Sempena perlumbaan Formula One Malaysian Grand Prix yang baru berakhir Ahad lepas, team REMAJA telah diberikan penghormatan untuk buat julung kalinya memasuki kawasan larangan bagi mana-mana pasukan F1;
The Garage.
Ya, setiap pasukan F1 akan diberikan garaj khas setiap kali berkunjung ke trek baru di mana-mana lokasi perlumbaan. Di hadapan garaj inilah, setiap pelumba ( mungkin ) akan membuat satu atau dua pit stop bagi menukar bahagian kereta yang rosak atau haus, untuk mengisi minyak dan sebagainya sepanjang tempoh perlumbaan.
#MYF1NALE : Jentera Daniel Ricciardo.
#MYF1NALE : Jentera Max Verstappen.
Without saying, garaj adalah tempat yang amat penting dalam dunia F1. Sekitar tiga hari sebelum kelayakan ujian masa dilakukan, garaj yang kosong akan dipenuhkan dengan control corner, penstoran gajet dan alatan, tempat simpanan tayar dan macam-macam lagi.
Setiap garaj dibahagikan kepada dua cabang – one for each driver. Dan setiap pelumba pula dianggotai enam orang jurutera jentera yang memastikan jentera mereka lengkap dan bersedia untuk berlumba!
Do-Or-Die Spot
Penulis bersama beberapa rakan media lain memasuki kawasan garaj pasukan Red Bull Racing untuk mendengar penjelasan jurutera senior mereka, Blake mengenai jentera Red Bull.
Ads
#MYF1NALE : Garaj dan pit stop pasukan Red Bull Racing.
Menurut Blake, hanya mereka yang terpilih saja boleh berada di dalam kawasan garaj pada satu-satu masa. Penulis juga hanya diberikan peluang untuk berdiri di belakang garisan yang ditetapkan. Ini demi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan jentera berjalan lancar tanpa sebarang gangguan orang ramai, flash daripada kamera dan bunyi bising.
Melihat kepada kecekapan jurutera pasukan Daniel Ricciardo dan Max Verstappen, penulis dapat katakan mereka amat berdedikasi untuk memenangi perlumbaan di Litar Sepang. Walaupun berhadapan dengan rakan media, mereka langsung tak terganggu dengan kehadiran kami.
Fokus seperti ini amatlah penting terutamanya ketika perlumbaan akhir sedang berlangsung. Penulis teringat perlumbaan Monaco Grand Prix pada tahun lalu di mana pasukan Red Bull Racing mengalami masalah ketika jentera Daniel Ricciardo memasuki kawasan pit stop.
Ads
Jelas Blake, “Pada waktu itu, Ricciardo perlu menukar soft tyre (kuning) kepada supersoft tyre. And guess what, tayar supersoft terletak di belakang kawasan garaj. Pasukan mengalami masalah miscommunication dan Ricciardo kehilangan 10 saat di situ. Sebab itulah, kawasan dalam dan sekitar garaj tidak sesekali dibuka kepada orang ramai kerana masalah kehilangan atau salah letak peralatan adalah masalah yang serius untuk kami.”
Penulis turut diberikan peluang untuk memegang replika steering wheel milik Max Verstappen. Dan nilai steering wheel sebenar mencecah….
40,000 POUND bersamaan dengan RM225,000!
Tak hairanlah tiada siapa yang dibenarkan masuk. Satu bahagian jentera saja sudah sama nilainya dengan motorsikal berkuasa tinggi!
Ads
#MYF1NALE : Bahagian hadapan steering wheel.#MYF1NALE : Bahagian belakang steering wheel yang boleh dicabut daripada jentera.
Ricciardo Masih Mengintai Podium
Walaupun Daniel Ricciardo kini berada 104 poin di belakang Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes Petronas, namun musim 2017 masih berbaki 5 lagi perlumbaan. Let’s be honest, peluang untuk memenangi tangga teratas pelumba itu mungkin kelihatan samar untuknya. Namun Ricciardo masih mampu mengejar beberapa tangga di atasnya.
#MYF1NALE : Max Verstappen merupakan pelumba terakhir memenangi perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang. 18 tahun lalu, lagenda F1, Michael Schumacher juga berdiri di podium yang sama.
