Cuaca di negara kita yang agak panas menjadi sebab kenapa pentingnya penggunaan penghawa dingin di kereta perlu dipastikan senantiasa berfungsi dengan baik.
Bila tiba waktu cuaca panas, kadangkala aircond kereta sudah tidak terasa sejuk, dek kerana panas yang melampau.
Nah, berikut kami kongsikan tip yang diberi oleh Edward_vstar_oe menerusi laman TikToknya tentang bagaimana untuk memastikan suhu aircond kereta menjadi lebih sejuk dengan hanya melakukan empat cara setting yang boleh dilakukan ini.
Jadi, dengan menggunakan setting ini, aircond kereta korang akan menjadi lebih sejuk, tidak kisah sama ada korang di tempat pemandu atau pun penumpang.
Amacam mudahkan tip yang dikongsikan ini? Selamat mencuba!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pada musim percutian ini, ada orang gemar untuk menaiki kapal terbang untuk bercuti ke negeri lain. Ada juga yang inginkan pengalaman baru dan menaiki bus mahupun kereta api.
Tapi jika korang menggemari pengalaman roadtrip seperti penulis yang masih memilih untuk memandu, well, kami mempunyaii 8 idea snek terbaik untuk korang cuba di dalam kereta.
Kesemuanya boleh korang dapati daripada stor kegemaran ramai, Family Mart. Ada yang baru diperkenalkan, bakal diperkenalkan semula dan juga telah menjadi bualan mulut ramai orang sehinggakan ia sering kehabisan stok!
Okay ini macam sukar sikit untuk dihulurkan dalam kereta, hehe. Tapi sekali korang dah buka penutup bekas yang telah dihangatkan di stor tadi, memang semua akan terliur dengan baunya.
Lapisan pasta nipis diisi dengan inti ayam dan keju parmesan. Urgh serius sedap.
Sebenarnya, ada 3 perisa berbeza untuk jus menyegarkan daripada Family Mart ini. Selain Oren dan Passion Fruit, pilihan kami tentunya terarah kepada Guava. Ia kaya dengan vitamin C, fiber, potassium dan antioksidan.
Kita memang mempunyai BANYAK pilihan biskut dan chips di Family Mart. Jika korang belum pernah mencuba chips terbaru Koloko ini, korang harus mendapatkannya untuk road trip hujung tahun ini. Kami menyukai perisa Serweed, korang juga boleh mencuba perisa classic salted dan cheese & sour cream.
Okay ini adalah snek yang korang perlu cuba pada bulan ini memandangkan ia hanya dipasarkan untuk tempoh masa terhad.
Bukan mudah untuk kita dapatkan pelbagai pilihan snek daripada Lotte. Ada sesuatu yang yummy mengenai chocolate mochi ini. Ia lembut dan sedap dimakan semasa ia masih sejuk. Dah beli terus ngap tau! Hehe..
Dalam banyak-banyak snek yang diletakkan di atas kaunter bayaran Family Mart, ini adalah yang paling kami gemari buat masa ini. Ia menggabungkan dua snek yang kami gemari dan langsung tidak membuatkan korang muak.
Macaron keluaran Family Mart ini istimewa kerana setiap perisanya yakni chocolate, salted caramel dan blue lagoon memberikan rasa yang tersendiri. Ia tidaklah terlalu manis dan membuatkan korang addicted dengannya. Kalau korang menaiki kereta secara berkumpulan, lebih baik warning awal-awal macaron ini bukan untuk dikongsi!
Matcha Sofuto
Berita baik untuk peminat aiskrim teh hijau popular ini! Ia akan dikembalikan pada 1 Januari ini bagi menggantikan Dark Chocolate Sofuto but sementara waktu.
Jujurnya, kami masih belum pernah merasai minuman yang baru diperkenalkan pada bulan ini.
Kelihatan seperti menarik untuk dicuba kerana ia mempunyai perisa Cha Cha yang sinonim dengan citarasa orang Malaysia. Ia boleh didapati dalam versi panas mahupun sejuk, terpulang kepada korang.
