Menghabiskan masa seharian di luar dengan kesibukan di tempat kerja atau aktiviti di kolej kadang kala menjadi kekangan buat korang untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat.
Nak ke gimnasium pula bukan calang-calang bayaran yang dikenakan. Sudahnya, bila berat badan mula naik dan baju-baju mula rasa sendat, menangislah korang sorang-sorang tepi bucu katil.
Nah, jangan risau. Apa yang Remaja nak kongsi kan ini adalah 17 jenis home workouts yang korang boleh buat sendiri bila pulang ke rumah. Simple dan mudah, senaman-senaman ini juga sesuai bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia kecergasan ni.
Jadi jom mulakan hari ini. Jangan tangguh-tangguh lagi.
Apa yang paling penting adalah formation yang betul dan lakukan dengan disiplin. InsyaAllah tahun baru 2020 nanti pasti badan korang lebih mantap. Hiks!
Zizan Razak akhirnya tampil bersuara selepas gambarnya yang menjadi meme viral di media sosial sejak beberapa hari lalu terus digunakan secara meluas oleh netizen sehingga menimbulkan pelbagai isu berkaitan etika dan penyalahgunaan identiti.
Pelawak dan pelakon terkenal itu menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai masalah untuk dijadikan bahan gurauan atau hiburan. Namun begitu, menurutnya, setiap perkara mempunyai batas yang perlu dihormati, khususnya apabila melibatkan agama serta penggunaan imej seseorang tanpa kebenaran.
Zizan Razak Tegur Trend Meme Viral Yang Melampaui Batas
Sebelum ini, sekeping gambar Zizan berbaju oren dengan dua pose berbeza tular di pelbagai platform media sosial. Pada peringkat awal, ramai pengguna internet menghasilkan pelbagai meme kreatif menggunakan gambar tersebut sehingga ia menjadi trend yang dikongsikan secara meluas.
Bagaimanapun, keadaan mula berubah apabila terdapat pihak menghasilkan suntingan menggunakan teknologi AI yang meletakkan wajah Zizan pada tubuh individu lain dalam pelbagai situasi dan pekerjaan. Selain itu, ada juga yang menggunakan imej berkenaan bagi tujuan promosi produk tanpa mendapatkan keizinan terlebih dahulu.
Zizan Razak Minta Hormati Batas Agama
Menerusi satu hantaran di Facebook, Zizan menjelaskan bahawa dia sememangnya seorang yang sporting dan terbuka menerima gurauan daripada orang ramai. Namun, beliau menegaskan bahawa hiburan tidak seharusnya melampaui batas sehingga menyentuh hukum agama.
“Assalamualaikum kepada seluruh warga internet dan mereka yang mengenali diri ini. Tujuan posting adalah untuk meluahkan dan memberi tahu yang saya ni memang seorang yang sporting dan juga fun akan tetapi ada tahapnya.
“Berkenaan dengan gambar saya yang viral beberapa hari diedit dan diubah menjadi kelakar boleh tetapi biarlah berpada dan tidak melanggar hukum agama Islam.”
Menurutnya, kebebasan berkarya dan berhibur perlu disertai dengan rasa tanggungjawab supaya tidak menyinggung sensitiviti mana-mana pihak, terutama apabila melibatkan nilai agama dan maruah individu.
Penggunaan Gambar Untuk Promosi Tanpa Izin
Dalam masa sama, Zizan turut meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat pihak menggunakan gambarnya untuk tujuan komersial tanpa meminta kebenaran atau menawarkan sebarang bayaran.
Beliau menyifatkan tindakan menggunakan wajah seseorang bagi mempromosikan produk tanpa persetujuan adalah sesuatu yang tidak wajar dan bercanggah dengan prinsip berniaga secara beretika.
“Dan ada juga pihak yang mengambil kesempatan bertujuan mempromosikan product masing-masing tanpa meminta izin mahupun bayaran dikenakan dan itu totally haram pada pendapat saya.
“So renung-renungkanlah jika ingin berniaga secara halal.”
Netizen Sokong Pendirian Zizan Razak
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata memahami pendirian Zizan dan bersetuju bahawa menghasilkan meme untuk tujuan hiburan bukanlah satu kesalahan selagi tidak menyentuh sensitiviti agama, memfitnah atau mengambil kesempatan meraih keuntungan menggunakan identiti individu lain tanpa kebenaran.
