
Aktor kacak, Meerqeen tampil memberi penjelasan ringkas mengenai keputusannya untuk berehat seketika daripada media sosial.
Menerusi temubual bersama Era, pelakon berusia 24 tahun itu memilih untuk tidak mengulas panjang, namun mengakui dia kini mahu memulakan hidup baharu.
Dalam masa sama, bekas peserta Hero Remaja itu turut berkongsi berita menarik apabila mendedahkan dia sedang membuat persiapan untuk melebarkan sayap ke Hollywood.
Bagaimanapun, Meerqeen tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai bentuk persediaan tersebut.
Terdahulu, aktor ini memaklumkan bahawa sepanjang tempoh berehat, segala kemas kini di media sosialnya akan dikendalikan oleh pihak pengurusannya.
Sebelum ini, bintang kacak itu pernah menyatakan cita-citanya untuk menembusi pasaran Hollywood selepas berjaya mencuri perhatian peminat di Indonesia.
Malah, dia kini berehat daripada sebarang penggambaran bagi menumpukan sepenuhnya terhadap
persiapan sebuah filem aksi yang bakal dijayakannya.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.