Korang jangan la susah hati bila barangan keperluan tu habis. Yelah bermula hari ini sehingga hujung bulan, orang ramai dikehendaki untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan mengehadkan aktiviti di luar rumah.
Namun, korang masih dibenarkan untuk keluar rumah bagi mendapatkan barangan keperluan harian di pasar raya atau melakukan sebarang urusan penting dan mendesak.
Ini Remaja share 20 senarai pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang yang masih dibuka untuk orang ramai membeli barangan keperluan mereka dan menyelesaikan urusan harian yang penting
1. 1 Utama Pusat Beli-Belah @ Petaling Jaya
Pusat beli-belah terkenal di Petaling Jaya, Selangor ini akan tetap beroperasi seperti biasa namun hanya terhad kepada pembukaan pasaraya, bank, kedai telekomunikasi, kedai serbaneka, klinik dan pejabat pos sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac hingga 31 Mac.
Kedai-kedai makanan dan minuman juga dibuka untuk hanya penghantaran dan pengiriman. Bagaimanapun, makan di kedai adalah tidak dibenarkan.
2. 3 Damansara @ Petaling Jaya
Perkhidmatan yang tidak diperlukan dan perniagaan swasta akan ditutup buat sementara waktu di 3 Damansara, Petaling Jaya ini.
Walau bagaimanapun, pasar raya, farmasi dan perkhidmatan lain yang diperlukan beroperasi seperti biasa.
3. Atria Shopping Gallery @ Petaling Jaya
Waktu operasi di pusat membeli-belah ini akan diubah dari pukul 10 pagi hingga 8 malam sahaja, sehingga notis lanjut diberitahu kelak.
4. Berjaya Times Square @ KL
Pusat membeli-belah antara yang terbesar di ibu negara ini juga masih dibuka untuk orang ramai, namun terhad hanya kepada operasi di bank, kedai telekomunikasi, pasar raya, farmasi dan kedai serbaneka sahaja.
5. Empire Shopping Mall @ Subang Jaya
Ads
Pusat membeli-belah Empire akan dibuka seperti biasa tetapi hanya melibatkan operasi di pasar raya, farmasi, kedai serbaneka dan perkhidmatan penting sahaja.
6. IOI City Mall @ Putrajaya
IOI City Mall di Putrajaya beroperasi seperti biasa dan hanya melibatkan kedai-kedai yang penting serta dibenarkan sahaja.
Manakala restoran juga hanya menyediakan hidangan untuk dibawa pulang oleh pelanggan.
7. Pusat Beli-Belah IPC @ Petaling Jaya
Kebanyakan kedai akan ditutup di IPC, kecuali untuk perkhidmatan penting seperti farmasi, pasaraya, ATM, dan kedai serbaneka.
8. Jumpa @ Sungei Wang
Perniagaan swasta di Jumpa @ Sungei Wang tidak akan dibuka buat sementara waktu, bagaimanapun operasi di pasar raya, farmasi dan perkhidmatan penting lain akan terus dibuka untuk orang ramai.
9. Mid Valley Megamall @ KL
Ads
Pasar raya, kedai roti, farmasi, kedai optik, bank dan perkhidmatan penting lain akan tetap beroperasi seperti biasa.
Manakala kedai makanan dan minuman yang terpilih sahaja akan dibuka dan hanya menawarkan perkhidmatan penghantaran dan pengambilan sahaja.
10. MyTOWN Shopping Centre @ KL
Meskipun MyTOWN dibuka namun hanya beberapa restoran terpilih sahaja yang akan dibuka bagi menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan, seperti GrabFood dan FoodPanda.
11. NU Sentral @ KL
Pusat beli-belah ini dibuka hanya untuk operasi di pasar raya, kedai serbaneka dan perkhidmatan penting sahaja.
12. Paradigm Mall @ Petaling Jaya
Sepanjang tempoh 14 hari Perintah Sekatan Pergerakan ini, Paradigm Mall akan beroperasi dengan waktu yang baru iaitu dari pukul 11 pagi hingga 8 malam sahaja untuk kedai-kedai terpilih yang dibenarkan.
13. Pavilion KL @ KL
Ads
Pasar raya, kedai serbaneka, bank, kedai telekomunikasi di Pavilion akan beroperasi seperti biasa.
Sementara kedai makanan dan minuman yang terpilih pula hanya akan dibuka khusus untuk servis penghantaran sahaja.
14. Subang Parade @ Subang Jaya
Subang Parade juga masih dibuka hanya untuk pasar raya, farmasi dan kedai serbaneka.
15. Sunway Putra Mall, Sunway Velocity, dan Sunway Pyramid
Kedai serbaneka, klinik, mesin ATM, dan pasar raya antara perkhidmatan penting lain yang akan tetap dibuka dan beroperasi seperti biasa di kesemua cawangan pusat membeli-belah di bawah Kumpulan Sunway.
16. Suria KLCC @ KL
Bermula hari ini hingga 31 Mac, semua kedai di Suria KLCC tidak akan dibuka untuk kunjungan orang ramai melainkan beberapa kedai penting yang dibenarkan.