Ramai juga berpendapat bahawa penggunaan teknologi AI yang semakin meluas perlu disertai dengan kesedaran tentang etika serta tanggungjawab. Penghasilan kandungan digital seharusnya menghormati hak individu dan tidak disalahgunakan untuk tujuan yang boleh menjejaskan reputasi seseorang.
Insiden yang melibatkan Zizan Razak ini menjadi peringatan kepada masyarakat tentang kepentingan menggunakan teknologi AI dan kandungan digital secara lebih beretika. Walaupun kreativiti di media sosial terus berkembang, setiap pengguna perlu memahami batas undang-undang, hak individu serta nilai agama sebelum berkongsi atau menghasilkan sesuatu kandungan.
Dalam era digital yang semakin pesat, keseimbangan antara hiburan, kreativiti dan rasa hormat terhadap individu lain perlu sentiasa dipelihara agar teknologi dimanfaatkan secara positif tanpa menjejaskan hak mana-mana pihak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun hanya ditayangkan selama sembilan episod, ia sudah cukup untuk membuatkan Squid Game sebagai drama yang banyak menimbulkan persoalan dan memaksa penonton berfikir.
Jalan cerita asasnya mudah saja. Siapa yang dapat bertahan hingga ke garisan penamat selepas enam permainan kanak-kanak, dialah yang akan hidup dan memenangi sejumlah wang lumayan.
Namun, penceritaan yang dilakukan oleh penulis skrip dan produksi Squid Game menjadikan drama ini satu ‘pop culture’ dari tahun 2021 yang akan terus diingati untuk jangka masa yang lama.
Banyak sebenarnya yang boleh kita kupaskan mengenai Squid Game. Kami juga pasti korang telah menonton video-video reviu atau membaca artikel lain yang telah mengupas mengenainya. Namun, reviu mengenai teori Squid Game kami ini adalah hasil pemerhatian kami sebagai penontonnya.
Ingat, ini semua hanyalah gambaran dan tekaan REMAJA saja sebagai peminat drama Korea ini. Mungkin ada yang betul, ada yang salah dan ada yang berlaku secara kebetulan saja. Pastikan korang sudahpun tamat menonton dahulu, kalau tak memang ‘potong stim’ dengan spoiler di bawah.
01
Nombor Peserta
Seramai 456 orang peserta terpilih untuk menyertai Squid Game edisi 2020. Pada episod lima, anggota polis Jun-ho yang cuba mencari abangnya, In-ho telah berjaya memaski bilik rahsia bawah tanah yang menyimpan segala butiran peribadi para peserta yang bertanding.
Daripada fail yang tersusun pada rak, penonton dapat melihat ada fail bertarikh seawal 1998 lagi. Ia menunjukkan bahawa pemainan ini telah wujud lebih 20 tahun yang lalu dan dianjurkan pada setiap tahun.
Sebaik saja fail tahun 2020 dibuka oleh Jun-ho, peserta pertama yang tertera ialah peserta bernombor 002. Ini menunjukkan bahawa peserta 001 iaitu Oh Il-nam tidak ada dalam rekod memandangkan beliau merupakan ketua kegiatan Squid Game dan perlu merahsiakan identitinya. Lagipun, tiada guna pun menyimpan rekodnya kerana dia tidak akan terbunuh.
Nombor 001 yang digunakan Il-nam mewakili kuasa. Hanya seorang saja yang boleh memegang tampuk kuasa dan ia selalu dikaitkan dengan nombor satu. Nombor 456 iaitu nombor terakhir yang diberikan kepada Gi-hun pula seakan memberi petunjuk bahawa dia adalah individu terakhir yang akan bertahan.
Il-nam (001) memulakan permainan Squid Game sebagai penganjur dan Gi-hun (456) menamatkan permainan Squid Game sebagai pemenang. Nombor-nombor lain di antara mereka berdua tidak membawa apa-apa makna. Adakah ada hubung kait antara mereka berdua? Kita akan kupaskan sebentar lagi.
Sebelum permainan guli dalam episod enam, Il-nam menyerahkan jaket 001-nya kepada Gi-hun setelah jaket Gi-hun diikat pada pinggang Il-nam yang terkencing ketakutan sebelum permainan bermula.
Kata Il-nam, “Kamu perlu memakai jaket ini. Orang lain akan memandang rendah pada kamu jika tidak memakai jaket.” ‘Orang’ di sebalik kata-kata ini mungkin ditujukan pada golongan staf berbaju merah. Mereka hanya akan patuh pada peserta yang memakai jaket 001 iaitu Il-nam.
