Haid atau datang bulan adalah kitaran normal bagi seorang remaja. Ada di kalangan kawan-kawan yang mengalami period seawal usia 10 tahun lagi dan jika korang belum lagi mengalaminya, jangan risau kerana proses tumbesar dan hormon individu berbeza antara satu sama lain. Ada yang datang haid ketika memasuki sekolah menengah dan tak kurang juga mengalaminya pada usia 15 tahun.
Ada mitos mengatakan lagi lambat datang haid, lagi korang akan nampak muda? Kalau korang pernah dengar mitos ini tapi ia sebenarnya tidak disahkan langsung oleh Pakar Obstestrik & Ginekologi, Dr Noorashikin Maan dari KPJ Ipoh Specialist Hospital kerana belum ada kajian mengenainya.
Namun sebagai remaja, ada sesuatu yang patut korang sangat risaukan kalau pada usia 16 tahun, korang belum datang haid?
Apa risiko tidak datang haid pada usia ini?
Menurut Dr Noorashikin Maan, usia 16 tahun atau semasa dalam tingkatan empat, adalah tempoh paling akhir seorang remaja didatangi haid. Jika pada usia ini korang belum sekalipun mengalami haid, sila baca dengan teliti risiko yang bakal dihadapi apabila menempuh alam dewasa.
Ads
“Usia 16 tahun adalah tempoh akhir period dialami. Kalau belum juga datang period, segeralah berjumpa doktor pakar sakit puan dan perbidanan dengan kadar segera tanpa bertangguh. Sebabnya, jika ditangguh lebih lama, apabila meningkat usia dewasa, kita tak akan berpeluang untuk MENGANDUNG atau ada anak langsung.
Ditanya apakah masalah remaja yang tidak datang period, Dr Noorashikin menjelaskan ada lima sebab utama.
“Pertamanya tubuh TERLALU KURUS kerana masalah pemakanan. Masa yang sama terlalu AKTIF BERSUKAN. Bila keduanya bergabung, lemak yang kurang di dalam tubuh badan akan memberi masalah kepada hormon sehingga melewatkan masalah datang haid.
Ads
“Keduanya, remaja itu ada halangan seperti tisu atau SEPTUM di saluran reproduksi di mana (tisu seperti daging yang menutup saluran liang faraj) sehingga mengakibatkan darah haid tidak boleh mengalir keluar.
“Ketiganya, SELAPUT DARA TIADA BUKAAN. Untuk makluman, semua anak gadis mempunyai selaput dara tapi bukan semua dalam keadaan normal, Keadaan ini dipanggil imperforate hymen (selaput dara tertutup terus) dan menghalang darah haid keluar.
Tambah Dr Noorashikin lagi, masalah keempat melibatkan sistem reproduktif tidak berkembang. Ia disebut sebagai Mullerian Agenesis (ovari tidak berkembang) kerana kecacatan sejak lahir.
Ads
“Terakhir adalah terdapat kecacatan pada kromosom. Biasanya hal akhir ini berlaku apabila pemeriksaan teliti dilakukan. Kes yang paling kerap ditemui adalah Turner Syndromes dengan kromosom, 45 X0. Dalam kes begini, remaja ini biasanya tidak mempunyai tanda-tanda awal kewanitaan seperti tiada bulu di ari-ari (bulu kemaluan) serta bulu pada bahagian ketiak dan pertumbuhan payudaranya sangat kecil tidak sama seperti remaja perempuan lain. Kes lain adalah seperti Androgen Insensitivity disebut kecacatan sejak lahir iaitu seseorang yang dilahirkan mempunyai genetik lelaki (xy) namun luarannya seperti seorang perempuan malah mempunyai alat kelamin perempuan,” katanya ketika dihubungi.
Menjawap satu soalan lain, bagaimana jika datang period tapi agak jarang-jarang (bukan mengikut urutan berkala secara bulanan)?
Menjelaskan hal ini, jika seorang itu datang period tidak tetap dan bukan berkala, pemeriksaan juga wajib dilakukan.
“Memang ada kes di mana remaja datang period tapi bukan setiap bulan. Pemeriksaan perlu dilakukan dengan lebih lanjut, untuk mengetahui puncanta. Dalam keadaan biasa, doktor mungkin akan memberikan ubat-ubatan yang bersesuaian. Jangan pandang remah hal period kerana apabila berkahwin kelak, hal kesuburan inilah yang menentukan peluang sama ada seseorang itu mampu mengandung atau pun tidak,”katanya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang masih ingat tak dengan suntikan BCG yang dilakukan waktu kita darjah 6 dulu? Khabarnya, suntikan itu berkemungkinan menjadi punca kenapa kes COVID-19 di Malaysia tidak begitu teruk.
Hal ini dikongsi oleh Izzuddin Yusof di laman Facebooknya dengan menjelaskan kajian yang dibuat di New York Institute of Technology serta University of Texas mendapati negara-negara yang mewajibkan suntikan BCG kepada rakyatnya menyaksikan kes COVID-19 yang jauh lebih rendah daripada negara-negara yang tidak mengambil suntikan.
Malah, kadar kematian disebabkan COVID-19 di negara yang tidak mengambil suntikan BCG adalah 20 kali ganda lebih tinggi daripada negara-negara yang mengambil suntikan ini.
