushbike bermula tahun 2019.
“Saya melihat Mikael mempunyai potensi terbaik ketika menyertai perlumbaan pertamanya. Tak sangka dia juga berjaya berjaya mendapat tajaan basikal Bike8, jenama terkenal dari China dan terus mengharumkan nama keluarga dalam pelbagai kejohanan antarabangsa.
“Malah, Maleeq, adik bongsu juga menerima tajaan basikal daripada syarikat Rockfish yang kagum dengan kehebatannya di litar. Mereka bertiga memang giat berlatih dan sentiasa bersemangat,” ujarnya lagi.
Naskhah yang mengisarkan kehidupan kanak-kanak dalam sukan Pushbike ini turut menampilakn pelakon hebat lain antaranya Ashraf Muslim, Isyariana, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Angka 17 menjadi angka bertuah buat Danish Adham Nuqman Soon, 17 tahun.
Pelajar seni kulinari di Kolej Vokasional Langkawi itu telah membanggakan negara setelah memenangi 17 pingat di Kejohanan Chef Dunia 2019 minggu ini. Kejayaan itu tidak disangka oleh remaja itu sendiri apabila namanya dipanggil berulang kali untuk ke hadapan menerima hadiah sehinggakan para juri terkejut.
"Saya sendiri tak menyangka akan memenangi kategori-kategori itu kerana saya berhadapan dengan pesaing yang lebih berpengalaman. Kejayaan ini adalah momen manis untuk saya dan keluarga," kata Danish yang ingin meneruskan cita-citanya menjadi seorang chef selebriti.
Di samping kategori serius yang dimenanginya, Danish turut membawa pulang trofi untuk kategori 'Outstanding Hot Cooking Chef'. Peserta termuda dalam kejohanan itu sering mendapat galakan daripada guru dan ibu bapanya untuk mengikuti pertandingan memasak ketika di sekolah.
Penyertaan itu bukan saja untuk bertanding semata-mata tetapi ia juga memberikan keyakinan kepada Danish untuk mengatasi masalah anxiety yang dihadapinya.
Tahniah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kedua-dua insan yang berkolaborasi dengan Naim Daniel menerusi lagu ini juga telah pergi menemui Ilahi.
Satu-persatu rakan selebriti kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, 37 menitipkan ucapan takziah di atas pemergian penghibur berbakat itu di media sosial pada hari ini.
Selain mengajak pengikut mereka mendoakan kesejahteraan roh Allahyarhamah, ada juga yang tampil berkongsi mengenai hubungan peribadi mereka dengannya serta memuji akhlak dan keperibadiannya.
Menerusi hantaran di Instagram, penyanyi dan pelakon, Naim Daniel berkongsi cebisan perbualan di antara dirinya dan arwah.
Perbualan itu mungkin sekali berlaku sewaktu Naim meraih kejayaan di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 menerusi Sumpah pada Februari 2020 memandangkan arwah Siti Sarah dilihat mengucapkan tahniah kepada Naim dalam perbualan tersebut.
Pada masa yang sama, arwah secara berseloroh membuat permintaan inginkan lagu ciptaan Naim sebagai single terbaru bagi dipersembahkannya di pentas AJL. Untuk pengetahuan, kali terakhir arwah muncul dengan single baharu adalah menerusi Manis karya Yonnyboii. Selepas berterima kasih di atas ucapan tahniah daripada arwah, Naim terus bersetuju untuk menyiapkan demo.
Hanya beberapa hari saja selepas menyuarakan hasratnya kepada Naim, demo pertama dihantar kepada arwah dan hatinya terus terpaut.
Begitupun, keadaan pada waktu itu tidak mengizinkan setelah negara dilanda pandemik COVID-19. Mereka juga perlu mencari individu lain untuk menyusun muziknya memandangkan industri seni baru saja kehilangan pemuzik, Allahyarham Faizal Uzir atau Lok U yang sepatutnya ditugaskan menyusun lagu berkenaan. Arwah terus menunda sesi rakaman setelah mendapat tahu dia berbadan dua.
Arwah ada merancang untuk merakamkannya selepas bersalin. Ternyata, Allah SWT ialah sebaik-baik perancang. Belum sempat meneruskan kolaborasi mereka, arwah terlebih dahulu dijemput Ilahi pada hari ini.
*
Menerusi hantaran Instagram yang sama, Naim memuji arwah sebagai seorang kakak, sahabat, ibu dan isteri yang baik.
“Lagu yang adik buat untuk kakak tu, adik simpan ya. Suka bila dengar kakak nyanyi lagu tu, sampai setiap rasa. Dari arwah Lok U mainkan piano, kakak nyanyi. Sekarang, Allah bawa kakak balik.
“Mohon semua hadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin,” catat Naim.
Sekitar Julai tahun lalu, arwah pernah berkongsi kepada BHOnline mengenai keinginannya berkolaborasi dengan Naim. Katanya, tidak kiralah seseorang itu masih muda, ada nama ataupun tidak; beliau tidak ‘memilih bulu’ dalam berkarya. Asalkan lagu tersebut boleh dinyanyikannya dan berkualiti.
Berdasarkan kenyataan Naim di Instagram ini, nampaknya mungkin sekali lagu yang mereka rancang ini akan ‘diperam’ saja olehnya. Mungkin juga ia tidak akan dilancarkan langsung dan kekal menjadi rahsia mereka berdua.