Menjelang akhir Ramadan pastinya sebahagian dari kita merasa tidak sabar untuk menyambut aidilfitri. Walau di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditambah kurang dari seminggu lagi kedatangan syawal namun rasa teruja itu pastinya ada.
Paling tidak dilupakan pastinya kuih muih yang sudah menjadi tradisi setiap Syawal.
Di sebalik kemeriahan menyambut aidilfitri namun apabila diuji dengan ujian maha hebat sudah pasti kita akan berada dalam kesedihan.
Inilah yang dirasai oleh Azman Awang, 58 apabila dua anaknya menemui ajal serentak selepas kenderaan dipandu anaknya dirempuh sebuah treler ketika dalam perjalanan menghantar kuih raya kepada Tok Wan mereka dalam kejadian semalam.
Harian Metro melaporkan, menurut Azman, jika ikutkan mereka dalam perjalanan menghantar kuih raya kepada tok wan mereka yang tinggal di Besut," kata bapa mangsa, Azman Awang, 58.
Ads
Dua anak Azman iaitu Amirah Faqihah, 18, dan Aishah Asmaa, 14, maut di tempat kejadian manakala Aidil Wajdi, 17, serta Arif Muzammil, 16, parah selepas terbabit dalam kemalangan di persimpangan Kampung Bahagia, di Jertih selepas kereta dinaiki mereka dirempuh treler, 2.50 petang tadi.
Azman berkata, anak keduanya, Amirah Faqihah, sejak beberapa hari lalu tekun menyiapkan beberapa jenis kuih raya untuk diagihkan kepada ahli keluarga termasuk tok wannya.
"Ketika mereka bertolak dari rumah di Kampung Saujana jam 2.30 petang kebetulan saya ada (di rumah) dan Amirah paling teruja nak hantar kuih pada tok wannya.
"Mengikut perancangan asal mereka hanya pergi sekejap tidak bermalam di sana (Besut) kerana mahu pulang terus ke rumah," katanya.
Ads
Katanya, pasangan adik beradik yang terbabit dalam kemalangan itu adalah anak kedua, ketiga, keempat dan kelima daripada sembilan beradik.
"Dua anak saya, Amirah Faqihah dan adiknya Aishah Asmaa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Saujana, esok.
"Sementara dua lagi anak saya Aidil Wajdi dan adiknya, Arif Muzammil yang parah akan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, kemalangan maut itu membabitkan dua kenderaan antara kereta Perodua Bezza dengan treler jenis Nissan.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu treler berusia 30 tahun dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala ke Kuantan tidak sempat mengelak sebelum terlanggar sisi kanan kereta dipandu keluar secara tiba-tiba dari simpang Kampung Bahagia," katanya.
Afandi berkata, pemandu kereta, Amirah Faqihah dan penumpang belakang kanan, Aishah Asmaa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Manakala penumpang hadapan, Aidil Wajdi, dan penumpang belakang kiri, Arif Muzammil parah dan diletakkan di Zon Merah Hospital Daerah Setiu," katanya turut memberitahu, ketika kejadian hujan lebat.
Katanya, kes di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini ada mengumumkan sekolah tidak akan dibuka awal walaupun tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.
Menurut beliau, sesi persekolahan di seluruh negeri akan ditangguhkan sehingga wabak Covid-19 pulih sepenuhnya.
Terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) telah bersetuju untuk bekerjasama bagi menyiarkan Slot Program TV Pendidikan di saluran Tutor TV, Astro. KPM berkata, kerjasama itu merupakan tambahan kepada siaran slot TV Pendidikan yang kini bersiaran di saluran TV Okey, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 6 April 2020.
Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan akses murid kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada pembelajaran dalam talian. Pendekatan ini juga membantu murid yang tidak mendapat capaian internet mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dari rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pasca PKP.
Untuk info, Slot TV Pendidikan di saluran Tutor TV, Astro akan mula bersiaran pada 4 Mei 2020 dan akan disiarkan selama dua (2) jam pada setiap Isnin hingga Jumaat. Bukan itu sahaja, waktu siaran program terbabit bermula pada jam 10 pagi hingga 11 di saluran 601 dan 11 pagi hingga 12 tengah hari menerusi saluran 603.
