
Seorang pelajar berkongsi detik manis apabila berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan A-Level, sekali gus melayakkan dirinya menyambung pengajian ke luar negara.
Menerusi video tular dimuat naik di TikTok oleh @sdtlaishahh, gadis tersebut dilihat bersama keluarga ketika menyemak keputusan peperiksaan.
Suasana penuh debar itu bukan sahaja dirasai oleh dirinya, malah turut dikongsi oleh seluruh ahli keluarga yang setia menanti di sisi.
Sebaik keputusan diumumkan, pelajar Kolej Mara Seremban itu terus menjerit kegembiraan sambil memeluk ahli keluarganya, seakan tidak percaya dengan kejayaan yang diraih.
Menariknya, video tersebut turut mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang meninggalkan komen penuh motivasi:
“Tahniah! Ingat belajar bersungguh-sungguh dengan niat satu hari nanti balik untuk berbakti kepada keluarga, Agama, Bangsa dan Negara. Hanya Ilmu boleh mengubah kehidupan,” komen beliau.
Di ruangan komen, ramai netizen turut menitipkan ucapan tahniah serta rasa bangga.
“Apabila biasiswa tu dapat pada orang yang tepat. Terus terbang tinggi dik. Semoga dipermudahkan segala urusan menuju kejayaan yang berkat,” komen juga pengguna bernama Miya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.