Semalam mungkin merupakan hari terakhir sebelum Sukan Asia 2018 melabuhkan tirai.
Namun, semalam juga adalah malam getir untuk peminat sukan negara apabila dua perlawanan penentuan pingat emas melibatkan atlet Malaysia. Seperti yang semua tahu, skuad hoki Malaysian Tigers kita hampir saja menjadikan kutipan pingat emas kepada angka 8.
Namun nasib dan taktik nyata tak menyebelahi mereka apabila tewas kepada Jepun dalam penentuan penalti walaupun overall, mereka telah beraksi dengan cemerlang sepanjang kempen di Indonesia ini.
Kilauan emas nampaknya lebih bersinar di gelanggang squasy Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia apabila skuad lelaki negara berjaya mengatasi tentang sengit Hong Kong dan menaiki podium sebagai pemenang. Sekaligus, mereka merealisasikan juga target 7 pingat emas yang diletakkan Kementerian.
Kemenangan tersebut membuka mata penonton di rumah mengenai kelibat 4 hero squasy ini.
Ads
Tetapi siapakah pemain-pemain ini?
01
Eain Yow Ng
Bekas Juara Dunia Remaja, Eian Yow kini berusia 20 tahun dan menduduki ranking ke-44 dunia.
Mirip rakannya, S. Sivasangari yang juga cemerlang dengan pingat perak perseorangan pada kali ini, Eain merupakan antara pelapis terbaik untuk meneruskan perjuangan sukan ini.
Dia mula bermain pada usia 7 tahun apabila ayah Eian membawanya ke kelab squasy untuk bermain dengan beliau. “I love squasy because I will get to meet people from all over the world.”
Ads
Semalam, Eian mengejutkan juara perseorangan Sukan Asia 2018, Leo Au Chun Ming dalam straight set pada perlawanan ketiga.
02
Nafiizwan Adnan
Berbanding Eian, pemain lain adalah lebih senior dan berpengalaman.
Pemain squasy lelaki nombor satu Malaysia, Nafiizwan terlebih dahulu cemerlang dengan pingat gangsa di Sukan Komanwel Goldcoast dan satu lagi pingat gangsa untuk perseorangan lelaki minggu lalu di Sukan Asia.
Atlet kelahiran Terengganu berusia 32 tahun ini memang sentiasa mempunyai mode game on, lebih-lebih lagi apabila jadual perlawanan antarabangsanya selalu packed.
Ads
03
Ivan Yuen Chee Wern
Akan meraikan hari lahir ke-28 dalam masa beberapa hari je lagi, Ivan Yuen semalam merupakan pemain pertama yang turun ke gelanggan dan memberikan tentangan sengit sebelum tewas 7-11, 18-20, 11-9, 8-11 kepada wakil Hong Kong, Yip Tsz Fung.
Juara Kebangsaan Kejohanan Ohana 2018 ini juga terlebih dahulu pernah menewaskan Nafiizwan Julai lepas sebagai persediaan sebelum Sukan Asia ni.
04
Mohammad Syafiq Kamal
Kacak dan baru berusia 22 tahun!
Pemain berketinggian 179sm ini juga merupakan antara pelapis terbaik. Kami yakin dalam masa beberapa tahun lagi, Syafiq juga mampu untuk mencapai kedudukan pemain senior lain.
Sekali lagi, Congrats Boys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Leona bukan asing lagi dalam dunia media sosial. Personaliti muda yang sering mencuri perhatian ramai itu sekali lagi menjadi bualan selepas berkongsi ciri lelaki idamannya.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Kasih Iris Leona Azhar secara berseloroh mengaku dia tidak berminat dengan lelaki yang sebaya atau lebih muda daripadanya.
Malah, lebih mengejutkan, Leona berkata dia lebih tertarik kepada lelaki berusia dan… botak!
“Korang, tolong beritahu saya kenapa jenis lelaki yang saya suka adalah lelaki berusia dan botak.