Yang penting, bubble yang ada dalam minuman ini memang onz!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menurut penduduk di daerah Kham Sakesaeng memberitahu media bahawa lebih 20 ekor kucing mati dan banyak lagi mengalami selesama dan sedang sakit.
Selesema kucing ini merupakan penyakit penafasan yang sering menyerang kucing dewasa dan anak kucing. Ianya disebabkan virus iaitu Feline Herpes Virus 1 dan Feline Calicivirus.
Takut akan penyebaran berlaku di kalangan manusia, pakar haiwan telah mengesahkan ia tidak akan menular dalam kalangan manusia. Walaupun berita itu melegakan para penduduk, tetapi ia tetap merisaukan mereka.
Walaupun penyakit selesema kucing ini tidak menular dalam kalangan manusia, tetapi ia boleh merebak kepada anjing.
Sumber Gambar : Thai PBS World
Jadi sebenarnya apa selesema kucing ini dan apa yang kamu patut tahu?
Feline Upper Respiratory Infection (URI) merupakan selsema kucing dan ada persamaan diantara selesema kucing dan manusia. Simptomnya adalah kucing suka bersin, hidung dan mata berair, mata kemerahan, demam, tiada selera makan, bengkak di hidung, bibir, lidah atau gusi.. Selsema yg kronik tidak boleh dibiarkan sebab boleh membawa maut..cara jangkitan pula melalui sentuhan, tempat tinggal dan udara yg kotor termasuk juga kurang zat makanan.
Cara Merawat
Antibiotik
Pada kebiasaannya, jika korang membawa kucing berjumpa dengan pakar haiwan, mereka hanya memberikan antibiotik. Antibiotik ini berfungsi dalam membantu beberapa komplikasi yang terjadi pada kucing.
Sekiranya si bulus korang mengalami simptom seperti diastas cepat-cepat la bawa ke klinik okay sebelum melarat.
Berita baik buat individu yang masih giat mencari pekerjaan sepanjang pandemik ini, lebih 20,000 kekosongan jawatan membabitkan 126 majikan akan ditawarkan menerusi Expo Kerjaya sempena penganjuran ‘International Public Employment Forum 2021’ (IPEF 2021) secara maya.
Penganjuran IPEF 2021 ini bertujuan untuk membantu mempersiapkan orang ramai terutama golongan majikan, pekerja dan pencari kerja dengan maklumat serta berkongsikan amalan terbaik bagi membina semula kehidupan pasca pandemik COVID-19.
Gambar hiasan
Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), ekspo kerjaya ini akan disertao majikan daripada syarikat-syarikat besar seperti ExxonMobil, Honda, CIMB Bank, Top Glove, Schlumberger, Petron, UMW, KPJ dan banyak lagi.
Selain itu, turut berlangsung SOCSO’s Regional Return to Work (RTW) DIGIMOS Symposium 2021 dalam usaha Perkeso terus membantu golongan orang kurang upaya (OKU) dalam mengharungi cabaran Covid-19.
Persidangan julung kali ini dijangka menghimpunkan lebih 1,000 peserta dari seluruh pelosok Asia Tenggara dengan mengetengahkan barisan panel jemputan terdiri daripada pakar dalam bidang pengurusan hilang upaya dan rehabilitasi di tempat kerja.
Gambar hiasan
Jika korang ingin menyertai IPEF 2021 yang bakal berlangsung pada 7 hingga 9 September ini, pendaftaran boleh dibuat mulai sekarang menerusi pautan www.perkeso.gov.my/ipef. Sekiranya ingin mengetahui maklumat lanjut, korang juga boleh menghubungi Careline Perkeso di 1300- 22-8000 atau emel ke ipef@perkeso.gov.my.
Ini adalah peluang terbaik untuk individu yang kehilangan kerja pada waktu pandemik. Ambil peluang yang diberikan ini, manalah tahu ada rezeki korang nanti.