10 Tahun Kendalikan Program ‘Running Man’, Pengarah Kering Idea Dan Tarik Diri!

Share

Nama ‘Running Man’ mungkin sudah sangat sinonim dengan peminat program variety terkenal Korea Selatan . Menerusi program mingguan ini juga kalau kamu perasan, ianya menggelikan hati, membuatkan kita ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia dan kadang-kadang membuatkan kita melupakan segala sedih dan masalah.

Program yang menampilkan lapan orang selebriti iaitu Yoo Jae Suk, Haha, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo, Jeon So Min, dan juga Yang Se Chan ini turut mendapat sambutan baik seluruh dunia sejak ia mula ditayangkan pada 2010.

Tapi korang sedar tak program ini sebenarnya sudah berusia 10 tahun. Lama juga ye!

Namun ada  berita yang kurang ‘manis’ apabila penerbit dan pengarah program realiti terkenal ini, Jung Chul Min mengumumkan pengunduran dirinya dan mendedahkan punca utama dia nekad untuk menarik diri daripada program berkenaan.

Menurut laporan portal Soompi, Jung Chul yang sudah mengendalikan program tersebut selama lebih 10 tahun menjelaskan kesihatannya tidak sebaik dahulu tambahan lagi mengalami kesukaran untuk mencari idea baharu untuk ditonjolkan dalam program popular itu.

“Saya sudah menjadi penerbit dan pengarah selama lebih 11 tahun dan tujuh tahun diabadikan untuk menghasilkan siri Running Man secara berterusan.

“Kesihatan saya semakin tidak baik ketika ini tambahan lagi lutut turut mengalami masalah.

“Malahan ia bukan satu kerja yang mudah untuk memerah idea baru bagi mencipta setiap cabaran untuk Running Man yang disiarkan saban minggu.

Posisi Jung Chul bakal digantikan oleh pembantunya iaitu Choi Bo Pil. Jung Chul bakal mengarahkan siri Running Man buat kali terakhir pada 18 Februari ini.

Respon Netizen

Bagaimanapun, kebanyakkan netizen memberikan respon sedih atas pengunduran pengarah dan penerbit program ini.

One of the best variety shows’

Ada juga yang berharap format program ini tidak ditukar!

So penulis harap penganti Jung Chul  ni mampu la meneraju program variety popular Korea Selatan dengan baik dan membuatkan peminatnya terus gembira!

Sumber : Soompi 

IKLAN