Sudah 15 tahun berlalu sejak pemergian tragis penyanyi terkenal era 2000-an, Allahyarham Achik Spin, namun kenangan terhadapnya masih kekal dalam ingatan rakyat Malaysia. Kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya pada tahun 2010 bukan sahaja meninggalkan ruang kosong dalam industri seni tanah air, tetapi juga dalam kehidupan keluarganya.
Hari ini, anak-anak arwah bukan lagi si kecil yang diriba. Mereka kini membesar sebagai remaja yang cantik, bijak dan berhemah, hasil didikan seorang ibu tunggal yang tabah, H.M Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, atau lebih mesra disapa Tasha.
Membesar Tanpa Ayah, Tapi Penuh Kasih Sayang
Melalui perkongsian Tasha di laman Instagram, ramai tersentuh melihat keakraban beliau dengan anak-anak. Walaupun kehilangan sosok bapa pada usia yang sangat muda, kedua-dua puterinya, Safiyya (17 tahun) dan Putri Nursumayya (15 tahun), membesar dalam suasana penuh kasih sayang dan bimbingan.
“Anak-anak pun dah boleh biasakan diri hidup tanpa ayah di sisi. Kalau rindu, saya akan bawa mereka ziarah pusara arwah bapa mereka,” kongsi Tasha dalam satu temubual.
Ads
Putri Nursumayya kini menuntut di Sekolah Sains Tuanku Aishah Rohani (SGSTAR) di Seremban — pencapaian membanggakan yang membuktikan bahawa ketiadaan bapa tidak pernah menjadi penghalang kepada kecemerlangan.
Kekuatan Seorang Ibu Tunggal
Menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal bukanlah satu perjalanan yang mudah. Bagi Tasha, 15 tahun membesarkan anak sendirian menjadikan dirinya seorang wanita yang lebih kuat dan berdikari. Kini bekerja sebagai pegawai kewangan di sebuah hospital swasta di Seremban, Tasha menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga sepenuh masa.
Ads
“Terlalu penat kerana semuanya saya kena buat sendiri. Sayalah ibu, sayalah ayah,” luahnya jujur.
Namun, penat itu terbayar apabila melihat anak-anak membesar dengan sihat, matang dan berdikari.
Masih Setia Pada Cinta Lama
Sejak pemergian arwah suami, Tasha memilih untuk tidak mencari pengganti, bukan kerana menutup hati, tetapi kerana cinta sejati yang pernah hadir terlalu sukar untuk dilupakan.
Ads
“Saya tak rasa ada orang yang boleh sayang saya seperti mana arwah suami. Mungkin sebab itulah saya masih belum ada pengganti,” katanya.
Dalam dunia yang semakin moden dan terbuka, kesetiaan seperti ini menjadi sesuatu yang amat dihargai. Cinta yang tidak berganti bukan bererti terperangkap dalam kenangan, tetapi menghormati kisah indah yang pernah mewarnai kehidupan.
Moga Safiyya serta Sumayya terus berjaya dan cemerlang. Al-Fatihah buat arwah Acik Spin!
Selepas kemunculannya dalam beberapa buah drama di kaca televisyen, Nabil Aqil yang merupakan finalis Hero Remaja 2017 telah pun mengorak selangkah lagi kehadapan apabila Hero Favourite ini sudah pun membintangi sebuah filem yang bertajuk, Takut Ke Tak?
Baru-baru ini Remaja berkesempatan bertemu Nabil dan kami sempat bertanyakan tentang perkembangan terbarunya.
"Alhamdulillah, pada bulan April nanti filem yang akan dilakonkan oleh saya akan ditayangkan di pawagam. Saya bermula dengan menghadiri casting yang telah dianjurkan produksi Jazzy Pictures. Tak sangka pula bila mereka memberi peluang untuk saya turut bersama-sama berlakon dalam filem ini,"
"Kalau nak cerita tentang pengalaman berlakon, sudah tentu pada mulanya saya sangat nervous kerana ini merupakan pertama kali saya masuk ke dalam set penggambaran filem. Tambahan pula, genrenya adalah seram. Agak mencabar juga sebab dah tentu saya ingin berikan yang terbaik,"
"Saya memegang watak Abas, seorang pelajar jurusan filem yang terpaksa mengambil semula subjek yang saya gagal, dengan melakukan assignment menerbitkan filem seram. Jadi, sepanjang penggambaran tersebut berlakulah beberapa pengalaman seram yang kumpulan kami lalui," jelas Nabil.
Bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 2 April 2020, Nabil berharap para peminatnya dapat memberikan sokongan sepenuhnya untuk menonton filem ini.
"Saya rasa excited dan dalam masa yang sama agak gementar untuk melihat reaksi peminat nanti. Walau bagaimanapun, saya masih banyak lagi belajar untuk memperbaiki seni lakonan saya. Kalau ada terlebih atau terkurang, saya harap penyokong-penyokong saya dapat memberikan sokongan dan menyuntik semangat untuk saya meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan," jawab Nabil.
Syabas kami ucapkan kepada Nabil dan semoga kerjayanya dalam industri hiburan Malaysia semakin bersinar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terdahulu, isteri kepada penyanyi lagu Malam Semakin Dingin,Nurul Shamieza berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya.
Memetik laporan mStar, isteri Tajul memberitahu Tajul menarik gelongsor almari yang mempunyai cermin di bahagian luar sebelum pecah dan kacanya tersusuk pada tangan.
“Susah nak cakap bagaimana kejadian berlaku tetapi saya boleh katakan tangannya luka selepas terkena kaca almari yang pecah. Kejadian berlaku sekitar pukul 7 petang tadi.
“Pada awalnya saya bawa ke klinik berhampiran namun doktor minta terus ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana bimbang ada terdapat serpihan kaca yang terbenam di bahagian luka.
“Sekarang masih di unit kecemasan dan doktor sudah mencuci bahagian luka dan masih menanti keputusan X-ray,” katanya.
Menurut Shamieza, pada awalnya, suaminya berdegil tidak mahu ke hospital kerana menyangka keadaannya tidak teruk.
Namun, setiba di rumah dari klinik, Tajul tiba-tiba pengsan dipercayai kehilangan banyak darah dan segera dibawa ke unit kecemasan.
“Dia ingat tiada masalah besar. Dia degil tak mahu ke hospital. Kemudian tiba-tiba sahaja dia pengsan, itu yang saya terus bawanya ke hospital.
“Dalam keadaan kelam kabut saya terpaksa minta bantuan jiran untuk menjaga anak di rumah,” ujarnya.
Apa-apapun, kami ucapkan moga Tajul cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa. Bagi korang diluar sana, hati-hati okay dengan kemalangan yang mungkin terjadi.
Sumber : Instagram Shamieza , Mstar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Laman web undian K-Pop terbesar, King Choice sebelum ini telah menjalankan tinjauan ‘Hot 100 K-Pop Idols Ranking 2020’ dan undiannya sudah pun ditutup pada 20 Disember lepas. Ramai selebriti terkenal K-Pop yang berjaya sepanjang tahun 2020 ini, termasuklah BTS, Blackpink, Twice, EXO, G-Dragon, IU, Hwasa, Jackson Wang, Kim Jaejoong, Taemin dan lain-lain.
Jungkook BTS
Hasil undian peminat, Jungkook BTS telah dipilih menjadi idola Korea Selatan paling Hot untuk tahun 2020. Memperoleh undian sebanyak 14,594,781 juta, Jungkook telah mengalahkan pesaing terdekat, Lisa Blackpink yang berada di tangga kedua.
Info| With over 14,594,781 millions votes received & after maintaining the lead position for over half a day, Jungkook has officially & with eligibility topped King Choice 2020 End-Year Hot 100 K-Pop Idols Ranking.
Kemenangan ini juga menyaksikan ahli kumpulan BTS ini merampas takhta pemenang tahun lepas, Dragon yang memenangi gelaran ‘Hot 100 K-pop Idols Ranking 2019’ dengan undian sebanyak 3.2 juta. Untuk tahun 2020, anggota kumpulan Bigbang ini tidak termasuk di dalam senarai top 10 sebaliknya hanya menduduki tangga ke-17 dengan memperoleh 239,000 undian.
G-Dragon
Berikut merupakan senarai Top 10 idola Korea paling Hot 2020:
1. Jungkook BTS
2. Lisa Blackpink
3. Kim Hyun Joong
4. Jimin BTS
5. Jennie Blackpink
6. Yunho TVXQ
7. Kim Jaejoong JYJ
8. Jisoo Blackpink
9. Rose Blackpink
10. Cha Eunwoo
Kemenangan ini turut dirai oleh peminat di seluruh dunia dan rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada Jungkook.