Tuah nyata berpihak kepada dua orang pelumba Red Bull Racing apabila Verstappen dan Ricciardo masing-masing menduduki tangga pertama dan ketiga di Litar Antarabangsa Sepang. Pastinya, nama mereka berdua akan kekal dalam sejarah sebagai pelumba terakhir yang menaiki podium di litar ini!
#MYF1NALE : (Dari Kiri) Hamilton, Verstappen dan Ricciardo.
Bagi korang yang belum sempat menyaksikan telatah dua orang pelumba Red Bull Racing ini di Malaysia, klik https://www.facebook.com/redbull/videos/10159623798715352/ untuk menyaksikan video mereka meneka buah-buahan tempatan.
Klik juga video di bawah untuk melihat betapa hebatnya makmal dan kawasan garaj milik pasukan Red Bull Racing.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi rap terkenal Korea Selatan, Jessi baru-baru ini ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis mengenai dakwaan kes pukul yang melibatkan peminatnya.
Jessi atau nama sebenar Jessica Ho atau Ho Hyun Joo (36) diminta untuk memberi kerjasama dalam soal siasat selama 6 jam bermula pada malam 16 Oktober dan dibolehkan untuk pulang pada 17 Oktober, semalam.
Dilaporkan bahawa kronologi kes ini bermula pada 11 Oktober lalu apabila seorang peminat berusia 18 tahun meminta izin untuk bergambar bersama penyanyi itu di Apgujeong, Seoul. Namun, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang memarahi peminat berkenaan dengan meluahkan beberapa perkataan kasar di dalam bahasa Inggeris.
Dalam pada itu, pelaku itu juga dilaporkan telah memukul, menendang, dan menyerang peminat penyanyi berkenaan.
Disebabkan hal itu telah tular dan menarik perhatian orang ramai, Jessi tampil memberi kenyataan bahawa dia juga keliru ketika situasi itu terjadi kerana tidak mengenali lelaki yang menyerang peminatnya. Namun, menurut pihak berkuasa, Jessi perlu menghadiri sesi soal siasat kerana berada di tempat kejadian ketika perkara itu berlaku.
Pada masa yang sama juga, muncul seorang mangsa dari kejadian serupa yang terjadi pada 11 tahun lalu mendakwa Jessi pernah menyerang seorang wanita berbangsa Korea-Amerika di tandas sebuah kelab malam di Itaewon.
Menurut apa yang dilaporkan, pada Mei 2013 terdahulu mangsa kejadian mendakwa Jessi terlibat dalam penyerangan tersebut namun kenyataan itu dibatal dan ditarik semula. Jessi menyatakan bahawa dia tidak terlibat dan hanya ingin meleraikan pergaduhan yang terjadi pada ketika itu.
Selain itu, menurut mangsa dia tidak mempunyai pilihan selain membatalkan tuntutan berkenaan kerana perlu pulang semula ke Amerika. Kes itu juga memerlukan tempoh selama satu tahun untuk diselesaikan serta pihak yang terlibat tidak boleh meninggalkan negara selama kes tersebut masih berlangsung
Walau apa pun, semoga kes ini mendapat keadilan di pihak yang benar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang sensasi, Mark dari kumpulan NCT sekali lagi membuktikan dirinya bukan sekadar idola K-pop berbakat, tetapi juga figura berhati emas apabila baru-baru ini beliau dilaporkan telah mendermakan sebanyak 100 juta Won (kira-kira RM350,000) kepada Hope Bridge Korea Disaster Relief Association bagi membantu kanak-kanak yang tinggal di fasiliti perlindungan.
Memetik laporan media tempatan Korea, sumbangan ini adalah sebahagian daripada projek ‘By Your Side’ yang bertujuan memastikan anak-anak di rumah perlindungan tidak terasa tersisih pada hari-hari penting seperti hari jadi, Hari Kanak-Kanak di Korea, Hari Natal dan sambutan istimewa lain serta inisiatif ini menyasarkan untuk membawa kegembiraan serta menyuntik keyakinan diri kepada mereka.
Menurut Hope Bridge, sumbangan besar pemilik nama sebenar Mark Lee (26) yang dibuat pada bulan April lalu telah menjadi pencetus utama kepada peluasan projek ini ke tahap yang lebih besar. Di mana, kini lebih banyak program emosi dan sosial boleh dijalankan untuk menyokong perkembangan mental dan sosial kanak-kanak tersebut.
