Para pelajar pasti akan terfikir-fikir apakah kriteria penting memilih institusi pengajian yang terbaik selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau STPM. Selain memilih bidang pengajian yang sesuai, tempat sambung belajar juga memainkan peranan penting.
Memang bertuah rasanya bila dapat tinggal dikawasan universiti yang bersih, cantik serta lengkap dengan kemudahan.
Berikut REMAJA senaraikan 10 universiti seluruh dunia dengan seni bina yang unik dan menarik!
1. The La Trobe Institute for Molecular Science, La Trobe University Australia
La Trobe Institute for Molecular Science dibuka pada tahun 2013. Seperti namanya, jabatan ini mempunyai reka bentuk struktur molekul. Tingkapnya berbentuk seperti atom yang saling bersambung. Selain itu, tiang bangunan berbentuk seperti huruf X dan Y yang mewakili kromosom.
2. Universiti Yale – New Haven, Connecticut
Bangunan universiti ini berunsurkan Gothic Victorian dan Ivy League. Merupakan institut ketiga tertua di Amerika Syarikat.
3. Universiti Helsinki – Helsinki, Finland
Indah dengan warna-warna bangunan pastel dan yang paling mengagumkan ialah taman botani universiti. Ia menyimpan pelbagai jenis tumbuhan untuk tujuan penyelidikan sehingga 10 ekar.
4. The Hive, Nanyang technological University Singapura
Ads
Mengapa ia dipanggil The Hive? Kerana reka bentuk bangunan kampus ini menyerupai dan diilhamkan oleh sarang lebah. Bangunan Universiti Teknologi Nanyang Singapura dirancang oleh Thomas Heatherwick.
5. Weissman Art Museum, University of Minnesota, Amerika Syarikat
Frank Gehry ialah arkitek di sebalik terciptanya reka bentuk unik Koleksi Seni Weissman University of Minnesota. Bangunan muzium ini mempunyai dua sisi. Satu sisi adalah tembok bata, berpadu dengan bangunan bersejarah di sekitar muzium. Sebelah lagi, bangunan ini dilapisi dengan kepingan keluli khas.
6. Kuggen Building, University of Gothenburg, Sweden
Bangunan Kuggen mempunyai bentuk silinder. Bangunan merah yang menyerlah ini adalah tempat untuk pelajar Program Master yang mengambil jurusan Game Design dan juga tempat untuk perpustakaan Chalmers.
Ads
Dalam bahasa Sweden, perkataan ‘kuggen’ bermaksud gear. Bermaksud bangunan ini mewakili hubungan antara dunia akademik dan bidang komunikasi digital dan media yang terus dikaji di bangunan tersebut.
7. West Campus Union, Duke University, Amerika Syarikat
Bangunan universiti seperti kotak kaca ini merupakan pintu masuk moden antara seni bina neo-Gothic dari bangunan asal dan ruang sosial pelajar.
Ini kerana ketika West Campus Union di Duke University, North Carolina memerlukan pengubahsuaian, nampaknya para arkitek melakukan lebih dari sekadar mengembalikan reka bentuk asal tahun 1920-an.
8. The Diamond, Bangkok University, Thailand
Ads
Bangunan ini diberi nama The Diamond kerana berbentuk seperti berlian. Reka bentuknya diilhamkan bagi misi Universiti Bangkok untuk membuka kreativiti yang ada pada pelajarnya. Di dalamnya, terdapat banyak ruang belajar yang terang dan lapang, dewan kuliah, studio, dan pusat inkubasi perisian.
9. Sharp Centre for Design, Ontario College of Art and Design, Kanada
Pusat Reka Bentuk Sharp bukan hanya bangunan ikonik milik Ontario College of Art and Design, tetapi juga di kota Toronto.
Bangunan ini didirikan pada tahun 2004 dengan bentuk menyerupai meja. Kaki diperbuat daripada 12 kepingan keluli dan berwarna terang.
10. UTS Business School, University of Technology Sydney, Australia
Fakulti dibuka pada tahun 2015. Pengkritik pada masa itu segera membandingkan reka bentuk bangunan itu dengan beg kertas coklat.
Oleh itu, Gabenor Jeneral Australia ketika itu, Peter Cosgrove berkata, “Beg kertas yang paling cantik yang pernah saya lihat.”
Jadi antara semua ni, mana korang rasa paling unik?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, tanah suci Makkah memperlihatkan pembangunan serba moden dan tinggi melangit di sekeliling titik tumpunya, Masjidil Haram.
Ini secara tidak langsung menerbitkan rasa gentar dalam kalangan masyarakat beragama Islam tempatan yang serba tahu mengenai tanda-tanda kecil apabila hari Kiamat semakin dekat. Seperti yang disebut-sebut oleh Nabi Muhammad SAW, salah satu petanda jelas akhir zaman adalah apabila masyarakat dunia berebut-rebut membina bangunan pencakar langit dan ia telahpun berlaku secara drastik termasuklah di tanah suci.
