11 Situasi Yang Hanya Difahami Oleh Wanita

Share

Bagi lelaki, kehidupan kaum wanita adalah sangat merumitkan. Namun begitu, sememangnya mereka tidak tahu betapa setiap hari, wanita harus melalui rutin-rutin kehidupan yang kadangkala terlihat remeh namun tetap dipandang serius oleh golongan wanita.

REMAJA akan mendedahkan beberapa perkara yang dilalui oleh wanita pada setiap hari dan hanya mereka yang memahami betapa sukarnya dalam menjalani kehidupan seharian.

1. Asalnya, kamu sudah jatuh cinta dengan jeans pilihan dan merasakan itu yang terbaik tetapi apabila dicuba, tidak pula kena dengan bentuk badan kamu. Jika ingin memilih saiz yang lain, mungkin lebih teruk dan tidak selesa.

2. Kenapa pereka tidak menghasilkan jeans daripada material yang tebal? Perempuan ni kalau dia dah suka dan selesa dengan satu seluar tu, itu sahajalah yang disarungnya sampai ke sudah.

3. Jika perempuan tidur dengan rambut yang basah, keesokan harinya lihat la bagaimana rupa mereka. Sigh!

4. Seharian mengenakan kasut baru bermakna minggu seterusnya terpaksalah mereka hanya memakai selipar.

5. Cermin mata yang sering tersangkut pada rambut. Haish!

6. Antara kesulitan lain yang sentiasa dihadapi.

 

7. Selepas seharian mengikat rambut, balik rumah bila buka ikatan rambut tu lihatlah rambut mereka dah macam kembang semangkuk.

8. Rasanya seperti bumi berhenti berputar apabila melihat alat solek kesayangan hancur berderai.

9. Tompokan ini jelas terlihat di mana-mana barangan milik kaum wanita.

10. Walaupun mempunyai beg makeup khas dan yakin semua alatan solek sudah ditutup rapi, namun situasi ini sering menghantui kehidupan wanita. Arghh!

11. Namun tetapi, mereka bijak untuk memberi reward kepada diri sendiri.

IKLAN