25 Tahun Bergelar Anak Seni, Datuk Hans Isaac Undur Diri Dari Industri Hiburan

Share

Mula berlakon pada tahun 2014 sehingga kini, 25 tahun bukanlah satu masa yang singkat.

Mungkin disebabkan terlalu lama dalam industri, selebriti yang kini bergelar usahawan dan ahli politik, Datuk Hans Isaac membuat pengumuman bahawa dia ingin mengundurkan diri dari industri hiburan kerana tidak lagi mempunyai minat.

Menerusi posting yang dimuatnaik di Instagram, bekas juri tetap Pencarian Hero Remaja 2020 ini akui semua perkara baik akan ada pengakhirannya.

“Seperti yang mereka katakan, semua perkara yang baik akan ada pengakhiran. Dan selepas 25 tahun sebagai PELAKON, itu bukan perjalanan yang terlalu buruk bukan? Saya telah direstui. Saya benar-benar direstui dan akan sentiasa bersyukur”-Hans Isaac

“Berlakon Bukanlah Minat Saya”-Hans Isaac

 

Keputusan itu dibuat Hans kerana mahu fokus terhadap bisnes dan perkara-perkara lain yang sedang dilakukannya ketika ini.

Sepanjang 25 tahun mengukir nama sebagai aktor, Hans telah membintangi 30 filem cereka beserta sejumlah besar drama dan rancangan TV.

 

Antara filem yang dibintanginya selain Ringgit Kasorrga adalah Layar LaraAmokGemilangBuli, Cinta Luar BiasaBaik Punya Cilok, filem Filipina berjudul Miss You Like Crazy serta City Sharks (Singapura).

Bahkan dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Layar Lara dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Buli Balik.

All the best and good luck Datuk!

Gambar: Instagram @hansisaac

IKLAN