
Perasaan bercampur baur, itulah yang dirasai Mej (Kehormat) Dato’ Haji Mohd Zaini bin Mohd Yunusapabila tarikh dan masa penerimaan ijazah Master Eksekutif Pengurusan Projek miliknya jatuh pada hari yang sama dengan majlis konvokesyen anak tersayang di universiti berbeza.
Ketika beliau menjejakkan kaki ke Dewan Kompleks Sukan UMPSA, Gambang bagi menerima ijazah yang disampaikan oleh Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias
, anaknya, Arrisa Sufia Mohd Zaini, pula sedang diraikan dalam majlis konvokesyen Sarjana Linguistik Terapan di Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama suami tercinta.Walau berjauhan, semangat kekeluargaan tetap utuh. Keluarga ini tidak melepaskan peluang untuk merakamkan momen bermakna ayah dan anak bergelar graduan serentak, sebagai simbol kejayaan dan kebanggaan keluarga.
Beliau turut menzahirkan penghargaan buat isteri tercinta, Datin Hajjah Muna binti Ramli
serta anak-anak yang sentiasa menjadi pendorong utama sepanjang perjalanan akademiknya.Bukan sekadar seorang graduan, Mej (Kehormat) Dato’ Haji Mohd Zaini
juga aktif dalam bidang kepimpinan dan komuniti. Pada 18 April 2025, beliau telah dianugerahkan pangkat Mejar (Kehormat) JAKPAW Negeri Kedah oleh YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Darat, ia satu pengiktirafan atas jasa dan dedikasi beliau.Selain itu, beliau juga menjawat jawatan Yang Dipertua PIBG di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra
dan Sekolah Rendah Kebangsaan Darulaman Height sejak tahun 2023, serta Pengerusi Persatuan Komuniti Darulaman Lakehomes sejak 2024.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: UMPSA News