Pelanggan masih boleh membeli barang keperluan mereka di pasar raya, farmasi dan kedai perkhidmatan penting yang akan terus dibuka setiap hari.
17. Starling @ Petaling Jaya
Kebanyakan kedai di Starling Mall akan ditutup, kecuali Jaya Grocer, farmasi dan Pos Malaysia sahaja!
Sementara itu pasaraya Ikea, Plaza Low Yat, e @ Curve dan The Curve @ Petaling Jaya DITUTUP sepenuhnya buat sementara waktu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja, mulai hari ini. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan melantik TMJ dan menitahkan perkara itu selepas selesai merasmikan pembukaan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-15.
“Tunku Mahkota Johor dilantik sebagai Pemangku Raja bermula hari ini. Saya hendak berehat sekejap mula hari ini,” titah baginda.
Tunku Ismail merupakan anak sulung Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. TMJ dilantik sebagai Raja Muda Johor pada April 2006 sebelum dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada Januari 2010.
TMJ juga merupakan individu penting dalam mentransformasikan pasukan bola sepak Johor Darul Takzim sehingga menjadi pasukan gergasi dalam kancah bola sepak tempatan.
Baru-baru ini beliau mengumumkan untuk meninggalkan pasukan itu kerana mempunyai tanggungjawab lain yang perlu digalas.
“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab,” titah Baginda.
Kini, TMJ memangku jawatan Pemangku Raja yang mana memegang kuasa raja sebagai wakilnya sama ada ketika ketiadaan raja, ketika raja sedang sakit atau raja belum dewasa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, Malaysia mencatatkan 2195 lagi kes positif COVID-19 dan di Kelantan sahaja mencatatka kes mendadak naik mencapai 332 kes sehari, manakala Serawak 508 kes dan Selangor 431 kes positif.
Ekoran daripada peningkatan kes positif COVID-19 yang semakin membimbangkan, Menteri Kanan (Keselamatan) semalam , memaklumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan bermula hari ini sehingga 2 Mei depan akibat peningkatan kes Covid-19.
“KKM hari ini melaporkan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan.
“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 396 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 43 kes positif Covid-19 telah direkodkan,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Menurut Astro Awani, perkara ini dilaksanakan bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti luar.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) juga turut mengarahkan semua sekolah di tujuh daerah yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan ditutup sehingga 24 April.
Pada masyarakat di luar sana, terus kekal duduk rumah dan elakkan berada di luar jika tidak mempunyai apa-apa urusan penting.
Piala Dunia FIFA 2022 tidak perlu menunggu lama untuk melakar kejutan terbesar dalam penganjuran kejohanan bola sepak terbesar dunia itu setelah pasukan Arab Saudi berjaya menundukkan pasukan Argentina, 2-1 Selasa lalu di hadapan 88,012 penonton stadium.
Peluang bermain di bumi Timur Tengah, Qatar telah dimanfaatkan oleh Arab Saudi apabila ia meledakkan gol menerusi pemain Saleh Alshehri diikuti gol Salem Aldawsari dalam masa lima minit shaja setelah separuh masa kedua bermula.
Walaupun ia baru perlawanan pertama Arab Saudi dalam kempen kali ini, ia sudah cukup membanggakan seluruh negara tersebut sehinggakan Raja Salman bertindak mengumumkan cuti umum di sana, semalam.
Putera Raja Mohammed Bin Salman berborak dengan Presiden FIFA sewaktu menonton perlawanan kelmarin.
Susulan kemenangan itu, media sosial tertanya-tanya apakah habuan yang diterima oleh pasukan Green Galcons itu daripada Raja mereka.
Ini memandangkan warganet masih ingat akan hadiah mewah yang diterima pemain Arab Saudi sewaktu Piala Dunia FIFA 1994. Mereka merupakan pasukan pada ranking terendah berbanding semua pasukan yang bertanding di Amerika Syarikat pada waktu itu.
Namun Arab Saudi berjaya melangkah ke pusingan kedua susulan ‘gol magis’ Saeed Al-Owairan semasa pertemuan dengan Belgium dan ia masih dianggap sebagai salah satu jaringan paling hebat dalam sejarah Piala Dunia. Lantas, Raja Arab Saudi pada waktu itu telah menghadiahkan kereta mewah Rolls-Royce kepada penyerang itu.
Khabarnya kali ini, seluruh pasukan yang bermain untuk Arab Saudi akan menerima kenderaan Rolls-Royce Phantom dan wang habuan bernilai satu juta Dollar!
Ura-ura ini berterbangan setelah usahawan terkenal dari India, Suhel Seth memuat naik ciapan yang beerkata Putera Arab Saudi, Putera Mohammed Bin Salman akan memberikan hadiah tersebut sebagai tanda penghargaan kerajaan Arab Saudi.
What a match! MBS will now give each player of the KSA TEAM one Rolls Royce each in addition to a billion dollars EACH for winning against Argentina!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!