2 Minggu Sebelum Lancar Album Solo, Lisa Manoban Telahpun Cipta Rekod Baru

Share

 

Banyak perkara mengujakan sedang berlaku dalam hidup insan bernama Lisa Manoban.

Sekiranya ada satu nama selebriti K-pop yang sedang menjadi bualan mulut sedunia sekarang, insan tersebut tentunya ialah ahli kumpulan sensasi, Blackpink iaitu Lisa Manoban.

Seperti yang diumumkan oleh Lisa dan Blackpink tengah malam tadi, album solo pertamanya bakal dilancarkan pada 10 September 2021 iaitu kira-kira dua minggu saja dari sekarang. Setelah Blinks (nama gelaran peminat kumpulan Blackpink) menunggu hampir setahun lamanya, Lisa mendedahkan bahawa nama bagi album tersebut ialah Lalisa dan foto ‘album art’ kini telahpun dimuat naik setelah foto teaser

telah kita semua saksikan beberapa hari lalu.

Tentunya, Blink tidak sabar untuk menantikan sejauh mana Lisa dan YG Entertainment (syarikat label yang dinaungi Blackpink) akan bereksperimen dari segi muzik dan kreativiti susunannya menerusi album ini. Maklumlah, Lisa bukan setakat berbakat dalam nyanyian. Malah ahli termuda Blackpink ini juga hebat sebagai seorang rapper dan penari.

Penulis secara peribadi mengharapkan agar beberapa trek rancak ada dimuatkan dalam album Lalisa agar kita dapat menonton koreografi menarik daripadanya.

Dengar cerita, Blink sudahpun mempunyai beberapa teori mengenai nama trek dalam album Lalisa. Ini termasuklah judul The Show Must Go On dan What’s My Name. Teori tersebut tercetus berdasarkan beberapa foto yang dikongsikan oleh Lisa sebelum ini.

Adakah easter eggs ini benar atau ia hanyalah kebetulan saja? Sama-samalah kita nantikan 10 September nanti.

APAPUN, sebelum tibanya tarikh istimewa itu, Blink sudahpun boleh meraikan satu khabar gembira mengenai Lisa.

Secara rasminya, Lisa kini merupakan bintang K-pop wanita dengan subscribers paling ramai di YouTube (tidak termasuk saluran YouTube kumpulan) setelah angka tersebut mencecah lebih 8 juta orang!

Bukan saja rapper

ini menjadi bintang K-pop dengan followers paling ramai di Instagram, tapi kini juga subscribers paling ramai di YouTube!

Okay, technically, PSY masih merupakan bintang K-pop solo yang mempunyai subscribers YouTube tertinggi dengan 15.1 juta. Namun menerusi saluran YouTube Lisa bernama LiliFilm Official, tidak mustahil dia (dan Jennie yang kini mempunyai 6.7 juta subscribers) mengejar PSY dari belakang.

Right girls..?

IKLAN