Seorang doktor wanita berusia 26 tahun dari Jerman telah berkunjung ke sebuah kampung kecil di daerah Mandi Bahauddin, Pakistan, untuk mengahwini seorang lelaki tempatan yang dikenalinya ketika bermain Roblox.
Doktor berusia 26 tahun itu, yang memiliki dua kewarganegaraan Jerman dan Bosnia, melangsungkan perkahwinan dengan Muhammad Akmal, 22 tahun, selepas beberapa bulan berkenalan secara dalam talian yang bermula secara tidak dijangka di platform permainan tersebut. Kisah cinta rentas budaya mereka sejak itu menjadi tular.
Menurut Akmal, yang berasal dari kampung Difaar, mereka pertama kali berhubung ketika bermain Roblox sebelum mula bertukar mesej secara kerap.
Apa yang bermula sebagai perbualan santai akhirnya berkembang menjadi ikatan emosi yang lebih mendalam selepas hampir lima bulan berkomunikasi dalam talian.
Dalam temu bual bersama My News TV, Akmal berkata dia melamar Selma pada peringkat awal perkenalan mereka.
Selepas sedikit penangguhan, Selma akhirnya mengambil keputusan untuk datang ke Pakistan bagi merasmikan hubungan mereka.
Ads
Dalam temu bual tersebut, Selma mendedahkan bahawa hubungan mereka semakin erat walaupun komunikasi pada peringkat awal agak terbatas.
Oleh kerana Akmal tidak fasih berbahasa Inggeris, dia sering membalas mesej Selma dengan hanya satu perkataan “okay”.
Walaupun terdapat halangan bahasa, Selma berkata hubungan emosi antara mereka semakin kukuh dari masa ke masa, meyakinkannya bahawa hubungan itu tulen dan wajar diteruskan.
Menyesuaikan Diri dengan Kehidupan Kampung
Selepas tiba di Pakistan, Selma mengakui dia pada mulanya agak terkejut dengan kehidupan di kampung serta rutin harian masyarakat luar bandar.
Ads
Tugas seperti mencuci pakaian dan peralatan dapur secara manual serta membuat roti adalah sesuatu yang baharu baginya.
Namun begitu, beliau berkata dia semakin dapat menyesuaikan diri dan menerima pengalaman tersebut dengan hati terbuka.
Selma menyatakan bahawa dia bahagia dapat bersama suaminya walaupun berdepan cabaran persekitaran baharu.
Perkahwinan Rentas Budaya
Akmal memaklumkan bahawa perkahwinan mereka berlangsung dengan persetujuan dan sokongan penuh daripada kedua-dua keluarga.
Ads
Jumlah keseluruhan kos perkahwinan, termasuk perbelanjaan perjalanan Selma dan majlis tersebut, dianggarkan sekitar PKR 4.5 juta (kira-kira RM135,000).
Selma turut menyatakan hasratnya untuk menetap di Pakistan bersama Akmal. Bagi memudahkan penyesuaian diri, beliau kini sedang mempelajari bahasa Punjabi dan Urdu agar dapat berkomunikasi dengan lebih lancar bersama keluarga suaminya serta komuniti setempat.
Menurut Akmal, mereka kini menikmati kehidupan berumah tangga yang dibina atas dasar saling menghormati dan kasih sayang.
Sumber : My_News_TV
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada awal bulan ini, sebuah lagi kejayaan luar biasa telah dipahat oleh sekumpulan pelajar dari Terengganu apabila mengharumkan nama negara di dalam pertandingan ciptaan inovasi peringkat dunia.
Pasukan KuBest Samrt Innovation dari SMK Kuala Besut, Terengganu melakar sejarah hebat ini yang mengharumkan nama Malaysia di persada dunia selepas berjaya merangkul tempat pertama serta juara IEEA International Students Competition.
Kemenangan yang diraih mereka adalah hasil ciptaan inovasi hebat dikenali sebagai Aplikasi 100 Things About Nucklear adn Life, sebuah aplikasi permainan komputer untuk mempromosikan sains nuklear.
Pasukan yang telah menempa sejarah ini terdiri daripada tiga orang pelajar iaitu Muhammad Syazwan Mat Sidik, Muhammad Anuar Abd Ghani dan Safyyah Muhammad Nasir. Lawan mereka di peringkat akhir bukanah calang-calang pasukan yang terdiri daripada empat pasukan hebat dari Amerika Syarikat, Hungary, Jepun dan Korea Selatan.
Pertandingan tersebut telah diadakan di Gyeongju, Korea Selatan pada 31 Mei yang lalu dan ia dianjurkan oleh International Atomic Energy Agency (IAEA) bersempena dengan ‘Third International Conference on Human Resources Development for Nuclear Power Progremmes: Meeting Challenges to Ensures the Futures Nucleaer Workforce Capability’.
Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, pertandingan ini dianjurkan untuk mempukuk minat golongan remaja terutamanya di kalangan pelajar sekolah menengah terhadap sains dan teknologi nuklear. Penyertaan pertandingan ini telah dibuka sejak tahun lalu dan menyaksikan penyertaan sebanyak 188 buah pasukan dari pelbagai negara.
Kami di REMAJA ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan tahniah buat pasukan KuBest Smart Innovation di atas kejayaan ini. Ucapan tahniah juga buat guru pengiring Encik Wan Zul Mohd Shatar dan seluruh tenaga pengajar SMK Kuala Besut di atas kejayaan yang cukup luar biasa ini.
Diharapkan kejayaan ini akan menjadi inspirasi buat pelajar-pelajar serta sekolah lain untuk mengikut jejak kejayaan mereka. Semoga ia juga menjadi pemangkin kecemerlangan dalam pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik pada masa akan datang.
