Tidak dinafikan pengaruh media sosial memberikan impak kepada masyarakat kerana menerusi dunia digital hari ini, ramai yang ‘bergantung’ kepada platform tersebut dalam kehidupan harian. Apa sahaja yang dilihat di media sosial sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan kita sama ada tentang gaya hidup mahu pun aktiviti-aktiviti yang dikongsi bersama.
Instagram antara medium media sosial yang sering digunakan oleh golongan selebriti atau influencer untuk memberi ruang kepada pengikut mereka mendekati dan mengikuti kehidupan seharian. Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah jika kita melihat ramai selebriti mahu pun influencer ini dijadikan duta atau jurucakap bagi sesuatu produk atau pun badan-badan NGO kerana kehadiran mereka dalam media sosial mampu memberikan impak kepada masyarakat.
Mana yang baik kita ikut, betul tak?
Agak-agak korang siapa antara selebriti yang mempunyai pengaruh yang kuat di Instagram ya?
starngage.com top 1,000 influencers telah pun mengeluarkan senarai antara selebriti dan influencers yang mempunyai engagement serta pengikut paling ramai di Instagram.
Ads
Jom kita lihat siapa yang mendahului carta.
Ads
Korang dapat lihat 10 carta teratas didominasi oleh kaum wanita dan Noor Neelofa berada di tempat pertama dengan jumlah pengikut seramai lebih 8 juta. Ia diikuti dengan Mira Filzah (7.1 juta) dan Janna Nick (6.1 juta).
Aeril Zafrel antara lelaki yang berada dikedudukan ke-11 dengan 4.9 juta pengikut dan seterusnya diikuti oleh Hairul Azreen (4.8 juta) dan Awal Ashaari (4.8 juta).
Walau bagaimanapun, kami sedikit keliru kerana penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak tersenarai dalam carta tersebut sedangkan beliau juga mempunyai pengikut yang ramai di laman Instagram.
Untuk senarai penuh, korang boleh semak di starngage.com
***
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zaman sekarang, usia masih bawah umur tetapi sudah ramai budak sekolah yang agak berani lafazkan kata-kata cinta pada pasangan yang sama baya.
Malah sudah ada yang advance “merancang” perkahwinan dan bertindak lebih berani lari dari rumah jika mak ayah melarang perkahwinan tersebut kerana mahu anak-anak tumpu pada pelajaran dahulu.
Lebih menyedihkan, ada yang mengandung di usia muda iaitu 16 tahun. Tidak hairanlah kes anak luar nikah mencatat lebih setengah juta dalam tempoh beberapa tahun ini yang menjadi satu angka yang sangat menakutkan pada zaman ini.
Berikut adalah enam alasan utama mengapa couple nak kahwin pada usia muda.
pasangan suka sama suka
sukar untuk dielakkan lagi perkahwinan kerana pasangan terlalu rapat
pasangan telahpun bersekedudukan
pasangan lari dari rumah
pasangan perempuan telahpun mengandung
telah mendapat persetujuan kedua ibu bapa atau keluarga kedua pihak dan lain-lain lagi alasan.
Bukan mahu menggalakkan budaya kahwin muda tetapi jika itu tindakan akhir, ini prosedur yang harus difahami.
Untuk makluman, jika remaja perempuan berusia di bawah 16 tahun, keluarga perlu mendapatkan persetujuan dari mahkamah syariah sebelum sesuatu perkahwinan itu dapat dilaksanakan.
Begitu juga bagi remaja lelaki yang di bawah usia 18 tahun, mereka perlu mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum boleh mengahwini pasangan.
Baca perkongsian Pegawai Syariah, Siti Fadilah Ahmad dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor ini.
Apa dimaksudkan pernikahan bawah umur
Sebelum kebenaran nikah diberi, Mahkamah Syariah akan mengkaji dahulu kebaikan dan keburukan membabitkan pengantin lelaki dan perempuan bawah umur.
Adakah selepas berlangsungnya perkahwinan itu, jadi lebih baik atau buruk. Sebabnya kahwin bukan untuk seksual semata-mata. Tapi kesediaan memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.
Prosedur permohonan nikah bawah umur di Mahkamah Syariah
Merujuk kepada kebanyakan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri, Seksyen 8 memperuntukkan:
Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.
Berdasarkan seksyen di atas, umur minimum bagi seorang lelaki Islam ialah 18 tahun ke atas manakala bagi perempuan Islam ialah 16 tahun.
Kalau bawah dari umur itu, perlu ada membuat permohonan kebenaran nikah bawah umur di mana-mana mahkamah Syariah di Malaysia yang berbidangkuasa.
Ambil masa berapa lama
*Biasanya selepas permohonan dihantar, dalam tempoh 21 hari akan dipanggil.
*Permohonan ini akan didengar di dalam kamar secara tertutup.
*Alasan-alasan yang kukuh mengapa pasangan bawah umur hendak berkahwin hendaklah dikemukan di hadapan Hakim Syarie.
*Selain ibu bapa atau penjaga, pasangan bawah umur juga dikehendaki hadir di hadapan Hakim.
*Alasan yang kukuh untuk berkahwin lazimnya akan mendapat kebenaran dari Hakim Syarie.
*Mahkamah boleh menolak permohonan atau menangguhkan kebenaran perkahwinan tersebut sehingga ke satu masa yang sesuai menurut pertimbangan Mahkamah.
Apa alasan selalu pasangan bawah umur berikan untuk berkahwin?
pasangan suka sama suka
sukar untuk dielakkan lagi perkahwinan kerana pasangan terlalu rapat
pasangan telahpun bersekedudukan
pasangan lari dari rumah
pasangan perempuan telahpun mengandung
telah mendapat persetujuan kedua ibu bapa atau keluarga kedua pihak dan lain-lain lagi alasan.
