Juara Hero Remaja 2023, Aiman Ameer mendedahkan telah menyelusuri perjalanan pasang surut dalam kehidupannya sepanjang tahun lalu.
Menerusi sebuah coretan panjang di Instastory miliknya, anak jati kelahiran Johor Bahru itu menzahirkan kesyukuran terhadap Ilahi kerana telah mengatur perancangan kehidupan daripada dirinya berada di titik terendah sehingga berjaya.
“Bila terfikir sejenak, 2023 adalah tahun yang penuh pengajaran, kesedihan dan pengalaman jatuh dan bangun semua sekali gus.
“Terima kasih Allah, Dialah sebaik-baik perancang, dan thanks to me kerana sentiasa mempercayai proses ini,” coretnya.
Ads
Mengulas lanjut, jejaka berusia 24 tahun itu juga mendedahkan tidak mudah buat dirinya untuk terus kuat dalam berjuang sehingga memperoleh kejayaan seperti mana yang diharapkan olehnya.
“Mungkin ramai yang nampak aku senang dan mudah dapat apa yang aku nak. Tapi disebalik kaca televisyen hanya Allah yang tahu apa yang saya perjuangkan… apa yang saya hilang sepanjang perjalanan.
Ads
“Kepada yang datang dalam hidup aku sebelum 2023, ketika dan selepas 2023, jangan risau… aku tak akan lupakan anda semua.
“Kita semua haruslah jadi seperti padi, semakin tunduk semakin berisi, semakin berilmu, semakin merendah diri. Jangan jadi seperti lalang, makin lama makin tinggi,” katanya lagi.
Ads
Sekadar info, Aiman Ameer telah dinobatkan sebagai Juara Hero Remaja 2023 menggantikan takhta Mierul Aiman selaku Hero Remaja 2021.
Aiman turut dipilih sebagai Hero Inspirasi berdasarkan hasil diskusi daripada pihak Remaja dan pihak produksi di atas positiviti, usaha dan dedikasi yang diberikan sepanjang Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 berlangsung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Merupakan peserta termuda di pencarian Hero Remaja 2021, Syazani mula minat berlakon selepas menonton banyak filem dan drama Korea sewaktu PKP tahun lalu.
Pernah mencuba dalam sesi uji bakat Hero Remaja 2020 tetapi tidak berjaya, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat anak muda ini dan akhirnya berjaya menjadi finalis Hero Remaja 2021.
Menjadikan Ji Chang Wook dan Alif Satar sebagai idolanya dalam bidang lakonan, Syazani tidak sabar untuk meneruskan perjalanan di Hero Remaja 2021 sebagai peserta paling muda dan ingin mencabar dirinya untuk lebih bersinar dan bersaing dengan finalis yang lain.
Siapa sangka anak muda ini juga mempunyai minat untuk mencuba dalam bidang masakan. Jelas Syazani, sepanjang PKP ini dia banyak mencuba resipi yang dikongsi oleh pengguna-pengguna media sosial di Instagram dan antara yang menjadi kegemarannya adalah kek pisang.
“Sebenarnya kalau ikutkan rutin saya, setiap kali selepas bangun tidur saya akan melayari media sosial dahulu untuk mengetahui berita-berita semasa. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil tahu apa yang berlaku disekeliling kita,”
“Selepas itu, saya akan cuba mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti sendiri. Contohnya memasak. Why not kita cuba benda baru daripada tak buat apa-apa di rumah kan?,” jelas Syazani.
Walaupun menjadi peserta paling muda dalam edisi Hero Remaja kali ini, Syazani tidak menjadikan ia sebagai satu alasan untuk dia merasakan rendah diri kerana baginya setiap peserta pasti mempunyai kelebihan masing-masing.
Korang juga boleh mengundi Syazani untuk Hero Remaja Favorite 2021 di www.remaja.my.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah diucapkan kepada Nadhir Nasar, 23, atas kejayaan merangkul gelaran Hero Remaja 2020! Setelah berakhirnya episod finale sebentar tadi, Nadhir berjaya untuk menidakkan peluang empat orang finalis lain yang bertanding di pentas akhir tadi dalam suasana yang cukup sengit.
Sementara itu, tempat kedua jatuh kepada peserta dari Negeri Johor, Umar Hisham manakala Meerqeen, 19 berjaya menempatkan diri di tangga ketiga.
