Korea adalah antara negara yang membanggakan bahasa ibunda mereka dan kerana itu mungkin kebanyakan daripada mereka tidak pandai berbahasa asing, terutamanya bahasa Inggeris. Jika melancong ke Korea, kita mungkin mempunyai kekangan bahasa untuk berkomunikasi, namun masyarakat disana tetap berusaha untuk memberi bantuan sekiranya ada pelancong yang bertanya.
Walau bagaimanapun, bukan semua masyarakat disana tidak pandai berbahasa Inggeris. Selain daripada pelajar, golongan selebriti juga ada yang fasih berbahasa Inggeris kerana masing-masing mempunyai latar belakang seperti pernah menetap atau pun belajar di luar negara.
Berikut kami senaraikan antara beberapa selebriti Korea yang bukan hanya cantik dan tampan, malah fasih berbahasa Inggeris.
1. Choi Woo Shik
Semasa umurnya 11 tahun, Choi Woo Shik dan keluarganya berhijrah ke Vancouver, Kanada sehingga umurnya mencecah 21 tahun. Dia kemudiannya pulang ke Korea untuk menyertai sesi ujibakat lakonan. Pelakon lelaki yang pernah ditemubual dalam rancangan Star English ini juga mengakui bahawa satu ketika dahulu dia memang lebih selesa berbahasa Inggeris, namun kini dia lebih memilih untuk bertutur dalam bahasa Korea.
2. Shin Se Kyung
Shin Se Kyung tidak pernah menetap di luar negara, namun dia membuktikan kemampuannya untuk berbahasa Inggeris. Dia tidak pernah menunjukkan kemahirannya berbahasa Inggeris sehinggalah muncul dalam rancangan Pocha Beyond Borders.
3. Kim Ji Suk
Walaupun sering melakonkan watak lucum Kim Ji Suk sebenarnya fasih berbahasa Inggeris kerana dia pernah bersekolah di luar negara. Pelakon ini juga memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam pendidikan Inggeris dan Jerman.
Ads
4. Park Min-Young
Personaliti wanita ini tidak selalu menunjukkan kemahirannya berbahasa Inggeris dalam drama lakonannya. Park Min-Young pernah menuntut di luar negara dan kerana itu dia juga fasih berbahasa Inggeris. Malah, aktres ini juga mempunyai nama Inggerisnya, iaitu Rachel.
5. Blackpink
Oleh kerana ada diantara mereka yang bukan berasal dari Korea, jadi tidak hairanlah sekiranya mereka boleh menguasai lebih daripada satu bahasa. Jennie juga pernah bersekolah di New Zealand selama 5 tahun. Ayah Lisa berasal dari Swiss dan menjadikan dia sering berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
6. Park Bo Gum
Dilahirkan dan dibesarkan di Seoul, artis Korea ini mengejutkan peminat kerana dia fasih berbahasa Inggeris sewaktu mengadakan gathering bersama peminatnya di Filipina. Park Bo Gum dilihat dapat menjawab pertanyaan dalam bahasa Inggeris dengan baik dan lancar.
7. RM BTS
Selebriti Korea ini ternyata pandai berbahasa Inggeris selepas menonton siri Friends. Menurutnya, percakapan pelakon dalam siri itu sangat jelas dan mudah difahami. Oleh yang demikian, RM sering menjadi wakil kumpulan BTS ketika perlu menjawab temubual dalam bahasa Inggeris.
8. Taecyeon 2PM
Pelakon dan ahli kumpulan 2PM ini mempunyai accent Amerika apabila bertutur dalam bahasa Inggeris. Taecyeon pernah bersekolah di Amerika Syarikat dan kadangkala dia juga diminta untuk membantu agensi memeriksa grammar dalam lirik lagu.
Ads
9. Han Ye-seul
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa pertama bagi Han Ye- seul. Selebriti ini lahir dan membesar di Los Angeles dan mempunyai nama Inggerisnya, Leslie. Selepas menamatkan pelajaran di AS, Han Ye-seul berpindah ke Korea untuk mengejar kariernya dalam bidang modeling.
10. Gong Yoo
Walaupun tidak pernah belajar di luar negara, pelakon utama Goblin ini mengambil inisiatif untuk belajar bahasa Inggeris sendiri. Dalam satu temubual, Gong Yoo dipuji peminat kerana accent Amerikanya kedengaran sangat baik. Dia telah membuktikan, walaupun belajar sendiri, dia masih mampu untuk berbahasa Inggeris dengan baik.
11. Kang Sora
Ads
Sora menjelaskan bahawa dia membesar dengan banyak menonton animasi Disney dan dari situlah dia selalu belajar bahasa Inggeris yang dijadikan sebagai hobi.