Apapun alasan atau sebab yang dikemukakan, ianya terletak kepada kebijaksanaan dan budi bicara Makhamah Syariah untuk meluluskan atau menolak permohonan tersebut.
Kahwin untuk satu tanggungjawab, bukan untuk menutup malu. Tanggungjawab jadi isteri ini bukan kecil, semua kena buat.Kalau orang yang dewasa pun kadangkala tension dengan perkahwinan mereka sampai ada bercerai- berai, so korang fikirlah kalau korang masih di bawah umur.
Banyak juga pasangan muda bercerai tetapi ada juga yang bahagia. Pendek kata, betulkan naiwaitu kenapa kita mahu berkahwin. Adakah mengikut Sunah Rasulullah atau sebab nak tutup aib pasangan sudah mengandung.
Ada juga beri alasan cinta mendalam tapi ingat bukan semua perkahwinan itu mampu dihadapi dengan sabar. Hanya kematangan yang membezakan semasa membina mahligai impian.
Tapi kalau korang memang betul-betul bersedia memikul tanggungjawab, binalah rumah tangga itu dengan penuh kasih sayang dan saling bekerjasama untuk membina kehidupan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Syarikat perkhidmatan basikal servis, oBike secara rasminya menamatkan operasi di Singapura bermula Isnin lalu (25 Jun).
Servis oBikes juga dipadam daripada aplikasi GrabCycle di Singapura bermula Isnin lalu.
Menurut oBike, keputusan ini diambil berikutan masalah persetujuan di antara syarikat tersebut dengan peraturan baru Persatuan Pengangkutan Darat untuk menangani masalah basikal yang tidak diparkir semula di tempat yang disediakan.
Basikal yang dibiarkan saja di penghadang jalan Kallang Road dan Sir Arthur’s Bridge.
oBike yang ‘dihumban’ saja ke tong sampah di Ubi Avenue 4.
Peraturan baru ini memerlukan syarikat servis seperti oBike memastikan pengguna basikal skan kod QR di setiap lokasi parkir sebagai bukti mereka telah meletakkan basikal semula di tempat yang sepatutnya. Namun selepas berbincang, oBike memilih untuk menamatkan operasi kerana peraturan baru ini akan mengakibatkan ‘isu kewangan’ kepada mereka.
oBike, bagaimanapun berkata penamatan operasi di Singapura itu TIDAK AKAN memberi kesan kepada operasi oBike di negara serantau seperti Malaysia. Ia masih akan beroperasi seperti biasa, jadi korang bolehlah menarik nafas lega.
Walaupun oBike dalam kenyataan mereka berterima kasih kepada lebih 1 juta pengguna aktif mereka di Singapura sejak servis itu diperkenalkan pada Januari 2017, nampaknya ramai netizen yang membuat aduan tidak berpuas hati terhadap perkembangan terbaru ini.
Keadaan basikal di luar asrama St Andrew’s Junior College.
Bukan saja basikal oBike, basikal syarikat lain pun ditinggalkan berdekatan Margaret Drive.
Dari jam 5 pm hari Isnin sehinggalah 4 pm semalam, Persatuan Pengguna Sinapura (CASE) telah menerima 232 aduan terhadap oBike. Kebanyakannya mengadu yang mereka belum menerima bayaran refund untuk wang deposit walaupun syarikat itu tidak lagi beroperasi.
Di Singapura, pengguna oBike perlu memasukkan wang deposit S$19 untuk pelajar dan S$49 bagi pengguna lain. Ketika ingin menekan butang ‘refund deposit’ pada app, pengguna akan berdepan dengan masalah connection.
Ada juga yang mendakwa butang tersebut sudah ‘hilang’ dari app tersebut.
Haih, kesian juga dengan pengguna oBike di Singapura memandangkan mereka tegar menggunakan perkhidmatan itu di sana.
Kita yang masih ada servis oBike di Malaysia kenalah bersyukur dan menjaga kondisi basikal yang ada.
Sumber: Channel News Asia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khabar baik buat peminat kumpulan K-pop Blackpink apabila filem pertama mereka berjudul ‘BLACKPINK: The Movie’ akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 30 September ini.
Karya yang dinamakan ‘BLACKPINK’s 4+1 PROJECT’ ini merupakan antara pelan terbesar yang pernah dikelola syarikat label mereka, YG Entertainment untuk meraikan ulang tahun kumpulan popular itu.
Filem ‘BLACKPINK: The Movie’ akan dibahagikan kepada beberapa segmen seperti ‘The Room of Memories’, ‘Beauty’, ‘Unreleased Special Interviews’ dan rakaman daripada konsert jelajah BLACKPINK ‘In Your Area’ pada tahun 2018 serta ‘The Show’ yang baru dilangsungkan pada tahun 2021. Menariknya, filem ini juga akan menemui penonton 4DX di pawagam terpilih.
Jadi bagi Blinks di luar sana, tiket tayangan filem ‘BLACKPINK: The Movie’ akan mula dijual esok, 25 September 2021 di pawagam-pawagam terpilih. Fuh, mesti laku keras! Silap-silap boleh ‘jammed‘ di laman web Golden Screen Cinemas esok, hehe.
Kerajaan mengumumkan diskaun tol Aidilfitri 2026 sebanyak 50% untuk kenderaan persendirian, bertujuan meringankan kos perjalanan pulang kampung dan memastikan perjalanan lebih lancar.