Setiap kali tiba je musim perayaan Aidilfitri, tentunya perkara yang harus dilakukan adalah mengambil foto Outfit of the Day ataupun OOTD sebagai kenangan mahupun tatapan pengikut media sosial.
Ada yang gian memuat naik foto pakaian Raya sehinggakan 3 postings pada setiap hari. Ada juga yang tiba-tiba membuat ‘comeback’ di akaun media sosial selepas berbulan tidak aktif semata-mata untuk memuat naik OOTD.
Apapun alasan korang, yang pasti OOTD itu sudah menjadi kewajipan. Tentunya korang inginkan foto yang menarik dan mampu mengumpulkan jumlah likes serta komen yang banyak, bukan?
Jom cuba 12 trik popular mengambil foto OOTD Raya ini. Mana tau, tiba-tiba beratus malah beribu likes akan korang terima. Hehe..
Untuk mendapatkan wang dengan jumlah yang besar, selain daripada menabung ramai yang memilih untuk main ‘kutu’ dikalangan kawan-kawan atau keluarga terdekat.
Biasanya, seorang wakil akan dilantik sebagai ‘mak kutu’ yang ditugaskan untuk mengumpul duit bulanan daripada ahli-ahli yang lain dan akan diberikan secara bergilir-gilir mengikut giliran masing-masing.
Namun begitu, ada risiko yang korang perlu tanggung kerana terdapat juga isu ahli lain yang ‘liat’ nak membayar setelah giliran mereka sudah selesai mendapatkan wang tersebut.
Jika tak mahu situasi seperti ini berlaku, korang boleh juga ‘bermain kutu’ sendiri dengan menggunakan akaun bank Maybank. Seperti apa yang telah dilakukan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Zetty Omar, dia telah berkongsi cara-cara untuk ‘main kutu’ di akaun bank korang sendiri.
Let’s check this out!
1. Pergi ke laman web Maybank2U, kemudian klik log in Maybank2U
2. Scroll bawah sikit, korang kan jumpa Create Goal +
3. Kemudian, pilih Category. Dalam tu ada banyak contoh tujuan seperti gift, family, travel, shopping, education, retirement dan others
4. Selepas itu, letakkan ‘goal name’ korang. Contoh kalau target nak deposit rumah, letak depo rumah
5. Di bahagian commitment ada by Monthly Amount dan by duration. Boleh pilih by monthly amount
6. Klik Saving Account-i
7. Letakkan berapa jumlah yang dikehendaki dalam kolum Goal Amount
8. Letak berapa jumlah korang nak tolak setiap bulan daripada akaun Maybank
9. Starting date tu letaklah setiap berapa haribulan korang nak duit tu tolak dari akaun bank korang. Ha, macam main kutu kan?
Kisah pelajar cemerlang, Muhammad Aiman Afiq Mohd Basri yang sebelum ini terpaksa berhenti belajar kerana kesempitan hidup akhirnya mendapat sinar baharu apabila Majlis Amanah Rakyat (MARA) tampil membantu.
Menurut Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Aiman kini ditempatkan dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di British Malaysia Institute (BMI), Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
“Saya memujuknya untuk sambung pengajian di UniKL dengan pembiayaan penuh MARA kerana hanya ilmu sahaja boleh merubah kehidupannya dan keluarga.
“Alhamdulillah turut bersama saya tadi Dekan UniKL-British Malaysia Institute (BMI) Ts. Dr Zulkifli Mahmoodin yang terus membawa surat tawaran pengajian Ijazah Kejuruteraan Elektrik dengan pendaftaran segera pada hari Ahad ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Bukan setakat tempat pengajian, Aiman yang merupakan bekas pelajar MRSM Transkrian dengan pencapaian 9A dalam SPM serta penerima Anugerah Emas itu turut menerima pembiayaan penuh MARA. Malah, beliau juga diberi wang saku bulanan RM800 serta penempatan asrama percuma.
Datuk Dr Asyraf turut berharap agar kisah Aiman tidak lagi berulang dalam kalangan pelajar lain.
“Tiada lagi pelajar cemerlang seperti Muhammad Aiman yang tercicir dalam pembelajaran hanya kerana faktor kemiskinan,” ujarnya.
Sebelum ini, kisah Aiman meraih perhatian ramai apabila dia membuat keputusan untuk tidak meneruskan pengajian selepas beberapa permohonan biasiswa gagal.
Walaupun pernah memperoleh PNGK 3.87 ketika di Asasi Universiti Teknologi Petronas (UTP), Aiman terpaksa bekerja di kilang untuk menampung keluarga.
Keadaan keluarganya juga menyayat hati. Bapanya tidak bekerja kerana masalah kemurungan kritikal, manakala ibunya pula menyara keluarga dengan mengambil upah membungkus nasi lemak setiap pagi dengan bayaran hanya sekitar RM20 sehari.
Kemudian, ibunya beralih kepada kerja menyusun ubat stapler di rumah dengan upah tidak sampai RM10 sehari.
