
Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida tampil menafikan dakwaan netizen mengenai anak sulung mereka, Ammar Ahyan, yang kononnya takut dengan bapanya.
Menurut Shahida, anak sulungnya itu sebenarnya membesar dengan baik dan tidak pernah berdepan sebarang ketakutan seperti yang diperkatakan.
Shahida berkongsi perkara itu menerusi ruangan komen di aplikasi Threads selepas seorang pengguna mempersoalkan isu tersebut.
Sebelum ini, tular sebuah temu bual Ammar yang mendakwa dirinya tidak berani untuk terlalu berseronok di hadapan bapanya.
Kenyataan itu sekaligus menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen yang menganggap anak pertama daripada enam beradik itu seakan-akan trauma setiap kali bersama Aliff Syukri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti
Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.