15 September Diisytihar Cuti Tambahan Sempena Hari Malaysia, RM100 ‘One-Off’ Untuk Rakyat!

Share

Berita baik buat rakyat Malaysia! Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa Isnin, 15 September 2025 diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena sambutan Hari Malaysia tahun ini.

Menurut beliau, cuti tambahan ini diberikan bagi menghargai semangat perpaduan yang telah menyatukan rakyat Malaysia sejak penubuhan negara tercinta ini.

“Hari kelepasan ini bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.

“Ini juga bagi memberi galakan agar rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga,” jelasnya dalam pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia sebentar tadi.

Bukan itu sahaja! Datuk Seri Anwar turut mengumumkan bahawa setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara ‘one-off’

menerusi MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Pemberian RM100 secara ‘one-off’ itu adalah bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025 dan boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos hingga 31 Disember ini,” katanya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath