Tidak perlu hendak susah-susah untuk mengunjungi negara Taiwan, mereka sendiri telahpun ke Malaysia untuk berkongsi sesuatu yang istimewa dengan kita semua.

Umum mengetahui negara Taiwan merupakan salah sebuah negara pengeluar produk-produk berkualiti yang dimiliki oleh penduduk dunia. Dan kini selama 6 hari berturut-turut mulai 12 hingga 17 Jun, korang juga berpeluang untuk memiliki mana-mana produk buatan Taiwan!

32 Jenama Taiwan ‘Diterbangkan’ Ke Malaysia, Ramai Dijangka Rebut Barangan Kosmetik, Sukan & Elektronik

Bertempat di Old Wing pusat membeli-belah One Utama Petaling Jaya, pameran Wanderland Pop-Up Store 2024 kini sedang dilangsungkan dengan mengumpulkan 60 produk menarik daripada 32 jenama yang berasal dari Taiwan.

Pameran ini dibahagikan kepada empat sudut utama terdiri daripada elektronik dan komunikasi, kelengkapan rumah, sukan dan rekreasi serta gaya hidup dan kesejahteraan.

Jom lihat antara produk-produk yang sempat REMAJA temui dan mencuba sendiri di sini:

IKLAN

32 Jenama Taiwan ‘Diterbangkan’ Ke Malaysia, Ramai Dijangka Rebut Barangan Kosmetik, Sukan & Elektronik 32 Jenama Taiwan ‘Diterbangkan’ Ke Malaysia, Ramai Dijangka Rebut Barangan Kosmetik, Sukan & Elektronik 32 Jenama Taiwan ‘Diterbangkan’ Ke Malaysia, Ramai Dijangka Rebut Barangan Kosmetik, Sukan & Elektronik 32 Jenama Taiwan ‘Diterbangkan’ Ke Malaysia, Ramai Dijangka Rebut Barangan Kosmetik, Sukan & Elektronik

Menurut Pengurus Jabatan Pemasaran Strategik TAITRA (Taiwan External Trade Development Council), Max Chang sewaktu ditemui REMAJA di acara pelancaran rasmi Wanderland Pop-Up Store 2024, pengunjung berpeluang merasai dan memahami teknologi mesra alam serta AI (Artificial Intelligence) secara langsung di sini.

Sekiranya merasakan mana-mana produk itu memberi nilai tambah kepada gaya hidup korang, ia boleh sahaja dimiliki pada harga diskaun dan boleh terus dibawa pulang ke rumah!

IKLAN

32 Jenama Taiwan ‘Diterbangkan’ Ke Malaysia, Ramai Dijangka Rebut Barangan Kosmetik, Sukan & Elektronik

“Kami memilih produk-produk berkualiti tinggi yang diperbuat dari Taiwan dengan empat kriteria termasuk RND, reka bentuk serta pemasaran.

“Pengunjung boleh melawat dan merasai 60 produk berinovasi yang menyokong kelestarian bumi. Oleh itu, ambil peluang cuti hujung minggu panjang ini (sehingga perayaan Hari Raya Aidiladha) untuk ke Wanderland Pop-Up Store 2024 dari jam 10 pagi hingga 10 malam,” ujarnya.

IKLAN

Selain produk-produk tersebut, korang juga boleh mendapatkan 70 patung Taiwan Excellence Fu Bears yang bernilai RM50 setiap satu semasa pameran ini.

32 Jenama Taiwan ‘Diterbangkan’ Ke Malaysia, Ramai Dijangka Rebut Barangan Kosmetik, Sukan & Elektronik

Menariknya, ia merupakan patung yang dihasilkan dengan kerjasama Passion Maker Academy dan hasil jualannya akan disalurkan kepada Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI