150,000 Majlis Perkahwinan Tertunda Akibat COVID-19, Netizen Kongsi Bisnes Turut Terjejas

Share

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa di sekitar Lembah Klang baru-baru ini, kami pasti pasangan yang ingin berkahwin mula berasa panik kerana takut majlis mereka terpaksa ditunda lagi. Tambahan pula, kini hampir seluruh negara dikenakan arahan PKPB di daerah mereka.

Ramai juga dikalangan teman rapat kami terpaksa menunda majlis dari awal tahun lalu dan lebih menyedihkan apabila duit deposit yang dibayar untuk dewan majlis ‘hangus’ begitu sahaja.

Gambar hiasan

Menurut Harian Metro, masih ada 150,000 majlis perkahwinan yang dirancang dalam tempoh pandemik COVID-19 di seluruh negara tertunda. Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM) Arabath Ali Arul Alavudeen berkata, data itu direkodkan pihaknya yang menunjukkan penangguhan majlis sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), April lalu.

Gambar hiasan

Mengikut rekod, hanya lima peratus sahaja yang melansungkan perkahwinan atau pernikahan secara online dan bakinya masih menunggu untuk melangsungkan perkahwinan sebaik keadaan pulih.

Hal ini bukan sahaja menjejaskan bakal pengantin, malah pemain industri perkahwinan juga terkesan kerana ramai pasangan yang ingin menangguh atau membatalkan majlis.

Ada yang meninggalkan komen berkongsi pengalaman kerana bisnes mereka turut terjejas dek kerana situasi ini.

Malah, ada juga netizen yang menasihatkan agar meneruskan perkahwinan tetapi buat secara bersederhana.

Apa-apa pun, pilihan tetap ditangan bakal pengantin. Kami pasti mereka mempunyai alasan tersendiri kerana menangguhkan majlis perkahwinan. Sama-sama kita doakan agar urusan semua bakal pengantin dipermudahkan.

Sumber: Harian Metro

IKLAN