
Tak sampai dua minggu tayangan, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) dah berjaya menggegarkan pawagam tanah air dengan kutipan luar biasa RM40.6 juta dalam tempoh 13 hari sahaja.
Dengan angka ni, EATM2 bukan je berjaya pecahkan rekod filem pertamanya yang ditayangkan pada 2019, malah secara rasmi kini jadi filem animasi tempatan paling laris sepanjang zaman
.Yang lagi ‘mind-blown’, EATM2 turut menewaskan beberapa title antarabangsa yang turut bersaing kat pawagam Malaysia sepanjang Mei lepas, termasuk Thunderbolts, Mission: Impossible, dan Lilo & Stitch.
Menurut Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation merangkap pengarah EATM2, sokongan yang diberikan oleh peminat memang luar biasa dan sangat dihargai.
Setakat ni, lebih dua juta penonton dah membanjiri pawagam untuk menyaksikan aksi ejen remaja kesayangan ramai ni. Filem ni merupakan hasil kerjasama antara Wau Animation dan Primeworks Studios (PWS).
EATM2 sekarang berada di belakang
Blood Brothers: Bara Naga, filem tempatan terlaris untuk tahun 2025 setakat ini dengan kutipan RM76 juta dalam 33 hari tayangan.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.