“Bila saya tengok lelaki muda, saya tidak tertarik kepada mereka. Saya berfikiran mereka hanyalah kanak-kanak. Tetapi lelaki yang lebih tua…” katanya dengan nada bersahaja.
Anak kepada aktor popular Azhar Sulaiman ini membuat kenyataan itu selepas berpeluang meluangkan masa dengan seseorang yang lebih berumur baru-baru ini.
“Saya mempunyai malam yang ‘gila’. Saya hanya terkejut dengan apa yang berlaku,” ujarnya sambil menambah bahawa dia memilih untuk tidak mendedahkan lebih lanjut kerana merasakan ini bukan masa yang sesuai.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil menyokong pandangan Leona. Ada yang bersetuju lelaki botak memang ada tarikannya tersendiri, bahkan turut menyenaraikan beberapa selebriti terkenal berimej botak dari luar negara sebagai contoh.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Leona
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi mereka yang sememangnya penggemar filem fiksyen sains dan pengembaraan angkasa lepas seperti Armageddon atau Interstellar, kali ini REMAJA ingin mencadangkan sebuah lagi filem yang mesti korang tonton iaitu Ad Astra.
Untuk pengetahuan korang, ‘Ad Astra’ ini merupakan perkataan yang diambil daripada bahasa latin yang bermaksud ‘ke bintang’.
Filem ini mengisahkan tentang seorang tentera angkasa lepas, Mejar Roy McBride (lakonan Brad Pitt) yang dipanggil untuk menjalankan satu misi rahsia untuk meninjau permasalahan yang berlaku di planet Neptune yang dipercayai mampu menjejaskan planet Bumi.
20 tahun lalu, bapa kepada Roy McBride iaitu Clifford McBride dipercayai telah hilang sewaktu menjalankan penyelidikkan tentang mahluk genius yang terdapat di planet Neptune.
Apa yang boleh kami rumuskan, filem Ad Astra ini sememangnya awesome kerana filem ini mengambil garis masa di zaman hadapan. Ad Astra menunjukkan kemajuan teknologi yang pesat di mana manusia ketika itu sudah mampu untuk melancong ke bulan dan mempunyai stesen penempatan di Marikh yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti hotel dan restoran makanan segera.
Permainan emosi yang baik
Kebanyakkan filem ini banyak tertumpu dan dimonopoli oleh watak Brad Pitt (Roy McBride). Kecelaruan emosi jelas terpancar dari riak wajahnya namun, masih tetap fokus bagi memastikan misi ini dapat diteruskan. Roy McBride telah pun mengorbankan kehidupan normalnya untuk mencari jawapan tentang misteri kehilangan bapanya itu.
Perjalanan yang mengambil masa berbulan-bulan secara solo itu banyak menyedarkan Roy McBride supaya lebih menghargai kehidupan dan tidak mengikut jejak langkah bapanya yang obses tentang masa hadapan sehingga mementingkan diri sendiri.
Penggunaan CGI dalam filem ini amat kemas dan ianya seperti anda sedang mengemudi kapal angkasa. Banyak rakaman menarik dapat dilihat di dalam filem ini. Pemandangan planet-planet dan bintang-bintang serta kemajuan tamadun amatlah realistik seperti memberi gambaran tentang angkasa lepas yang sebenar.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah filem ini sarat dengan istilah sains atau pun sukar untuk difamahi?
Jawapannya Nope.
Ad Astra adalah sebuah filem untuk mereka yang gemarkan karya yang berseni lagi mendalam tanpa perlu memenatkan minda untuk memikir segala teori alam semesta. Menarik untuk disimpulkan disini, dalam sibuk kita mengejar esok jangan sesekali lupakan apa yang kita ada hari ini.
Filem Ad Astra kini sudah pun boleh ditonton di pawagam di seluruh Malaysia dan korag jangan lepaskan pekuang untuk tonton sisi lain Brad Pitt yang jarang dilihat pada filem-filemnya sebelum ini.