Kredit foto: Instagram @onyourm__arkKredit foto: Instagram @onyourm__ark
Dalam pada itu, kanak-kanak terlibat bakal menikmati pelbagai pengalaman yang direka istimewa seperti aktiviti musim panas, parti graduasi, kem ski, lawatan berkumpulan, percutian tiga hari ke Pulau Jeju dan pelbagai program percutian bermusim lain melalui dana ini. Semuanya bertujuan untuk memberi mereka rasa dimiliki dan dihargai.
Setiausaha Agung Hope Bridge, Shin Hoon menjelaskan bahawa dengan setiap sumbangan penderma dalam kumpulan Honor Society, pihaknya akan terus berusaha membawa lebih banyak kehangatan kepada lebih ramai kanak-kanak.
“Mengetahui bahawa ada orang dewasa yang ingat hari istimewa mereka memberi kekuatan kepada kanak-kanak ini untuk membina nilai diri dan kestabilan emosi,” jelasnya lagi.
Kredit foto: Instagram @onyourm__ark
Sementara itu, Mark yang juga merupakan salah seorang ahli Honor Society sebelum in terkenal sebagai seorang penderma yang rendah hati. Beliau kerap memberikan sumbangan tanpa publisiti. Malah, pada bulan Mac lalu, pelantun lagu ‘Fraktsiya’ dan ‘Golden Hour’ itu pernah menyumbang jumlah yang sama bagi usaha pemulihan kebakaran hutan di Korea.
Apa yang lebih menarik, sumbangan pada April lalu yang dibuat tidak lama selepas pelancaran album solo pertamanya berjudul ‘The Softest Touch’ sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokongnya. Di mana jelas, kasih sayang yang diterimanya diterjemah kembali dalam bentuk tindakan yang memberi impak besar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“When MA ain’t happy, ain’t no one happy!”.. Nah, dengar ungkapan macam tu je pun dah boleh buat kita seram. Apa sebenarnya maksud disebalik kata-kata tersebut?
MA, sebuah filem psycho thriller yang menceritakan tentang kehidupan lonely seorang wanita yang bernama Sue Ann. Tidak pernah berpeluang mempunyai pergaulan bersama rakan sebaya, Sue Ann mengambil kesempatan apabila disuruh oleh seorang remaja, Maggie untuk membelikan minuman keras buat dia dan rakan-rakannya.
Situasi ini telah membuka ruang untuknya bergaul dan mencari teman dikalangan anak-anak muda. Dia bersetuju untuk membenarkan mereka melepak dan minum di rumahnya. Peraturan yang dikenakan adalah mereka tidak boleh mabuk, melontarkan kata-kata kesat, tidak boleh naik ke tingkat atas dan semua orang perlu memanggilnya Ma.
Dalam kegembiraan mereka, rupanya tersimpan sebuah kisah yang mengungkap semula kenangan remaja Sue Ann.
Lakonan mantap
Lakonan Octavia Spencer harus diberi pujian kerana berjaya menghidupkan watak Ma dengan baik. Dah nama pun filem psycho, sudah tentu ekspresi wajah sangat memainkan peranan penting dalam membawa mood perempuan psycho.
Pada permulaan cerita, semuanya nampak seperti baik-baik saja. Korang pun macam akan rasa wow, ‘sporting’ gila MA ni. Yes, tidak dinafikan watak baik Ma yang memahami jiwa muda dan open minded ini membuatkan Maggie dan rakan-rakannya selesa untuk berhibur dirumahnya.
Rupa-rupanya baik ada makna, hm..
Level of psycho
Kalau nak bandingkan dengan filem psycho yang lain, level ‘gila’ filem ini tidaklah tinggi mana pun. Tapi.. masih mampu buat korang menjerit dalam panggung wayang.
Di kemuncak filem ini barulah korang dapat merasakan debaran dengan melihat kerja gila yang dilakukan oleh Ma.
Apa yang dibuat agaknya?
Ala, kalau bagi spoiler banyak sangat tak best la kan. Apa kata korang tonton sendiri filem ini yang akan ditayangkan bermula 25 Julai 2019 di seluruh pawagam tanah air.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!