
Ada yang berpendapat lelaki handsome tu perlu berbadan sado. Barulah nampak jantan. Dah jadi satu trend bila lelaki zaman sekarang terlalu obses dengan gym dan ‘buat badan’.
Kalau tak sado tak jantan ke?
Tapi yang pasti memang ‘abam-abam sado’ ni sering mendapat perhatian wanita kan?
Lihat saja selebriti-selebriti lelaki Malaysia yang berbadan sado ni. Boleh buat perempuan cair bila melihat mereka ‘belanja’ gambar di instagram.
Tak caya? Jom tengok ni.
1. Shaheizy Sam

2. Hairul Azreen

3. Zarul Umbrella

4. Zizan Razak

5. Zul Ariffin

6. Nazim Othman

7. Remy Ishak

8. Shukri Yahya

9. Hans Isaac

10. Zain Saidin

11. Alif Muhaimin

Jangan tak tahu Hero Remaja 2017 ni pun berbadan sado ya. Tahniah kami ucapkan kepada Alif Muhaimin kerana dinobatkan sebagai pemenang Hero Remaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Enjin Kapal Terbang Terbakar Di Udara, Serpihan Berselerak Jatuh Di Kawasan Perumahan Awam

Saat-saat mendebarkan terjadi apabila satu rakaman telah dimuatnaik oleh pengguna Twitter menunjukkan enjin sebuah kapal terbang sedang terbakar ketika masih berada di udara. Pengguna tersebut merupakan anak kepada salah seorang penumpang di dalam penerbangan terbabit.
Walaupun berlaku insiden yang tidak diingini, kesemua 231 penumpang dan 10 kru berjaya mendarat dengan selamat biarpun satu enjin sudah terbakar teruk. Pesawat United 328 tersebut dikatakan dalam perjalanan dari Denver menuju ke Hawaii namun berpatah kembali apabila kebakaran terjadi.

Serpihan enjin tersebut telah jatuh berdekatan kawasan perumahan dan hampir terkena rumah salah seorang penduduk selain banyak lagi serpihan bertebaran di kawasan jalanraya dan juga padang.

Menurut laporan Metro Uk, Tyler Thal yang tinggal dikawasan berdekatan memberi tahu The Associated Press yang dia sedang bersiar-siar bersama keluarganya sebelum dia menyedari sebuah kapal terbang terbang dalam keadaan yang rendah dari kebiasaan. Ketika itu di menyaksikan enjin kapal terbang tersebut meletup dan serpihan mula jatuh ke tanah.
Sumber & gambar: Metro UK
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Terima Kasih Untuk A Dalam Bio…” Pelajar Cemerlang Hadiahkan Guru Figura Animasi Popular One Piece!

Setiap tahun, kejayaan para pelajar dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi tumpuan utama dalam kalangan masyarakat. Prestasi cemerlang mereka sering kali disambut dengan sorakan kebanggaan dari guru-guru dan keluarga.
Bagi kebanyakan guru, kegembiraan melihat anak murid mereka mencapai kejayaan yang gemilang sering kali diikuti dengan pemberian hadiah sebagai tanda penghargaan.
Terbaru, sebuah video tular memaparkan seorang pelajar cemerlang SPM 2023 telah memberikan hadiah yang tidak disangka kepada gurunya. Hadiah tersebut telah menarik perhatian orang ramai kerana ia bukan sahaja diterbangkan dari Jepun tapi apa yang lagi best ia adalah figura dari animasi popular Jepun, One Piece yang menjadi kegilaan ramai.

“From a One Piece fan to another. Terima kasih untuk A dalam Bio. Enjoy Sir Iqbal Ahyar”
Melalui video yang dimuat naik oleh pelajar yang dikenali sebagai Adam Mukhriz melalui akaun Tiktok @mkh.riz menunjukkan reaksi teruja gurunya. Wajah guru yang dikenali sebagai Sir Iqbal Ahyar yang terkejut dan penuh rasa syukur mencerminkan betapa berartinya hadiah itu baginya.
Adam memberi hadiah tersebut sebagai tanda penghargaan yang mendalam kepada guru yang telah banyak memberikan sokongan dan bimbingan, sehingga membantunya mencapai kejayaan dalam peperiksaan SPM.

Rata-rata masyarakat turut memberikan komen pujian dan ada di antara mereka juga yang cemburu dengan pemberian figura rare yang diimpikan oleh penggemar animasi itu.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saintis Temui Planet ‘Neraka’, Terbentuk Daripada Lahar Cair, Berhujan Batu Dan Anginnya Bertiup Pada Kelajuan Supersonik

Subhanaallah! Jika sebelum ini mungkin ada antara kita yang pernah bertanya bagaimana rupa bentuk sebenar neraka, namun tiada siapa pernah mengetahuinya kerana kepanasan yang dinyatakan dalam kitab sudi al-quran tidak dapat ditercapai oleh akal fikiran manusia. Namun, kini sudah ada jawapan ditemui.

Baru-baru ini Forbes melaporkan dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Monthly Notices of the Royal Astronomical Society, saintis telah mendedahkan mengenai satu planet yang digelar sebagai neraka kerana terbentuk daripada lahar cair, anginnya bertiup pada kelajuan supersonik dan berhujan batu.
Diberi nama K2-141b, penemuan planet tersebut disifatkan sebagai satu penemuan angkasa paling ekstrem setakat ini.
Memiliki saiz lebih kurang seperti bumi, planet ini mempunyai permukaan, lautan dan atmosfera yang diperbuat daripada bahan yang sama iaitu batu.
Gambar yang terakam ini jelas kelihatan permukaan planet ini berbentuk seperti plasma-plasma berupa struktur sel disebabkan kedudukan yang dekat dengan matahari – kedudukan seakan terkunci disebabkan tarikan graviti, dua per tiga daripada planet K2-141b kekal berada pada waktu siang kerana sentiasa menghadap matahari.

Di bahagian tersebut, lahar terbentuk dengan suhu melebihi 2,982 darjah celcius sehingga menyebabkan bahan teras planet iaitu batu boleh mencair menjadi wap udara.
Manakala di kawasan yang tidak terkena matahari berada dalam keadaan gelap dengan suhu mencecah lebih -200 darjah celcius!
Kitaran angin yang bertiup di planet melebihi 3,1000 batu sejam membawa sodium, silikon monoksida dan silikon dioksida yang tersejat sebagai wap ke kawasan bergelap tadi sebelum menjadi hujan yang turun ke lautan lahar sedalam 60 batu dan mengalir ke bahagian yang menghadap matahari.
Apa pun, segalanya datang dari Allah dan manusia hanya pengantara untuk membuat kajian demi kajian.
Sumber : Forbes
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