Enjoy!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah kami ucapkan kepada Athisha Khan kerana baru sahaja menamatkan pelajarannya dalam jurusan undang-undang perniagaan di University of Birmingham, United Kingdom. Athisha atau lebih mesra dipanggil sebagai Sha dilihat memuat naik gambar majlis graduasi yang hanya diraikan bersama keluarga di rumah.
Ketika dihubungi Remaja, Athisha tidak keberatan untuk berkongsi kisah tentang sebab mengapa dia hanya menganjurkan majlis graduasi di rumah, dan bukannya di United Kingdom.
“Sebenarnya Sha habis belajar dalam bulan Jun lalu dan majlis graduasi di universiti pula diadakan pada bulan Ogos. Tetapi, Sha memilih untuk tidak menghadiri majlis tersebut disebabkan pada ketika itu Sha belum menerima dos kedua vaksin,” jelasnya.
Ditanya sama ada dia tidak terkilan atau sedih kerana tidak dapat meraikan majlis graduasi di universitinya, Athisha punya alasannya tersendiri.
“Memanglah best kalau dapat meraikan hari graduasi di sana, tetapi dalam keadaan sekarang ini, mesti tidak semua keluarga Sha boleh ke sana. Jadi, Sha ambil keputusan untuk buat majlis kecil-kecilan sendiri bersama ahli keluarga yang lain. Sha rasa lagi best sebab semua ahli keluarga ada bersama untuk meraikan kejayaan Sha. Tidak langsung rasa terkilan kerana insyaAllah minggu ini Sha akan pulang ke UK untuk mengemas semua barang di apartment dan berpindah balik ke Malaysia,” tambahnya lagi.
Sepanjang pandemik ini, Athisha juga turut menghadiri kelas secara online dan ia merupakan satu cabaran buatnya kerana terpaksa berhadapan dengan perbezaan waktu.
“Sama seperti pelajar-pelajar lain yang perlu mengikuti kelas secara online, masing-masing punya cabaran yang tersendiri. Bagi Sha, perbezaan waktu antara Malaysia dan UK antara cabaran yang perlu dilalui. Kita kena ikut masa mereka dan apa yang penting disipilin memainkan peranan sama ada untuk terus mengikuti kelas tersebut atau tidak,”
“Kalau ikutkan boleh sahaja nak mengikuti kelas seperti biasa di UK, tapi sebab Sha belum fully vaccinated, jadi Sha memilih untuk belajar dari rumah sahaja. Sewaktu menerima email dari universiti yang menawarkan suntikan vaksin di sana, Sha baru sahaja mendapat dos pertama di Malaysia. Jadi berfikir baik Sha teruskan sahaja menunggu untuk mendapatkan dos kedua di sini dan mengambil keputusan untuk mengikuti kelas secara online sahaja,” jawab Athisha Khan.
Buat masa sekarang, adik kepada selebriti popular Neelofa ini tidak terfikir lagi untuk melanjutkan pelajarannya, tetapi Athisha mahu lebih memberi fokus kepada kerjayanya sebelum ini iaitu sebagai pencipta kandungan digital.
“Sekarang ni Sha belum lagi ada plan untuk sambung belajar kerana Sha ingin fokus kepada kerja-kerja sebelum ini seperti menyediakan kandungan YouTube, seperti yang Sha dah buat sebelum ini. Kini, Sha lebih banyak masa untuk memberi fokus kepada kerja-kerja ini kerana dahulunya Sha terpaksa membahagikan masa dengan belajar juga.
So, mungkin lepas ni Sha akan bina satu pasukan Sha sendiri dan mungkin Sha akan mencari editor untuk siaran YouTube Sha sendiri,” jelasnya lagi.
Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada Athisha Khan dan semoga maju jaya dalam setiap apa yang dilakukannya selepas ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!