Lebih 245,000 tontonan telah berjaya dicatatkan oleh penyanyi bervokal lantang, Aina Abdul dalam tempoh lima hari selepas video muziknya buat single terbaru berjudul Fool dipertontonkan di YouTube.
Bukan satu jumlah yang sedikit, selarilah dengan standard penyanyi berusia 29 tahun itu yang seringkali cuba melakukan sesuatu yang baharu dalam graf nyanyiannya. Sama ada ia dalam bentuk genre lagu, tata pemakaian atau strategi-strategi lain bagi memastikan peminat tidak mudah bosan; Aina sentiasa menjanjikan sesuatu yang unik.
Bercakap mengenai unik, lima persalinan berbeza telah disarungkan oleh Aina sempena video muzik Fool ini. Fuhh, memang puas tengok Aina tampil berbeza dalam tempoh 3 minit 23 saat itu.
Salah satu penampilan Aina yang paling REMAJA gemari tentunya adalah sewaktu dia memperagakan busana berpotongan oversized hitam putih rekaan pereka fesyen muda, Masyadi Mansoor.
Biarpun hanya muncul bagi 21 saat saja, ia telah berjaya mencuri perhatian ramai pihak disebabkan penggunaan perkataan Fool yang tertera pada seluruh busana; di samping permainan lampu dramatik oleh pengarahnya, M Shaffuan.
“Apabila saya bertemu dengan pasukan pengurusan Aina, mereka memberikan kebebasan sepenuhnya kepada saya sebagai salah seorang daripada lima pereka fesyen yang terpilih.
“Jadi saya ambil peluang ini untuk bukan saja mengekspresikan rasa kecamuk dan gambaran hati yang remuk sebagaimana yang dinyanyikan oleh Aina. Saya terinspirasi oleh bahagian korus lagu Fool itu sendiri yang mengulangi frasa “I’m a fool for you” beberapa kali.
“Bagi saya, adi busana ini adalah gambaran pendengar yang pernah dikecewakan sebelum ini. Sekilas pandang, rekaan bahagian dalamnya kelihatan seperti uniform karate. Ibarat seorang pejuang yang sedang menentang rasa kecamuk dalam hatinya dan ingin melangkah keluar daripada ‘episod lara’ ini sebagai seorang pemenang,” kongsi graduan UiTM Shah Alam ini.
Untuk pengetahuan korang, Aina Abdul dan Masyadi sebelum ini pernah bekerjasama menerusi beberapa projek lain. Sebagai contohnya, dialah yang bertanggungjawab untuk busana showcase ‘A Night With Aina Abdul’ pada Disember 2021.
Menyifatkannya sebagai salah satu momen paling diingati olehnya sebagai seorang pereka fesyen, Masyadi yang sinonim dengan siluet puffer dan oversized merasakan cukup mudah untuknya bekerja dengan Aina dan pasukannya.
Aina Abdul pada malam kedua showcase ‘A Night With Aina Abdul’ dengan menggayakan busana ciptaan Masyadi Mansoor & Shazleen Jalal
“Mereka adalah insan yang meraikan kebebasan berkarya. Lagipun, Aina ialah seorang yang berani memperjuangkan seninya dan mampu membawakan sebarang jenis look yang diberikan termasuklah look yang ‘berat’.
“Sewaktu bahagian video muzik yang memerlukan Aina memakai busana ciptaan saya itu, saya lihat dia sudahpun mengambil mood untuk mengeluarkan alter ego yang disimpannya selama ini.
Ads
“Aina ini kalau hendak tahu tidak boleh duduk diam (ketawa). Saya enjoy melihatnya begitu komited untuk menjiwai mood setiap kali sebelum melakukan persembahan,” tambah Masyadi lagi yang kini sedang mempersiapkan finalis Anugerah Juara Lagu ke-36, Noki sebelum hari Ahad ini.
Terdahulu, satu lagi ciptaan Masyadi buat Aina semasa peringkah Separuh Akhir Muzik-Muzik telah menjadi topik perbualan warganet.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
11 das tembakan yang dilepaskan di Istana Alam Shah, Klang pada pagi tadi merupakan simbolik sempurnanya Istiadat Pernikahan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor (RMS) Tengku Amir Shah bersama pasangan pilihan, Cik Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz.