Jelaslah, Il-nam ingin melihat Gi-hun sampai ke pusingan keenam iaitu yang terakhir setelah dia menyerahkan jaket itu. Ia membawa mesej, “Jangan bunuh peserta ini” kepada golongan staf.
02
Semua Petunjuk Pada Dinding
Setelah episod lapan, barulah penonton perasan pada corak dinding dewan ‘hostel’ peserta. Sebanyak 6 lakaran permainan yang akan peserta tempuhi ada pada dinding! Ada mural permainan ‘Red Light Green Light’, tarik tali, jambatan kaca hinggalah ke permainan terakhir iaitu Squid Game.
Sia-sia saja usaha doktor yang terpaksa mengeluarkan organ peserta bagi tujuan pemerdagangan; semata-mata untuk mendapatkan petunjuk permainan seterusnya.
Ia secara tidak langsung memberitahu bahawa kadangkala manusia terlupa bahawa perkara penting sebenarnya ada di hadapan mata kita. Cuma kita memilih untuk mengendahkannya.
03
Dunia Sebenar & Cara Kematian Yang Sama
Okay, teori ini sedikit mengejutkan kami. Kalau korang perasaan cara empat orang pesertanya iaitu Kang Sae-byeok, Ali, Sang-wo dan Deok-su mati dalam Squid Game; ia mirip situasi yang pernah berlaku kehidupan sebenar masing-masing.
Sebelum permainan terkahir, Sae-byeok ‘disembelih’ oleh Deok-su terlantar lemah di atas katil. Dalam dunia sebenar, Sae-byeok pernah menggertak untuk melakukan perkara yang sama kepada pegawai yang sedang mencari dan membantu ibunya meninggalkan Korea Utara dalam episod kedua.
Begitu juga dengan Deok-su yang mati terjatuh dalam permainan kelima. Dia pernah lari dan terjun dari jambatan demi menyelamatkan diri daripada kumpulan penyangak yang cuba membunuhnya dalam episod kedua.
Ali disingkirkan dalam permainan guli setelah gulinya dirampas oleh Sang-woo yang menukarnya dengan batu. Dalam dunia sebenar, Ali telah merampas sampul berisi duit daripada ketua kilang dengan membiarkan tangan ketuanya cedera.
Sang-wo pula mati dalam keadaan diri dikelilingi takungan air hujan; mirip percubaannya membunuh diri dalam tab mandi berisi air.
Pengarah Squid Hame juga memberi klu semasa Gi-hun menyerahkan hadiah pistol mainan kepada anak perempuannya dalam episod pertama. Ia mirip kotak keranda hitam beriben besar yang digunakan oleh staf bagi menempatkan mayat peserta. Cara paling kerap digunakan staf untuk membunuh peserta? Ya, mereka dibunuh setelah ditembak dengan pistol.
04
Petunjuk Ada Musim Kedua
Bagi yang telah menamatkan musim pertama drama ini, korang pasti sudah mengetahui beberapa plot cerita yang dibiarkan tergantung. Ia sengaja dibiarkan tergantung bagi membolehkan produksi meneruskan musim kedua Squid Game walaupun pengasasnya, Oh Il-nam telah meninggal dunia.
Anggota polis, Jun-ho dipercayai masih belum mati setelah ditembak pada bahagian bahu oleh abangnya, In-ho di tebing pantai. Jika In-ho sememangnya ingin adiknya itu mati, tentu dia sudah menembak tepat pada bahagian kepala. Situasi berbalas satu tembakan ini adalah lebih kepada misi membalas dendam dan bukan untuk membunuh sesama ahli keluarga itu. Bak kata pepatah, an eye for an eye. Jun-ho menembak bahu abangnya dahulu dan In-ho membalas semula. Abangnya masih hidup dan mungkin juga Jun-ho.
Selain itu, babak terakhir drama ini juga menarik untuk dikupas. Gi-hun berpatah balik daripada memasuki pesawat ke Amerika Syarikat (untuk menemui anak perempuannya) setelah menelefon penganjur Squid Game edisi 2021. Keputusannya untuk tidak menaiki pesawat itu memberi petunjuk bahawa Gi-hun ingin menghentikan penganjuran Squid Game 2021, once and for all. Ini kerana dia enggan melihat sesiapa lagi trauma seperti yang berlaku pada dirinya setelah memenangi wang keseluruhan.