12. Bae Doona
Pelakon ini bukan hanya berkarya di Korea Selatan, malah dia juga pernah membuat penampilan besar di Hollywood dalam filem Cloud Atlas, Jupiter Ascending dan siri Sense8. Dengan pengalaman tersebut, maka tidak hairanlah jika Bae Doona boleh fasih berbahasa Inggeris.
13. Rain
Bintang Full House ini juga pernah muncul di Hollywood dengan filem Ninja Assassin yang ditayangkan pada tahun 2009.
14. Siwon
Bukan sahaja fasih berbahasa Inggeris, Siwon juga rupa-rupanya pandai bertutur dalam bahasa Mandarin. Lihat sahaja video temubual ini, Siwon dilihat sangat lancar bertutur dalam bahasa Mandarin juga.
15. Ahn Hyoseop
Ahn Hyoseop melihatkan kemampuan bahasa Inggerisnya ketika tampil dalam Flower Boy Bromance bersama Jackson GOT7. Lebih mengejutkan lagi, selebriti ini rupanya pernah menetap di Toronto, Kanada. Hyoseop akhirnya kembali ke Korea untuk mengejar impiannya menjadi seorang selebriti.
Seringkali menonton drama Korea, tidak pernah pula kita menyangka bahawga ramai juga dikalangan selebriti mereka yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekarang ini antara filem yang sedang hangat di pawagam ialah Rampage lakonan Dwayne Johnson. Mengisahkan Davis Okaye (lakonan Dwayne @ The Rock) seorang primatologist yang membela seekor gorila albino bijak. Namun wujud masalah apabila berlaku satu letusan dari angkasa lepas di mana George yang terhidu bahan kajian eksperimen itu berubah tingkahlaku, dari seorang yang bijak, pandai bergurau tetapi akhirnya menjadi ganas.
Bagi yang hatinya lembut macam tisu memang boleh menangis bila menonton filem ini. Tapi apa yang bestnya tentang Rampage ini, filem ini menonjolkan sisi bijak sekor orang utan.
Kenapa orang utan sama bijak bahkan lebih bijak dari manusia. Baca fakta ini.
Untuk pengetahuan, orang utan adalah sejenis kera besar dengan lengan panjang dan berbula kemerahan atau coklat. Kalau dalam negara ini, ada dua spesis iaitu satu dipanggil Orang Utan Sumetera dan satu lagi, Orang Utan Kalimantan. Seperti diketahui, orang utan adalah spesis terancam dan sebab itulah pemuliharaan mereka diadakan supaya tidak pupus.
Orang utan haiwan pintar – Sangat terkenal sebagai satu kumpulan haiwan yang sangat hebat dari hal observasi lingkungan dan imitimasi tindakan. Orang utan menunjukkan kecerdasanya di alam semulajadi mereka dengan memafaatkan benda di sekelilingnya untuk mencari makan dan berlindung dari keganasan alam sekitar yang semakin rakus di teroka. Mereka mampu menggunakan tongkat sebagai alat bantu untuk mengambil makanan dan menggunakan daun sebagai pelindung sinar matahari.
Mirip manusia – Habitat ini sangat dekat dengan manusia. kebersamaan DNAnya dengan manusia lebih kurang 96.4 peratus. Wow!
Cepat memahami – Orang hutan dapat memahami habitat hutan kerana mudah menerima keadaan sekelilingnya.
Mudah tidur – Orang Utan memiliki kecenderungan mudah tidur. Bukan saja masa tidurnya panjang seperti bermula malam malah boleh menyambung kepada keesokkan harinya.
Comel je kan anak-anak orang utan iniHaiwan ini semakin pupus tetapi usaha memulihara orang utan galak dilakukan
Dapat memangggil dari jarak 1 km – Orang utan jantan dapat membuat panggilan jarak jauh yang dapat didengari dari jarak 1 km. Itu sebagai tanda menanda kawasan untuk memanggil orang utan betina. malah sebagai amaran agar orang utan jantan tidak mengganggu kawasan tersebut. Sebab suara itu kuat kerana mereka mempunyai kerongkong yang besar dan mereka mampu lakukannya.
Suka menjelajah – Orang utan liar jarang bermain atas tanah. Sama juga yang duduk di kawasan pemuliharaan. Orang utan boleh menjelajah sejauh 12.5 hektar dalam masa sehari. Sementara bagi jantannya sejauh 46 hektar kawasan. Semua ini untuk mencari makanan dan interaksi sosial.
Orang utan bukan monyet – Jangan salah sangka ya, orang utan bukan termasuk dalam kategori monyet. Salah satunya mereka tak mempunyai ekor panjang. Orang utan masuk dalam spesis kera besar seperti gorilla, lutung dan lain lagi.