Tembakan kehormatan itu dijalankan pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) berpangkalan di Kem Sungai Buloh.
Seawal jam 7 pagi lagi, lebih 2000 orang ramai mula membanjiri pekarangan bandaraya Klang bagi menyaksikan perarakan sempena istiadat pernikahan Diraja.
Kelihatan dalam lintas langsung oleh Media Selangor, suasana meriah dengan orang ramai memegang bendera negeri Selangor untuk dilambaikan kepada Raja Muda Selangor sewaktu menaiki kereta Rolls Royce dari Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz Klang sehingga ke Masjid Istana Diraja Istana Alam Shah sejauh 1.2 kilometer.
Detik bersejarah bagi rakyat negeri Selangor ini kemudian diteruskan dengan Istiadat Pernikahan Diraja yang dipimpin oleh Mufti Selangor Dato’ Setia Dr Anhar Opir di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.
Sesi akad nika turut dihadiri oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, serta DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang berkenan berangkat menyaksikan momen bahagia anakanda baginda berdua.
Difahamkan juga, Cik Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz telahpun memilih busana sentuhan pereka fesyen tempatan, Adila Long. Begitupun, foto rasmi yang memperlihatkan pasangan Diraja tersebut sehingga kini masih belum dimuat naik buat tontonan orang ramai.
FOTO: Bernama & Instagram Selangor Royal Office
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesetengah individu memang suka menggunakan produk drugstore kerana harganya yang murah, tapi setanding dengan produk mahal.
Masyarakat sekarang dah bijak. Buat apa nak beli produk mahal-mahal kalau ada yang lebih berbaloi tapi berkesan kan?
Jom kita tengok checklist produk drugstore yang korang boleh cari nanti..
1. Primer
Kalau ada masalah pori terbuka, boleh try produk ni. Ia boleh mengaburkan sikit pori yang besar tu. Primer ni pun boleh membuatkan mekap tahan lebih lama.
Cara penggunaan:
Face mist – Serum – Moisturizer – Primer – Foundation
2. Concealer Camouflant
Sesuai untuk korang yang ada masalah kulit berminyak. Ada banyak shade. Concealer sangat ringan.
3. Master Flush Stick
Memudahkan kerja, tak perlu bawa berus/beauty blender. Produk blusher ni juga boleh dijadikan sebagai eyeshadow dan lipstick.
4. Lash & Brow
Kalau nak kening nampak natural, boleh cari produk ni. Harganya pun murah je. Boleh juga digunakan sebagai maskara.
5. Hyper Light Liner
Memudahkan korang nak lukis eyeliner. Harganya lebih kurang RM30++ tapi hasilnya memang tip top!
6. Mousse Make up
Kalau sejenis yang nak cepat siap mekap boleh pakai ni. Sapu-sapu dah siap. Sesuai untuk kegunaan harian. Tapi, kurang shade.
7. Eyebrow Gel Mascara
Malas nak lukis kening? Okay sikat je dengan brow ni. Kulit wanita asia boleh pilih warna medium brown.
8. Waterproof Maskara
Senang nak apply pada bulu mata. Kalau masih sekolah, memang pilihan yang tepat sebab harganya pun murah je.
9. Maskara Big Eye
Sesuai dengan nama. Produk ni boleh membuatkan mata korang nampak galak.
10. Loose Face Powder
Tekstur sangat soft. Tapi mahal sikit eh. Dalam RM50-RM60, korang boleh google harga produk ni.
11. Face mask
Face mask ni memang best. Sejukkan dalam fridge dan pakai sebelum tidur.
12. Produk penjagaan rambut
Ada banyak jenis, antaranya syampu, conditioner dan hair mask. Memang best. Harganya pun mampu milik.
13. Make up remover
Nak cuci mekap, guna micellar cleansing water ni, best gila! Ada tiga jenis. Pilih ikut kesesuaian kulit korang.
14. Skin repair
Untuk masalah kulit kering, guna je produk ni. Boleh guna satu badan. Moisturizer muka pun boleh.