Kami juga mengesyaki bangunan (dan mungkin keseluruhan pulau) Squid Game akan diletupkan oleh Gi-hun dan Jun-ho pada musim kedua. Jika tidak, mengapa dialognya ada menyentuh mengenai peranan bom di jalan tikus semasa Jun-ho turun ke bawah tanah?
Siapa lagi yang akan menyertai Lee Sung-jae (Gi-hun) dalam musim kedua Squid Game?
05
Anak-Beranak?
Ada juga teori yang cuba mengaitkan Oh Il-nam dan Gi-hun sebagai anak dan bapa yang sudah lama tidak bertemu. Kata mereka, kisah dua beranak ini akan dikupas dalam musim kedua. Pada pendapat REMAJA, kami 50 peratus bersetuju dengan teori ini dan ini sebabnya.
Sewaktu Il-nam memasuki set rumah tradisional dalam permainan guli, dia berkata dia selalu melihat anaknya bermain dari sebalik tiang lampu kerana enggan mengganggu anaknya. Gi-hun pula tidak pernah bertemu dengan ayahnya. Hhm.. Selain itu, Gi-hun dan Il-nam dibesarkan di kejiranan yang seakan sama dalam set itu. DAN, ramai berpendapat Il-nam ingin membantu Gi-hun memenangi Squid Game kerana beliau merasa bersalah setelah meninggalkan Gi-hun selama ini.
Satu lagi petunjuk yang mengaitkan mereka berdua adalah ketaksuban masing-masing dalam aktiviti perjudian. Di awal jalan cerita, aktiviti perjudian lumba kudalah yang telah memusnahkan hidup Gi-hun.
Pada episod terakhir pula, Il-nam digambarkan sebagai seorang yang taksud dengan judi. Walaupun nyawanya hampir melayang di atas katil sakit, Il-nam masih ingin menetapkan ‘betting’ sama ada pengemis jalanan di luar bangunan akan mati kesejukan atau dibantu oleh seseorang.
Malah kalau kita fikirkan semula, keseluruhan empayar Squid Game ini adalah satu bentuk mesin perjudian besar. Golongan VIP melaburkan duit mereka dan peserta pula dianggap sebagai kuda yang bertanding seperti dalam perjudian lumba kuda tadi. Orang kata, like father like son. Ketaksuban berjudi pun boleh ‘menurun’ sesama ahli keluarga.
Sewaktu Il-nam masih hidup, wang bukan satu isu baginya dan dia terus berjudi dengan kumpulan VIP. Kini setelah memenangi 46,000,000 won, tiba giliran Gi-hun pula untuk tidak lagi terikat dengan masalah kewangan. Adakah ‘si ayah’ ingin membantu masalah kewangan ‘anaknya’? Atau dia ingin mengikat Gi-hun sebagai pewaris empayar Squid Game?
06
Warna Merah
Nampak je kecil petunjuk yang satu ini tetapi ia amat bermakna dalam drama Squid Game.
Warna merah selalu melambangkan kekuasan dan keberanian. Itulah yang ditonjolkan oleh pengarah apabila pakaian merah disarungkan oleh staf yang mempunyai kuasa ke atas peserta. Merah adalah simbol seseorang itu bekerja dalam sistem Squid Game atau mempunyai kuasa; dan bukannya sebagai peserta (yang menyarungkan pakaian berwarna hijau/biru).
Watak cameo Gong-yo dalam episod pertama juga memilih kertas berwarna merah dan dia selalu menang ke atas Gi-hun yang memilih kerta berwarna biru.
Dalam episod terakhir, Gi-hun mewarnakan rambutnya merah menyala dan menukar cara berpakaian kerana dia mulai yakin menggunakan wang (aka kuasa) yang dimilikinya setelah setahun berlalu. Adakah rambut merah Gi-hun ini adalah petunjuk bahawa dia akan menguasai sistem Squid Game pada musim kedua?
Jika benar teori Il-nam dan Gi-hun merupakan anak-beranak, tentunya Il-nam ingin Gi-hun mengambil alih empayar Squid Game setelah ketiadaannya.
07
Pilih Jadi Staf Atau Peserta
Bercakap tentang warna, kalau korang masih ingat, watak cameo Gong-yoo pada episod pertama ada memberikan pilihan kepada Gi-hun sama ada untuk memilih kertas berwarna merah ataupun biru. Gi-hun memilih biru lalu dia bertanding dengan Gong-yoo di stesen kereta api tersebut.
