
Tahniah buat Syafiq Yusof & isteri!
Pengarah berkaliber, Syafiq Yusof berkongsi berita gembira atas kelahiran cahaya mata ketiganya, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sampai Setahun Timang Cahaya Mata Sulung, Isteri Fizo Omar Kini Hamil 5 Bulan

Perkara tersebut dikongsikan pengarah filem Abang Long Fadil 3 itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya sebentar tadi.
Menjengah pada hantaran itu, Syafiq ada memuat naik beberapa keping foto putera pertamanya yang diberi nama Muhamad Nu’Aiman.

“Alhamdulillah, Syukur Ya Allah… 3rd child, first boy. Muhamad Nu’Aiman Bin Muhamad Syafiq,” coretnya ringkas.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan ahli keluarga turut menumpang gembira selain mendoakan yang baik-baik buat bayi mereka tersebut.
“Syukur Alhamdulillah. Cucu kelapan dalam keluarga Haslam,” tulis ibu Syafiq, Datin Patimah Ismail dalam ruangan komen.

Sekadar informasi, Syafiq mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Aisyeah Zainal pada tanggal 5 April 2014 dan dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nuur Jannah dan Nuur Nusaybah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Syafiq Yusof
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ikon Heavy Metal, Ozzy Osbourne Black Sabbath Meninggal Dunia Pada Usia 76 Tahun

Ikon dan vokalis legenda heavy metal dari kumpulan Black Sabbath, Ozzy Osbourne baru-baru ini dilaporkan meninggal dunia pada usia 76 tahun dan menghembuskan nafas terakhir hanya beberapa minggu selepas membuat persembahan terakhirnya di kampung halaman, Birmingham, United Kingdom.
Khabar dukacita itu disahkan sendiri oleh keluarganya dalam satu kenyataan rasmi pada Selasa dan keluarga mendiang berada di sisi sewaktu beliau menghembuskan nafas terakhir.
“Dengan kesedihan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, kami memaklumkan bahawa insan kesayangan kami, Ozzy Osbourne, telah meninggal dunia pagi ini,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, pemergian Osbourne berlaku selepas konsert penuh emosi ‘Back to the Beginning’ yang menyaksikan beliau bergabung semula bersama anggota asal Black Sabbath iaitu Geezer Butler, Bill Ward dan Tony Iommi buat pertama kali dalam lebih dua dekad.
Konsert yang berlangsung di Birmingham itu juga merupakan penampilan terakhir beliau menurut laman rasmi kumpulan tersebut.
Untuk pengetahuan, Osbourne juga dikenali sebagai “Prince of Darkness” dan beliau bukan sekadar legenda muzik tetapi juga ikon budaya pop dan simbol kontroversi menerusi pelbagai persembahan dramatik termasuk insiden menggigit kepala kelawar secara langsung dan membaling daging mentah ke arah penonton.

Walaupun sepanjang hayat beliau penuh kontroversi dan bergelut dengan ketagihan dadah serta alkohol, Osbourne tetap menjadi antara tokoh paling berpengaruh dalam dunia rock dan heavy metal.
Kejayaan Osbourne tidak terhenti di pentas muzik sahaja. Menerusi rancangan realiti ‘The Osbournes’, dunia diperkenalkan dengan kehidupan unik keluarganya yang terdiri daripada isterinya merangkap pengurus, Sharon, serta anak-anak mereka Kelly, Jack dan Aimee. Osbourne berjaya mengimbangi persona gelapnya dengan sisi keluarga yang lebih ringan dan menghiburkan.
Pemilik nama asal, John Michael Osbourne dilahirkan pada 3 Disember 1948 di Birmingham ini dikatakan pernah melalui zaman kanak-kanak yang penuh cabaran. Sebelum menjadi seorang penyanyi, beliau sebagai buruh tapak bina dan di rumah sembelih, malah pernah dipenjara kerana mencuri. Namun, lagu ‘She Loves You’ daripada The Beatles memberi inspirasi awal untuknya terjun ke dunia muzik, yang akhirnya membawa kepada penubuhan Black Sabbath pada 1967.

Setelah dipecat dari Black Sabbath pada tahun 1979 akibat isu penyalahgunaan dadah, Osbourne bangkit dengan kerjaya solo yang cemerlang, menghasilkan 11 album studio dan lagu-lagu ikonik seperti ‘Crazy Train’ dan ‘Mr. Crowley’.
Sejak 2019, kesihatan Osbourne mula merosot dan pada 2020, beliau mengumumkan bahawa dirinya menghidap penyakit Parkinson. Namun semangatnya tetap kental, apabila beliau masih sempat membuat persembahan di majlis penutup Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Kami di Remaja mengucapkan salam takziah kepada keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belanjawan 2021: Universiti Awam Dapat ‘Makeover’ Kemudahan RM50 Juta!

