4 Sebab Kenapa Gadis 18 Tahun Ini Pilih Lelaki Muda Sebagai Suaminya, So Sweet…

Share

Berkahwin pada usia belasan tahun, memikul satu tanggungjawab terutama di usia muda bukan pilihan kebanyakan anak muda hari ini namun anda sudah dijodohkan, takkan ke mana.

Ramai yang masih di bangku sekolah dan baru memasuki pra universiti tetapi pasangan bahagia ini, Dhea Irdina dan Zaherofirdaus ini memilih berkahwin pada usia cukup muda. Dhea sendiri berusia 18 tahun manakala suaminya baru berusia 19 tahun.

Walaupun sebelum itu Dhea meminati Oppa Korea yang hensem tetapi bila melihat Zahero, hatinya sama sekali berubah selepas suaminya punya empat ciri ini iaitu  kelakar, pandai ambil hati, pemalu dan sopan dengan orang tua. Wow, so sweetkan kalau dapat lelaki yang pandai ambil hati. Itulah ciri-ciri yang buat Dhea tertarik dengan suaminya ini dan mereka memilih untuk berkahwin pada usia cukup muda, 18 dan 19 tahun.

Malah demi mengelak fitnah  dan dipandang tidak elok oleh orang sekeliling, mereka berdua mengambil keputusan berkahwin pada usia muda.

 

 

Baca catatan Dhea bagaimana dia mula tertarik dengan peribadi suaminya itu.

 

 

 

 

 

 

Dalam pada itu, ada pengguna retweet betapa bertuahnya pasangan ini. Ada yang sudah 25 pun belum ada kekasih dan masih solo. Malah masing-masing saling support each other untuk sama-sama bertemu jodoh selepas ini.

 

 

 

 

 

Alhamdulillah atas keputusan ini. Remaja doakan agar pasangan muda ini berbahagia di dunia dan akhirat. Tak kisahlah kahwin muda atau berapa usia, asal kita tahu tanggungjawab, insya Allah rumahtangga akan bahagia.

 

IKLAN