Ulang Siaran
Rancangan ini turut akan diulang siar pada jam tiga hingga empat petang di saluran 601 dan jam empat hingga lima petang di saluran 603 pada hari yang sama.
“Selain itu, program ini juga dapat ditonton secara percuma pada bila-bila masa menerusi aplikasi Astro GO yang boleh dimuat turun menggunakan peranti dengan sistem pengoperasian Android dan iOS”
Jadi untuk tidak ketinggalan program TV ini, pastikan periksa jadual rancangan yang boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.
KPM yakin bahawa melalui kerjasama dengan Astro ini akan memberi manfaat kepada murid, guru dan ibu bapa bagi membolehkan proses PdP dilaksanakan dengan lebih meluas terutamanya dalam keadaan yang mencabar pada masa ini.
Kalau disebut ‘Pergi ke kedai membeli cincau..’, mesti ramai yang faham maksud pantun sekerat in ikan. Hiks! Sejak kebelakangan ini, nama cincau sering menjadi sebutan masyarakat di Malaysia dan tidak semena-semena ia jadi popular pula.
Cincau sebenarnya merupakan sejenis makanan seperti agar-agar yang diperoleh daripada pokok dalam keluarga daun pudina. Ia digunakan di China dan negara Asia Tenggara sebagai pencuci mulut serta dibuat dalam minuman.
Terdapat dua jenis cincau yang didapati serata Nusantara, iaitu cincau hitam yang lazimnya dijumpai di Malaysia dan Singapura, serta cincau hijau yang lebih dikenali di Indonesia.
Kalau di Malaysia atau mana-mana negara yang diistiharkan perintah berkurung (lockdown) angkara COVID-19 pasti rata-rata kita akan melakukan pembelian panik keperluan harian seperti stok barang dan makanan.
Namun, berbeza pula dengan penduduk Amerika Syarikat ketika wabak koronavirus (Covid-19) semakin meninggi di sana, mereka berpusu-pusu di kedai menjual senjata api.
Menurut laporan The Sun, orang ramai sanggup beratur panjang demi membeli senjata api dan pisau demi mencegah diri dalam krisis Covid-19 yang melanda negara itu. Peratusan jualan di kedai senjata api meningkat sehingga mencecah 68 peratus sebelum tercetusnya pandemik ini.
Kebanyakan senjata yang laris terjual ialah senjata ‘pembelaan diri’ automatik seperti AR-15. Pemilik Gun Effect dan Cloud 9 Fishing, Dennis Lin berkata, jualan senjata mengalami peningkatan yang begitu tinggi dalam kalangan Asia-Amerika kerana ‘menjadi sasaran disebabkan bangsa’.
Kata salah seorang netizen tentang perkara ini, mereka membeli senjata sebagai langkah melindungi diri dan keluarga. Sejak Presiden Donald Trump mengisytiharkan darurat di negara itu, penduduk sudah memulakan pembelian panik dan keadaan itu telah mencetuskan hura-hara.
Penduduk terdesak untuk menyimpan stok barangan untuk menjalani tempoh kuarantin sehingga berlaku pergaduhan di hadapan pasar raya. Berlaku pergaduhan apabila ada antara mereka mengambil tisu tandas di dalam troli pembeli lain.
Dalam pada itu, peruncit mengatakan tiada kemungkinan berlakunya kekurangan stok disebabkan wabak Covid-19 yang melanda ketika ini namun mengakui bahawa mereka sedang bergelut untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Rangkaian pasar raya terbesar di Amerika, Walmart mengumumkan semua cawangan mereka yang beroperasi 24 jam akan dipendekkan kepada 6 pagi hingga 11 malam dan akan beroperasi sedia kala apabila keadaan kembali normal. Waktu operasi dipendekkan untuk melakukan kerja-kerja pembasmian dan pembersihan.
Amerika Syarikat mempunyai kadar pemilikan senjata api tertinggi dan undang-undang senjata paling longgar di dunia. Setiap tahun kira-kira 4.5 juta senjata api, termasuk kira-kira dua juta pistol, yang dijual di Amerika Syarikat, melebihi jumlah penduduk.
Ish bahaya betul kalau korang dah panik ni kan.Takut pula penulis dah beli pistol bagai ni.