2017 Tahun Swafoto Bersama PM Najib

Share

Kebanyakan pemimpin dunia menghormati beliau sebagai seorang yang serius ketika bekerja dan sentiasa bercakap dengan poin yang tegas dalam teks ucapan.

Namun siapa sangka, di sebalik persona luaran beliau selaku Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak juga mempunyai tabiat normal seperti kita semua iaitu suka berswafoto bersama atau wefie!

Berbanding dengan akaun Instagram beliau (add him now!), PM dilihat lebih aktif di platform Twitter yang kini mempunyai 3,97 juta pengikut. Tetapi, itu tidak bermakna beliau membiarkan saja akaun Instagram-nya itu ‘bersawang’.

PM Najib merupakan antara pemimpin dunia yang gemar berswafoto apabila tiba masa sengang. Tidak kiralah semasa di dalam gym peribadinya di rumah, semasa bersama cucu beliau Adam Razak mahupun semasa dalam urusan kerja di luar negara, beliau akan memuat naik gambar baru.

Lebih Kerap Selfie Sepanjang Ogos

Ketika menelek (atau scroll ke bawah) gambar PM Najib di Instagram, ternyata bulan Ogos adalah bulan paling aktif berswafoto buat beliau.

Maklum sajalah, Ogos tahun ini diwarnai oleh pelbagai acara yang berlaku secara berselang-seli. PM Najib merakamkan kenangan dengan atlet kebangsaan seperti raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan dan pasukan ragbi negara yang memenangi pingat emas. Comel pula tengok hehe

.

Malah, dalam beberapa keping gambar, beliau sempat bergambar bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, bersama Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dan juga tentunya bersama isteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Kadang-kadang deep juga PM kita ni.

Pemimpin Negara Pun Layan

Sepanjang waktu lawatan ke luar negara juga, PM Najib tidak ketinggalan untuk bergambar dengan kenalan pemimpin sesebuah negara. Antara yang ‘melayan’ aktiviti swafoto beliau termasuklah Perdana Menteri China Li Keqiang, Raja Arab Saudi Raja Salman dan juga Perdana Menteri India, Naredra Modi.

Setakat ini, beliau masih belum berkesempatan untuk berswafoto dengan Presiden kontroversi Amerika Syarikat, Donald Trump. Tetapi secara peribadi, penulis rasakan tak perlulah kot untuk bergambar mesra bersama. Takut kena kecam pulak.

Setakat hari ini saja, PM Najib sudah memuat naik 630 foto di akaun Instagram. Kami yakin pada tahun 2018, jumlah itu akan meningkat lebih satu kali ganda!

 

IKLAN