15. Deodoran
Tak ada bau. Tak melekit dan paling penting, tak hitamkan ketiak.
16. 2 In 1 Eyeshadow & Liner
Harganya murah dalam belasan ringgit saja tapi setanding dengan produk mahal.
17. Lip cream
Siapa yang berbibir kering kena guna lip balm sebelum guna krim bibir ni. Semua warna produk ni memang lawa.
18. Highlighter pen
Boleh dijadikan sebagai highlighter/eyeshadow. Ada beberapa pilih warna.
19. Scrub
Senang nak buang kulit mati pada wajah. Tapi jangan guna hari-hari sebab kulit muka ni sensitif. Guna dua kali seminggu je.
Amacam, familiar tak dengan produk-produk ni? Mesti selalu jumpa dekat drugstore kan. Ha, apa lagi pergi la cari. Hiks!
Di sebalik alam mulai bersih akibat tiada pencemaran hingga sungai menjadi jernih ketika penularan pandemic COVID-19, keadaan kesihatan manusia pula menjadi taruhan apabila semakin banyak virus membawa kematian ditemui.
Jika COVID-19 masih belum ada penawarnya, hingga membawa saintis berusaha lebih keras menjalankan penyelidikan, penemuan satu virus baru yang lebih bahaya dari COVID-19 pula ditemui di Kazakhstan.
Ya kesihatan manusia semakin diancam berikutan satu demi satu virus ditemui dan belum ada penawarnya. Lebih menakutkan kewujudan virus yang tidak dikenali ini mampu membawa impak kematian lebih tinggi berbanding COVID-19.
Dalam pada itu,Kedutaan Besar China di Kazakhstan mengeluarkan amaran berhubung jangkitan baharu “pneumonia tidak dikenali” yang dikatakan lebih berbahaya daripada COVID-19.
Ia selepas negara bekas republik Soviet itu melaporkan peningkatan kes pneumonia sejak Jun lepas, lapor SCMP.
“Angka kematian virus ini jauh lebih tinggi daripada koronavirus baharu.
“Jabatan kesihatan negara sedang melakukan kajian perbandingan mengenai virus pneumonia itu, namun masih belum dapat mengenal pasti virus tersebut,” kata kedutaan dalam peringatan kepada rakyatnya di negara itu.
Laman web kedutaan yang memetik laporan media tempatan menyebut wilayah Atyrau, Aktobe dan bandar Shymkent merekodkan peningkatan kes pneumonia yang ketara sejak pertengahan Jun.
Difahamkan, terdapat hampir 500 kes radang paru-paru di tiga lokasi tersebut dengan lebih 30 pesakit berada dalam keadaan kritikal.
Kazakhstan menyaksikan 1,772 kematian akibat radang paru-paru pada pertengahan pertama tahun ini di mana 628 kes berlaku pada bulan Jun, yang turut melibatkan beberapa warga China, kata kedutaan itu.
"Kedutaan besar China di Kazakhstan mengingatkan warga China di sini agar peka dengan situasi dan meningkatkan pencegahan untuk menurunkan risiko jangkitan," tambah kedutaan itu lagi.
Berdasarkan laporan daripada agensi berita Kazinform, seramai 300 orang yang disahkan menghidap pneumonia dimasukkan ke hospital saban hari.
Menurut agensi itu lagi, sebanyak 1,700 kes pneumonia dikesan di seluruh negara pada Jun, peningkatan lebih dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas.
Kazakhstan melaksanakan perintah darurat pada 16 Mac lepas untuk membendung penularan COVID-19 tetapi ditarik balik pada 11 Mei.
Begitupun, sekatan dan langkah kuarantin tetap dikenakan di beberapa kawasan susulan peningkatan kes pneumonia di negara itu.
Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev dalam satu ucapan di televisyen pada Rabu mengatakan keadaan kekal serius dan masih terlalu awal untuk melonggarkan sekatan sepenuhnya.
Tambahnya, negara itu "sebenarnya menghadapi gelombang koronavirus kedua ditambah dengan peningkatan besar dalam kes pneumonia," menurut agensi berita Rusia Tass. Sumber : ASTRO AWANI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!