Perasaan Nadhir……
” Perassan Nadhir happy,teruja dan tak sangka menang malam ini, tapi rezeki tak pernah salah alamat. Kelima-lama memang pesaing saya yang hebat, tapi kami bersaing secara sihat. Tapi rezeki Nadhir, saya menang Hero Remaja malam ini.
Pada awalnya apabila menyertai ujibakat Hero Remaja 2020, tipulah kalau saya katakan saya tidak mahu menang. Namun setelah bersama dengan pihak produksi melakukan cabaran, terlibat dalam pelbagai jenis aktiviti & penggambaran, duduk sebumbung pula dengan 11 lagi orang finalis lain, pandangan saya terhadap pencarian itu telah berubah.
Kepada semua juri, krew dan semua yang terlibat saya ucapkan berbanyak terima kasih atas semua pertolongan anda kepada Nadhir. ”
Ditanya mengenai perancangan selepas memenangi Hero Remaja 2020
“Sudah tentu Nadhir akan kembangkan bakat dalam industri seni dengan sebaiknya. InsyaAllah”.
Walaupun acara finale dilangsungkan dengan kawalan ketat terhadap Piawaian Prosedur Operasi (SOP), namun ia tetap berlangsung penuh meriah.
Hanya seramai 50 orang penonton dibenarkan untuk menyaksikan siaran secara langsung di studio dan ia terdiri daripada penaja utama Hero Remaja 2020 iaitu NIVEA Men, pihak pengurusan dan para selebriti yang terdiri daripada alumni pencarian Hero Remaja terdahulu dan pencarian Dewi Remaja 2019.
Apa pun tahniah REMAJA ucapkan buat semua Hero Remaja 2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berjaya menempatkan diri ke tempat kelima dalam pencarian Hero Remaja 2020, Haziq Nazimuddin akur dengan kedudukan itu kerana baginya dia tidak memberikan sehabis baik pada malam akhir semalam.
“Semalam adalah hari yang paling Haziq takut dalam seumur hidup kerana selama ni berada di pentas peragaan tidaklah rasa takut seperti ini, sebaliknya saya rasa sangat excited untuk berada di atas pentas. Tapi semalam saya tidak memberikan yang terbaik kerana mungkin ia adalah pertama kalinya muncul secara langsung di kaca televisyen dan ditonton oleh satu Malaysia,”
“Namun begitu, saya berbangga kerana saya masuk dalam pencarian ini adalah untuk berlawan dengan diri sendiri. Dengan menjadi top 5 di peringkat akhir, saya rasa ini adalah pencapaian terbaik dalam hidup saya setakat ini.” jelas Haziq.
“Kesemua finalis telah memberikan persembahan sebaik mungkin dan keputusan juri bagi menempatkan diri di kedudukan masing-masing adalah yang terbaik. Nadhir memang layak bergelar juara, naib juara adalah Umar, Meerqeen pula di tangga ketiga, Jabir berada di tempat keempat, manakala saya di tempat kelima. Saya berpuas hati dengan keputusan ini,” katanya lagi.
Kenangan bersama ibu dan ayah
Sebelum masuk ke pencarian Hero Remaja 2020, Haziq sudah mempunyai bisnesnya sendiri iaitu gubahan dan penghantaran flower bouquet. Perniagaan ini tetap diteruskan semasa dia berada dalam program Hero Remaja, namun terpaksa dihentikan seketika kerana PKP yang lalu.
“InsyaAllah tidak lama lagi saya akan membuka semula perniagaan flower boy kerana ia sememangnya minat saya dari dulu lagi. Saya tetap akan menggubah bunga dan kalau berkesempatan, saya sendiri juga yang akan membuat penghantaran kepada pelanggan,”
Wah, untunglah lepas ni kalau korang order bunga, Haziq sendiri yang akan berikan kepada korang kan. Hiks!
Haziq juga tetap akan mencari peluang untuk menceburkan diri dalam industri hiburan kerana dia mengaku sudah tidak sabar untuk bekerja bersama-sama orang yang berpengalaman dalam industri.
Tahniah dan selamat maju jaya Haziq. Semoga apa yang diimpikan akan terlaksana dan dipermudahkan semua urusan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!