Secara kasar ada logiknya kerana sebagai contoh, US dan Itali adalah negara yang tidak pernah mewajibkan rakyatnya mengambil suntikan BCG dan sekarang kita menyaksikan kes di kedua-dua negara ini melebihi 100,000 kes.
Bagi negara Eropah pula, Spenayol dan Portugal juga sama. Sepanyol kini menyaksikan kes kedua tertinggi pada 140,000+ kes, manakala Portugal yang merupakan negara jiran disebelah barat hanya menyaksikan 12,000+ kes.
Jepun yang nampaknya seperti tidak serius mana dengan COVID-19 tetapi masih menyaksikan angka yang relatively rendah dan Korea Selatan yang berjaya menurunkan kes tanpa membuat sebarang lockdown. Kedua-duanya adalah negara yang mewajibkan vaksin BCG.
Alhamdulillah, begitu juga di Malaysia, tapi ini memang berkemungkinan menjadi punca kenapa kes di Malaysia pun maintain pada 100+ setiap hari tanpa graf menjadi exponential serta kadar kematian yang sangat rendah.
Walau bagaimanapun, kajian ini masih belum dibuat clinical trial. Korang boleh membuat pembacaan daripada sumber-sumber berikut:
Tahun lalu Miss Universe Singapura 2020 menjadi bualan ramai dek kostum nasional yang memberi impak ketika pentas akhir Miss Universe berlangsung. Bernadette Belle jelas mewakili negaranya dengan baik sekali biarpun dia tidak tersenarai antara semifinalis Top 21. Namun apa yang penting kehadirannya di pentas tersebut menjadi ingatan ramai.
Tahun ini, Miss Universe Singapura 2021 telah mengumumkan pemenangnya semalam. Nandita Banna, 21, telah diangkat sebagai juara sekaligus mendapat kepercayaan untuk mewakili negara kecil itu di pentas Miss Universe yang akan berlangsung di Eilat, Israel pada penghujung tahun ini.
.
Tahun ini organisasi Miss Universe Singapura memperkenalkan mahkota baharu yang dinamakan The Better Crown. Rekaan dengan lima bintang ini mewakili lima bintang pada bendera negara itu.
Menewaskan tujuh finalis lain, gadis berdarah India ini merupakan pelatih penganalisis data, model dan juga sukarelawan yang aktif di Care Corner Singapore yang menjurus kepada pembangunan skil hidup dan juga komunikasi interpersonal dalam kalangan pelajar sekolah. Ketika ini selain bekerja sebagai model sambilan dia merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti Pengurusan Singapura.
.
Menarik tentang dirinya, dengan ketinggian yang dimiliki, dia telah dipilih sebagai salah seorang model untuk menggayakan busana koleksi Louis Vuitton Women Spring/Summer 2021 di Muzium Sains-Seni, Singapura. Dia juga pernah menghiasi lembaran fesyen dalam majalah Vogue Singapura.
Dalam sejarah pertandingan Miss Universe, setakat ini Singapura pernah dua kali menjadi semifinalis iaitu pada tahun 1983 menyaksikan Kathie Lee Lee Beng yang berjaya menjadi tpo 12 dan kemudian pada tahun 1987 yang mana Nicole Teo berjaya tembus sebagai peserta 10 terbaik dalam pertandingan tersebut.
Sumber gambar: Instagram Miss Universe Singapura & Nandita Banna
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend sekarang, golongan muda remaja terutamanya suka mewarna dan meluruskan rambut. Style tu memang la style tapi korang pernah terfikir tak berapa banyak bahan kimia yang terkandung dalam ubat rambut tu?
Bahan asas di dalam pewarna rambut dan meluruskan rambut kebiasaannya adalah hidrogen peroksida dan ammonia. Kandungan hidrogen peroksida di dalam sediaan pewarna rambut akan menentukan jenis pewarna rambut tersebut.
Tapi paling menakutkan, kajian telah membuktikan golongan yang selalu menggunakan bahan pewarna atau meluruskan rambut bakal berdepan dengan risiko penyakit kanser payudara.
Satu kajian di Institut Kesihatan Nasional, Amerika Syarikat mendapati lebih 50,000 orang menggunakan bahan-bahan tersebut melebihi lapan tahun.
Golongan wanita dilaporkan menggunakan pewarna rambut secara kekal bakal berdepan dengan risiko penyakit kanser lebih sembilan peratus berbanding mereka yang tidak menggunakannya.
Manakala wanita yang menggunakan bahan meluruskan rambut yang mempunyai kandungan kimia selama lima hingga lapan minggu berdepan dengan risiko lebih tinggi dengan 30 peratus.
Pasukan pengkaji memberi amaran bahawa bahan kimia tersebut boleh menyerap ke bahagian kulit kepala.
Kajian juga mendedahkan, golongan wanita hanya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara ini dengan hanya mengurangkan penggunaan bahan-bahan kimia tersebut
Untuk info, terdapat lebih 5,000 bahan kimia yang digunakan dalam satu produk pewarna rambut. Wow!
Jadi sungguh jelas membuktikan bahawa mewarna atau meluruskan rambut ini secara kerap boleh membahayakan kesihatan. Tapi pada pandangan penulis la kan, korang lagi cantik dengan warna rambut yang semulajadi. So pilih nak cantik ke nak sakit?Hiks..
Sumber : Mstar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.