Bagaimana jika Gi-hun telah memilih kertas merah? Adakah dia akan terpilih menjadi staf Squid Game? Teori ini ‘boleh dipakai’ memandangkan golongan staf dalam drama ini juga tidak terlepas daripada dikawal oleh Frontman. Setiap gerak-geri mereka diperhatikan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) termasuklah di dalam bilik masing-masing.
Ini menunjukkan bahawa staf juga tidak mempunyai kuasa yang hebat jika dibandingkan dengan Frontman. Identiti mereka juga dirahsiakan dengan pemberian nombor sebagai pengganti nama. Ia sama seperti peserta yang memakai baju biru. Besar kemungkinan staf juga dipilih dengan cara sama seperti peserta iaitu oleh watak cameo seperti Gong-yoo. Cuma mereka lebih bernasib baik kerana memilih kertas berwarna merah.
Timbul pula teori kononnya In-ho a.k.a Frontman juga pernah bermula sebagai seorang staf dalam pakaian jumpsuit merah pada tahun 2015. Selepas lima tahun di sana, dia naik pangkat hinggalah menjadi Frontman berkuasa. Jadi, teori Jun-ho yang mula-mula merasakan abangnya juga salah seorang peserta permainan Squid Game ini mungkin salah.
*
Apapun, ini semua hanyalah teori.
Buat masa ini, In-ho masih menjadi Frontman berkuasa, Jun ho mungkin masih hidup dan Gi-hun kembali meninggalkan anak perempuannya (seperti biasa) untuk agenda sendiri. Adakah Gi-hun akan mengenepikan In-ho untuk merampas kuasa atau dia akan kembali untuk menghancurkan empayar Squid Game for good?
Kalau korang pernah ke China, pasti kagum dengan Tembok Besar China yang telah tersenarai sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia.
Tapi sekarang pasti korang terngaga lihat betapa canggihnya lapangan terbang baru China ni!
Dikenali dengan nama ‘Daxing International Airport’ dengan nama timangan ‘starfish airport’, ini yang anda perlu tahu tentang lapangan terbang terbesar dan tersibuk dunia ini.
Lapangan terbang ini di bina untuk mengurangkan masalah kesesakan jalan raya di bandaraya China dan di jangkakan pada tahun 2025, terminal ini akan menampung lebih dari 72 juta pengunjung. Wow, bukan sembarangan jumlah tampungan pegunjung yang bakal mengunjungi terminal ini.
Lapangan Terbang Terbesar Dunia!
Mampu Menampung 100 Juta Penumpang
Lapangan terbang starfish ini di katakan bakal memberi perkhidmatan kepada 100 juta penumpang setiap tahun di masa akan datang. Terminal ini telah siap di bina sepenuhnya pada 13 Jun 2019, hanya mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.
Memiliki Kafe dan Pusat Membeli-belah yang Mewah
Di dalam terminal ini memiliki empat tingkat yang di reka secara khas untuk mengasingkan dan memudahkan perjalanan dan ketibaan para pengembara. Bukan itu saja, di dalam terminal ini juga memiliki kafe dan pusat membeli-belah yang mewah yang pastinya akan menarik perhatian dan tumpuan para pelancong. Wah hebatnya lapangan terbang ni kan.
Rekaan Dalaman Yang Wow!
Daxing International Airport ini memiliki lima taman tradisional china pada setiap penghujung ruang dewan untuk para pengembara menikmati waktu yang tenang dan santai di situ. Struktur binaan terminal lapangan terbang ini mempamerkan prinsip garisan dalam rekaan seni bina tradisional china dengan penghasilan halaman di bahagian tengah terminal.
Mesra Pengguna
Bukan itu saja, setiap aspek seni bina yang di hasilkan memberi keutamaan kepada pengembara untuk mudah sampai ke terminal kapal terbang dengan jarak berjalan kaki yang terdekat untuk sampai ke kawasan terminal.
Selain itu, terminal ini juga menggunakan sistem mengumpul air hujan, di mana sistem pengurusan air ini akan di salurkan ke ruang simpanan semula jadi. Bukan itu saja menerusi sistem pengurusan air ini, air yang di salurkan akan di tapis dari aksi kimia sehingga 2.8 juta meter padu air di kawasan tanah basah, tasik dan air sungai untuk mengelakkan berlakunya banjir dan sekaligus menangani masalah cuaca yang terlalu panas di mengikut perubahan musim.
Tengok rekaan setiap sudut dalaman terminal ini admin rasa macam dalam filem Star Wars pula. Penulis kagum sungguh dengan rekaan lapangan terbang China ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!