Difahamkan, Aiman merupakan anak sulung daripada dua beradik, dengan adik perempuannya kini masih bersekolah di Tingkatan 3.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Disember cuma empat hari sekolah? Itulah persoalan yang mencuri perhatian ramai apabila susunan cuti sekolah 2026 mula diperkatakan secara meluas di media sosial. Takwim akademik yang dilihat lebih ‘ringan’ berbanding tahun-tahun sebelum ini membuatkan ramai guru, ibu bapa dan pelajar tertanya-tanya apakah yang sebenarnya berlaku di sebalik perancangan cuti sekolah tahun hadapan.
Gambar yang dimuat naik pengguna berkenaan di akaun Threadnya memaparkan bilangan hari persekolahan tahun 2026.
Perbincangan mengenai perkara ini mula hangat selepas seorang guru dikenali sebagai @DhaniahZahari berkongsi satu paparan di aplikasi Threads yang memaparkan bilangan hari persekolahan mengikut bulan bagi tahun 2026. Paparan tersebut kemudiannya tular dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.
Beberapa Bulan Hanya 15 Hari Persekolahan
Antara perkara yang paling mencuri perhatian ialah beberapa bulan awal tahun yang dilaporkan hanya mempunyai sekitar 15 hari persekolahan, iaitu pada Januari, Februari dan Mac. Situasi ini berlaku disebabkan gabungan cuti penggal, cuti umum serta hujung minggu yang jatuh berdekatan antara satu sama lain.
Keadaan ini secara tidak langsung menjadikan cuti sekolah 2026 kelihatan lebih panjang berbanding tahun-tahun sebelumnya, walaupun secara rasmi jumlah hari persekolahan masih mematuhi keperluan minimum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Disember 2026 Paling Singkat
Lebih mengejutkan, bulan Disember pula disebut hanya mempunyai empat hari persekolahan sahaja. Ini menjadikan Disember antara bulan paling singkat dari segi sesi pembelajaran sepanjang tahun 2026.
Perkara ini berlaku kerana cuti akhir tahun yang bermula lebih awal serta susunan kalendar yang bertindih dengan hujung minggu dan cuti umum. Justeru, tidak hairanlah topik cuti sekolah 2026 menjadi antara perbualan paling hangat dalam kalangan komuniti pendidikan.
Pecahan Hari Persekolahan Sepanjang Tahun
Berdasarkan paparan yang dikongsikan, April dan Oktober masing-masing mencatatkan 22 hari persekolahan, Julai pula 23 hari, manakala Ogos dan November mempunyai 19 hari persekolahan. Secara keseluruhan, jumlah hari persekolahan bagi tahun 2026 direkodkan sebanyak 202 hari.
Namun begitu, jumlah tersebut tidak termasuk cuti peristiwa yang lazimnya ditetapkan oleh pihak sekolah seperti hari sukan, sambutan khas, latihan kebakaran, kelas tambahan, program kecemerlangan akademik serta aktiviti kokurikulum lain.
Reaksi Guru, Ibu Bapa dan Netizen
Dalam kalangan guru, susunan ini disifatkan memberi sedikit ‘nafas lega’, terutamanya selepas beberapa tahun berdepan jadual akademik yang padat serta beban tugas yang tinggi. Tidak kurang juga yang menyifatkan tahun 2026 sebagai ‘tahun emas’ buat warga pendidik.
“Kebahagiaan cikgu-cikgu untuk tahun ini,” tulis guru berkenaan secara berseloroh di ruangan kapsyen perkongsiannya.
Namun, terdapat juga netizen yang mengingatkan bahawa bilangan hari persekolahan yang kelihatan sedikit tidak bermakna beban tugas guru turut berkurang.
“Sebenarnya yang tak ada dalam senarai tu lagi patut cikgu-cikgu takut. Segala hari anugerah, hari sukan, hari merdeka, restu ilmu, kelas tambahan, perkampungan ilmu, latihan dan macam-macam lagi,” komen seorang pengguna media sosial.
Pelajar Teruja, Ibu Bapa Mula Merancang
Bagi pelajar pula, terutamanya golongan remaja, perkembangan cuti sekolah 2026 ini disambut dengan penuh keterujaan. Ramai yang melihatnya sebagai peluang untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga serta mengurangkan tekanan selepas setahun melalui pelbagai peperiksaan dan aktiviti sekolah.
Dalam masa sama, ibu bapa mula merancang aktiviti berfaedah sepanjang cuti supaya masa lapang anak-anak dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya, sama ada melalui penyertaan kem motivasi, kelas kemahiran, aktiviti keagamaan atau percutian keluarga.
Walaupun Disember 2026 hanya mempunyai empat hari persekolahan, susunan cuti sekolah 2026 yang lebih tersusun ini diharapkan dapat memberi keseimbangan antara pembelajaran, rehat dan kesejahteraan mental untuk semua pihak yang terlibat.