Bijak pula, boleh gergaji kayu
Kekuatan 6 kali manusia & tak suka gaduh- Powerkan, kekuatan mereka jauh lebih hebat dari manusia. Namun begitu orang utan akan menjauhi pergaduhan tetapi jika terpaksa baru mereka lakukan.Manusia ini badan kecil tetapi pantang dijolok, cepat benar melenting dan memang boleh jadi gaduh punya.
Suka makan buah – 90 peratus makanannya terdiri dari buah-buahan. Selebihnya mereka suka dedaun pucuk muda, bunga dan kulit pokok. Mereka juga makan serangga kecil seperti semut dan cengkerik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan bekas personaliti TV, Sarah Hildebrand kini melangkah ke fasa baru dalam hidupnya apabila selamat menimang baby pertama bersama suami tercinta. Berita gembira ini nyata mencuri perhatian ramai, termasuk peminat yang sudah lama mengikuti perjalanan hidupnya.
Sarah atau nama sebenarnya Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand memuat naik foto sweet di bilik bersalin, memperlihatkan dirinya bersama suami dan bayi comel mereka. Perkongsian itu terus mendapat ribuan tanda suka serta ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat yang teruja meraikan momen indah ini.
Kalau korang masih ingat, sekitar Ogos 2024 Sarah umumkan yang dia sudah pun mendirikan rumah tangga dengan jejaka asal Amerika Syarikat. Beberapa bulan kemudian, Februari lalu, Sarah kongsi berita kehamilan melalui sekeping foto alat ujian kehamilan yang positif. Fast forward ke hari ini, doa dan penantian itu akhirnya terjawab dengan kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Bagi peminat drama, nama Sarah memang sinonim dengan lakonan dalam Pujaan Hati Kanda. Tapi pada 2022, dia buat keputusan mengejutkan untuk undur diri daripada dunia seni dan berhijrah ke Amerika Syarikat. Bukan itu je, Sarah juga join Tentera Udara Amerika Syarikat (US Air Force) satu langkah besar yang totally lain daripada dunia glamor yang pernah dia lalui.
Dan sekarang, perjalanan hidup Sarah berubah lagi dengan role paling besar bergelar seorang ibu. Kehadiran baby pertama ini bukan sekadar melengkapkan rumah tangga, tapi juga membuka lembaran baru penuh cabaran, pengorbanan dan kebahagiaan.
Tahniah Sarah Hildebrand & suami! Semoga baby comel mereka membesar sihat, bahagia dan menjadi penyeri keluarga kecil ini. Korang yang follow Sarah dari dulu mesti happy tengok perkembangan terbaru idol kesayangan ni, kan?
Bintang filem antarabangsa, Fan Bingbing (44) baru-baru ini meraih perhatian apabila beliau secara rasmi bergelar Datuk selepas menerima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) sempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam. Penganugerahan ini sekali gus mengiktiraf sumbangan beliau dalam mempromosikan Melaka di mata dunia.
Memetik laporan Bernama, Fan juga memberi bayangan bakal kembali ke Melaka pada bulan September ini bagi satu projek baru dan kehadiran beliau dijangka akan memeriahkan sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025.
“Saya berharap dapat membawa lebih banyak cerita yang baik untuk Melaka,” katanya.
Dalam pada itu, penganugerahan gelaran Datuk berkenaan bukan sekadar penghargaan, tetapi turut juga menunjukkan peranan besar Fan dalam menarik perhatian dunia terhadap sektor pelancongan negeri Melaka. Selain itu, populariti beliau di peringkat antarabangsa turut menjadi penyumbang besar untuk menarik pelancong untuk datang ke Melaka.
Pada tahun lalu, Fan telah dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka dan kehadiran tiga hari beliau pada Jun 2024 mencetuskan fenomena apabila mencatatkan lebih 1.2 bilion carian mengenai dirinya dan Melaka di seluruh dunia.
Sementara itu, Fan yang mempunyai lebih 63 juta pengikut di platform Weibo dan 4.1 juta pengikut di Instagram bukan sekadar seorang pelakon, tetapi ikon budaya China yang memberi pengaruh besar di peringkat global. Jadi tidak hairan jika pelakon filem ‘Ice Road: Vengeance’ itu menjadi perhatian ramai pihak dalam setiap langkahnya.
Selain filem dari China, Fan turut pernah membintangi beberapa produksi antarabangsa termasuk filem Perancis, Korea, dan menjadi wajah di kulit majalah Time pada 2017. Beliau pernah dinamakan antara 100 Orang Paling Berpengaruh pada tahun yang sama.
Kehadiran semula Fan ke Melaka kali ini pasti ditunggu-tunggu ramai, bukan sahaja peminat setia beliau, malah seluruh rakyat Malaysia yang mahu melihat bagaimana kerjasama ini mampu melonjakkan lagi nama Melaka di mata dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.