REMAJA sedang melihat ke arah intipati Belanjawan 2021 yang sedang dibentangkan petang ini.
Apakah lagi poin penting yang memberikan kelebihan kepada para pelajar?
01
Pada setiap bulan, murid tahun 1 sehinggalah tingkatan 6 dan golongan OKU akan memperolehi pas perjalanan bulanan tanpa had bernilai RM5 bagi tren komuter di Lembah Klang, Komuter utara, tren Kuala-Lipis-Tumpat dan tren Sabah jajaran Beaufort-Tenom.
02
Bagi pelajar UPT yang mendapat bantuan pinjaman PTPTN, korang layak untuk mendaftar bagi skim pinjaman komputer riba di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN). Skim yang dinamakan sebagai Skim BSN MyRinggit-i COMSIS memperuntukan bajet sebanyak RM100 juta.
03
Sementara itu, kepada korang yang berusia 18 hinggga 20 tahun, sebanyak RM75 juta telah diperuntukkan untuk Program eBelia. Ia adalah inisiatif kerajaan untuk mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-Wallet masing-masing secara one-off (sekali pembayaran). Ini bertujuan untuk membudayakan ekonomi cashless.
04
Untungnya pelajar institusi bumiputera seperti MARA dan UiTM apabila RM6.5 bilion diperuntukkan untuk akses pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dan para tenaga pengajar.

05
Bagi IPT Awam yang lain, jangan bersedih. Ini kerana sebanyak RM14.4 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Ini termasuklah RM50 bagi projek membaik pulif infrastruktur dan peralatan usang di universiti-universiti awam. It is makeover time!
06
Keperluan pendidikan khas juga tidak dilupakan. Sebanyak RM45juta diperuntukkan bagi memperkasakan segmen pendidikan tersebut.
07
Kerajaan juga dilihat serius untuk meningkatkan kualiti dalam usaha Malaysian Research & Education Network (MYREN) di IPT apabila sebanyak RM50 juta disalurkan bagi menaik taraf talian aksesnya. Kini korang boleh menikmati kelajuan dari 500Mbps sehingga 10Gbps.
08
Industri Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) jelas merupakan agenda penting dalam sistem pendidikan negara apabila RM300 juta diperuntukkan kepadanya. Ini sekaligus menyaksikan peningkatan sebanyak RM100 daripada bajet yang diperuntukkan pada tahun lalu.
Ini akan memberikan manfaat kepada 24,000 orang peserta program TVET di institusi latihan kemahairan awam dan swasta di seluruh negara menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

09
Selain itu,sebanyak RM29 juta juga diberikan untuk pengenalan dan perlaksanaan program TVET di bawah Kementerian Pengajian Tinggi di institusi tahfiz dan sekolah pondok.
*
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fattah Amin Makin Laris! Kini Membintangi Video Muzik Aina Abdul Pula

Saham aktor tampan, Fattah Amin, semakin melonjak naik sejak bergelar bapa tunggal lebih sebulan lalu.
Bapa kepada seorang puteri itu, kini semakin mendapat perhatian, terutama selepas dia banyak dilihat mempromosikan pelbagai produk di media sosial.
BACA: “Daddy Akan Sentiasa Menyayangi Kamu Berdua” -Fattah Amin Kongsi Foto Terakhir Bersama

Terbaharu, bekas suami kepada pelakon dan usahawan popular, Nur Fazura ini telah dilamar untuk membintangi video muzik (MV) lagu terbaharu penyanyi popular Aina Abdul.
Aina, yang juga terkenal dengan bakatnya dalam dunia seni, dilihat telah berkongsi ‘teaser’ MV berdurasi 20 saat melalui akaun Instagramnya. Pemilihan Fattah sebagai bintang dalam MV tersebut pastinya membuatkan ramai peminat teruja.
MV untuk lagu Jadi Ajar Aku itu telah dilancarkan pada 10 November 2024, jam 8.30 malam di saluran YouTube rasmi Aina Abdul.

Tidak hanya peminat Aina yang menantikan tayangan tersebut, malah peminat Fattah juga turut memberi sokongan penuh.
“Tak sabarnya. Kita kasi ‘trending’ kali ini bersama Abam Tah (Fattah)”, komen netizen.
Sekadar info, lagu Jadi Ajar Aku merupakan salah satu daripada tiga single terbaru yang dimuatkan dalam album Imaji versi deluxe yang dilancarkan pada 25 Oktober lalu.

Dengan kerjasama antara dua bintang besar ini, tidak dinafikan bahawa video muzik tersebut dijangka akan mendapat perhatian yang luar biasa daripada peminat kedua-dua belah pihak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: INSTAGRAM AINA ABDUL
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