Single terbaru dari grup K-Pop, iKON ini ada makna istimewa di sebaliknya.
It is a weekend for all Malaysian K-Poppers!
Semalam, grup naungan YG Entertainment iaitu iKON telah menjayakan konsert kedua mereka di Kuala Lumpur.
Berjudul iKONtinue in KL 2018, ia merupakan comeback terbaik mereke setelah 2 tahun.
Banyak lagu hit yang dipetik daripada album terbaru mereka, Return (Januari 2018) seperti Love Scenario, Best Friend, SINOSIJAK dan juga lagu terdahulu seperti B-Day, Everything dan Dumb & Dumber.
And we just had a blast bersama B.I, Bobby, DK, Ju-ne, Chanwoo, Jinhwan dan Yunhyeong.
Namun, satu lagu yang menarik perhatian kami semalam ialah ‘Goodbye Road’. Single iKON paling latest ini ada di dalam album New Kids:The Final tetapi tidak pernah dinyanyikan secara live di mana-mana destinasi tour mereka setakat ini.
Maknanya, Kuala Lumpur, Malaysia menjadi pilihan mereka. Lucky-nya iKONic semua!
Secara kebetulan, Goodbye Road hari ini telah memenangi tempat pertama untuk rancangan Inkigayo di SBS. Ia juga adalah single kelima mereka yang pernah memenangi kedudukan tersebut, setakat ini.
Hhm, mungkin mereka telah tahu tentang kemenangan ini lebih awal? Haih, suka betul dengan conspiracy theory macam ni.
Sebenarnya, mereka baru saja melancarkan Goodbye Road secara rasmi kurang 2 minggu yang lalu. Video musiknya pun baru dikeluarkan pada 3 Oktober.
Mengikut jadual jelajah iKONtinue 2018 ni, mereka baru saja ke Seoul (18 Ogos) dan Taipei (22 September). Jadi jelaslah, Kuala Lumpur adalah tarikh paling perfect untuk mereka menyanyikan lagu tersebut secara live di luar negara, buat kali pertama.
Kalau korang tengah mencari hobi baru, EUC ini mungkin boleh difikirkan.
Macam sudah menjadi trend, Skuter elektrik ini kian popular digunakan di Malaysia sebagai pengangkutan jarak pendek yang mesra alam. Bukan itu sahaja, ramai yang mengunakan PEV ini sebagai kenderaan untuk ke kampus mahupun ke tempat kerja bagi mengelakkan kesesakkan jalan raya.
Salah satunya satu tayar atau nama sebenarnya ialah Unicycle elektrik.
Unicycle elektrik ini sangat utamakan keseimbangan diri, ia juga disebut roda elektrik atau hanya eWheels, tergolong dalam EPTD yang paling mudah alih. Jangan risau, roda besar ini juga boleh melalui jalan-jalan yang sukar seperti jalan berlubang, jalan rumput, jalan berlopak, dan juga jalan kerikil.
Tayar satu ini biasanya hadir dengan size dari 12 ″ hingga 16 ″ tetapi roda yang lebih besar juga ada. Namun, sudah semestinya model mewah umumnya lebih selamat daripada peranti yang murah kerana ia mempunyai motor yang lebih kuat yang boleh menjamin keselamatan korang di jalan raya.
Oleh kerana saiz dan berat EUC yang terhad, ini menjadikan EUC kenderaan hebat untuk pelbagai tujuan. Cukup senang nak bawa EUC korang ke dalam beg galas atau seret di belakang dengan pemegangnya, berulang-alik, atau berjalan dengan stylo.
Spesifikasi
Kelajuan maksimum: roda murah maksimum lebih kurang 15 km / j , EUC terpantas melebihi 45 km / j (roda 18 inci)
Purata Jarak: dari 10 – hingga 80 km. Model yang lebih murah hanya memiliki jarak sekitar 10-15 km, model jarak pertengahan memiliki jarak rata-rata 30 km. Semuanya bergantung pada saiz bateri, kualiti, ukuran roda dan faktor lain.
Kelebihan
Tidak seperti papan selaju elektrik yang memerlukan pengawal untuk bergerak, korang hanya memecut dan melambatkan dengan menyandarkan badan ke hadapan atau ke belakang.
Sangat mudah alih. Mudah diambil atau menarik di belakang (dengan syarat mereka mempunyai pemegang teleskopik)
Kalis air. Menunggang dalam hujan atau melalui lopak tidak ada masalah dengan kebanyakan model. (hubungi pengilang sebelum membeli)
Beberapa model mempunyai lampu kepala dan ekor standard untuk meluncur dengan selamat ketika gelap
Mudah disimpan. Bawa je masuk kedai mamak sambil letakkan EUC di sebelah meja korang. Cool beb!
Ia juga baik untuk kesihatan kerana mampu menguatkan otot punggung dan perut (kekuatan teras) serta keseimbangan yang lebih baik.
Keburukan
Yang tak bestnya, proses belajar menaiki EUC ini sangat mementingkan keseimbangan, maknanya korang kena power dalam seimbangkan badan baru boleh cuba EUC ini. Kalau tidak mau tersembab muka korang ke depan.hahaha
Bersedia untuk menghabiskan sekurang-kurangnya beberapa jam dan beberapa hari untuk belajar ‘memandu’ EUC.
Untuk pengetahuan korang, Di Malaysia juga sudah ada komuniti yang menaiki EUC ini tetapi mereka tetap mengutamakan keselamatan seperti memakai helmet, safety gears dan kasut sukan yang selesa. Nak join boleh klik disini : Electric Unicycle Club Malaysia
Penulis pun ada try belajar EUC ni tapi masih tak pandai-pandai, tapi serius cool naik ni….hehehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...