Berita

Evertts Gomes Tak Setuju Drama & Filem Jadi Punca Kes Buli -“Ia Bermula Dari Rumah Dan Ibu Bapa”

Share

Pelakon meningkat naik, Evertts Gomes, tampil bersuara mengenai isu kes buli yang semakin membimbangkan di sekolah.

Menurut Evertts, tidak wajar jika ada yang menuding jari kepada industri hiburan sebagai punca utama peningkatan kes berkenaan.

“Saya sebenarnya tidak bersetuju dengan segelintir yang menyatakan drama dan filem menjadi pengaruh mahupun punca peningkatan kes buli yang berlaku di sekolah.

“Sebab kenapa saya tidak bersetuju adalah kerana ia bermula dari rumah dan ibu bapa.

“Saya ingat lagi masa kecil, ibu bapa saya tidak membenarkan kami menonton yang violent, ibu saya akan tutup mata kami jika ada babak yang kurang untuk kanak-kanak,” katanya.

Jelas bekas peserta Hero Remaja 2023 itu lagi, tanggungjawab sebenar dalam membentuk sahsiah anak-anak terletak di bahu ibu bapa, bukan di skrin televisyen atau pawagam.

“Jadi, bila kata drama atau filem itu menjadi punca kepada kes ini, memang salah.

“Ia semua bergantung kepada bagaimana kita sebagai ibu bapa mengawal dan memantau anak-anak kita di rumah. Ia tanggungjawab ibu bapa untuk mengawal penggunaan media sosial dari rumah,” ujarnya.

Menariknya, Evertts turut berpendapat bahawa karya berunsur buli sebenarnya boleh memberi kesedaran positif, asalkan penonton memahami mesej yang cuba disampaikan.

“Saya percaya, filem yang memperlihat mengenai kes buli ada nilai yang baik untuk disampaikan kepada penonton, tapi penonton sekarang ini salah tafsir.

“Jadi, sebagai ibu bapa kita harus duduk dan tonton bersama anak-anak supaya kita boleh ceritakan semula apa nilai murni yang ingin disampaikan dalam karya yang dipertontonkan itu,” tambahnya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath