4 Artis Bollywood Kena ‘Troll’ Lepas Sokong Larangan Main Mercun Sempena Deepavali

Share

Normal lah setiap kali sambutan perayaan mana-mana kepercayaan masyarakat diraikan, pasti tidak lengkap sekiranya tiada pertunjukan bunga api di udara. Seperti yang korang saksikan pada tengah malam tadi, ruang angkasa dihiasi percikan terang-benderang bersempena sambutan Deepavali pada tahun 2022.

Begitupun, lain pula ceritanya dengan di India apabila pihak berkuasa di sesetengah kawasan mengenakan sekatan pertunjukan bunga api kerana dianggap sebagai gangguan. Malah, beberapa selebriti terkenal Bollywood juga menyokong sekatan ini hinggakan warganet menempelak mereka menerusi perbuatan ‘trolling’ di media sosial.

 

Alia Bhatt

Sejak beberapa tahun lalu, Alia Bhatt melancarkan kempen ‘PoochOverPataka’ di mana dia mengesa orang ramai menghentikan permainan bunga api dan mercun demi keamanan haiwan peliharan.

Walaupun kempen ini disokong oleh peminat setianya, Alia ditentang netizen yang mempersoalkan mengapa dia tidak berkata apa-apa mengenai mercun yang dimainkan di acara perkahwinan, pelancaran, parti tahun baru dan lain-lain acara keraian.

ARTIKEL BERKAITAN : Dua Bulan Mendirikan Rumah Tangga, Alia Bhatt Bakal Timang Anak Sulung – REMAJA

 

Priyanka Chopra Jonas

Miss World 2000 yang kini bergelar pelakon popular di Bollywood DAN Hollywood ini terkenal dengan sikap lantangnya dalam isu kerosakan alam sekitar. Begitupun, keputusan Priyanka Chopra untuk menyokong perayaan Deepavali tanpa mercun pada tahun 2018 telah menerima kecaman hebat.

Ia berlaku hanya beberapa bulan sebelum acara perkahwinannya dengan Nick Jonas di mana jelitawan ini mempromosikan keburukan menyalakan mercun semasa Deepavali dan tidak menggalakkan orang ramai berbuat sedemikian.

Terlajak kata, badan binasa – Priyanka bagaimanapun dilabel sebagai hipokrit setelah majlis perkahwinannya sendiri pada 1 Disember 2018 menampilkan persembahan bunga api di Istana Umaid Bhawan dan membuatkan majoriti peminat setia Priyanka malu pada bahagian komen kerana idola mereka itu dikatakan ‘cakap tidak serupa bikin’.

 

Anuhska Sharma

Semua merestui hubungan mesra di antara pelakon, Anushka Sharma dan pasangannya, Virat Kohli.

Namun, tidak semua netizen yang merestui pandangan mereka terhadap perbuatan menyalakan mercun sempena Deepavali. Virat yang juga merupakan seorang atlet kriket kebangsaan memuat naik video di Instagramnya pada 14 November 2022 di mana beliau meminta agar orang ramai mengelak perbuatan menyalakan mercun demi kelestarian alam sekitar

Isterinya, Anushka kemudian memuat naik semula video milik Virat itu sebagai tanda sokongan. Netizen tidak menunggu lama untuk mengigatkan semula pasangan tersebut sewaktu mereka asyik melayan pertunjukan mercun sempena hari lahir Virat tidak lama dahulu.

 

Aamir Khan

Menerusi iklan Ceat Tyres India, pelakon popular Aamir Khan dijadikan sebagai pembawa mesej tentang keburukan menyalakan mercun di atas jalan raya. Dalam iklan di bawah, Aamir menjelaskan tentang isu keselamatan akibat budaya tersebut. Nampak innocent, bukan?

Well, tidak bagi netizen di India.

Orang ramai mempersoalkan Aamir mengapa dia tidak menentang perbuatan mendirikan solat di atas jalan raya di India. Tidak lama selepas itu, trend ‘boikot Aamir Khan’ mula berlegar di Twitter dan netizen mula mengecam Aamir serta syarikat Ceat Tyres kerana mencetuskan sentimen negatif terhadap masyarakat Hindu serta budaya mereka semasa sambutan Deepavali.

BACA LAGI : 7 Pelakon Bollywood Didakwa Buat Pembedahan Plastik, Ada Yang Mengaku! – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN