2 Finalis Dewi Remaja 2019 Jadi ‘Rebutan’ Peserta Big Stage..?

Share

Belum sampai dua minggu selepas finale Dewi Remaja 2019 melabuhkan tirainya, dah ada gosip antara mereka dan penyanyi BBNU. Eh!

Dengar cerita, ada 2 orang finalis Dewi Remaja yang menjadi rebutan 2 orang penyanyi dari pertandingan Big Stage 2019 ajuran Astro RIA.

Aik, sejak bila lah pula mereka sempat nak berjumpa dan tackle ni? Bukan finalis Dewi Remaja telah dikuarantin selama 3 bulan ke?

Okay, okay. Sebelum gosip meliar, let us get things straight.

Mereka bukanlah couple selebriti terbaru, tetapi 2 finalis Dewi Remaja ini telahpun disunting menjadi penyeri klip video penyanyi kacak, Kucaimars dan Adzrin Amiruddin.

Dalam muzik video terbaru Kucaimars berjudul Khayalan, Nina Amin muncul sebagai gadis yang hanya ditemui dalam mimpi Kucaimars.

Penyanyi tersebut cuba untuk menyakinkan agar Nina kekal dalam mimpi tersebut dan dia enggan terjaga dari lena. Cer tonton klip video Khalayan and let us know what do you guys think about it?

Seorang lagi Dewi yang disunting untuk membintangi klip video ialah Aishah Azhan ataupun lebih mesra dengan panggilan Ash.

Ash baru saja mengikuti penggambaran bersama pemenang tempat ketiga Big Stage 2019, Adzrin menerusi single terbarunya, Bagai Lagu Indah.

Walaupun ia masih belum menemui peminat, klip teaser yang dimuat naik oleh Adzrin ini telah mencuri tumpuan ramai orang. Kemain eh korang.

Apapun, tahniah kepada Nina dan Ash kerana telah menerima kepercayaan produksi untuk membintangi 2 klip video ini.

Love!

 

IKLAN