Terbaru, perancangan sebuah pusat membeli-belah yang terletak di Makkah telah menjadi perbualan ramai.
Mengikut laporan agensi berita Saudi, pegawai di negara itu telah memeterai perjanjian membina dan mengendalikan pusat beli-belah mewah yang akan dikenali sebagai Masar Mall.
Perjanjian kerjasama pembangunan Masar Mall ini melibatkan syarikat tempatan, Umm Al-Qura sebagai syarikat pembangunan & binaan, pemilik dan pelaksana projek serta Hamat Holding.
Ia telah ditandatangani oleh CEO Umm Al-Qura bagi Pembangunan dan Binaan iaitu Yasser Abu Atiq dengan pengerusi Hamat Holding, Saleh Al-Habib.
Dengan memakan belanja sebanyak Saudi Riyal 2.7 bilion atau kira-kira RM40.9 bilion, kerja-kerja pembinaan Masar Mall dijangka selesai pada 2026.
Kalau korang hendak tahu, Masar Mall akan dibangunkan pada tapak melebihi keluasan 71,000 meter persegi dan akan menyediakan ruang membeli-belah melebihi 130,000 meter persegi.
Pembangunan yang terletak di pintu masuk bahagian barat Masar ini juga dikatakan ingin memajukan bahagian tanah suci itu sebagai pusat membeli belah dengan peralatan canggih, pusat berlibur dan pusat projek kebudayaan yang terletak di bahagian barat kota Makkah.
Tambahan pula dengan lokasi yang mudah diakses menerusi lebuh raya utara & selatan King Abdul Aziz serta stesen kereta api Haramai, ramai pengunjung dijangka akan ke sini setelah ia selamat dbangunkan.
Hhm..elok-elok Makkah menjadi tanah suci untuk umat Islam beribadah, semakin lama ia seakan sudah terlajak dari trek dan kini bakal menjadi lokasi bercuti pula.
Ingatlah, Umar r.a pernahberkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Kelak penduduk Mekkah akan keluar meninggalkan Mekkah; kemudian yang meninggalkan itu tidak akan kembali lagi kecuali hanya sebahagian kecil sahaja. Kemudian yang sedikit itu menjadikan kota itu penuh bangunan. Kemudian mereka keluar lagi dari kota itu dan tidak kembali selamanya “ – (Riwayat Ahmad).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyingkiran Naufal Azrin sebagai peserta kedua tersingkir dari pentas Big Stage semalam ternyata memberi kejutan kepada semua. Hal ini kerana baru sahaja minggu lepas, juri tetap iaitu Aina Abdul dan Ajai menggunakan peluang Imuniti-X untuk menyelamatkan penyanyi tersebut dari tersingkir dengan menggantikan tempatnya dengan Isaac Voo.
Namun, juri tetap Aina Abdul turut mengakui bahawa dia sudahpun menyangka penyanyi tersebut akan terkeluar di sidang media semalam,
“Bagi pendapat saya, saya memang bersetuju dengan kedudukan dia di ‘bottom 3’. Kita tak gunakan Imuniti-X sebab dia tak sahut cabaran yang telah kami berikan minggu lepas dengan sebaiknya,
“Namun saya dan abang Ajai percaya bahawa suaranya lebih sesuai sebagai artis rakaman, rezekinya saya percaya lebih banyak di luar sana. Bagi aspek pertandingan pula, mungkin kurang sesuai untuknya,” akuinya kepada pihak media semalam.
Penyanyi lagu Terus Hidup itu juga memuji penambahbaikan yang ditunjukkan oleh kumpulan COEX dari segi vokal bagi minggu ini.
“Saya memang tak ramal COEX akan terkeluar. Bagi saya, sayanglah untuk kita keluarkan diorang sebab baru minggu ini kita dapat lihat kualiti vokal mereka. Maka kita perlu bagi mereka peluang untuk kekal di pentas Big Stage buat masa ini,
“Tambahan lagi, sudah dua minggu berturut-turut Aina bagi diorang markah penuh bagi kreativiti. Sebab COEX sendiri tak pernah beri ‘diskaun’ kepada kita dari segi persembahan,” puji penyanyi itu.
Walaubagaimanapun dirinya cukup arif akan kekurangan kumpulan penyanyi itu dari segi kekuatan vokal yang semestinya harus diutamakan sekiranya mereka mahu kekal bertanding di minggu-minggu akan datang.
“Cuma diorang ‘very lacking’ dari segi vokal dan disebabkan ini merupakan sebuah pertandingan nyanyian maka kita kena sentiasa utamakan aspek tersebut,
“Walaupun COEX berada di kedudukan tiga terbawah tapi dari ‘first half of the song’, baru kita dapat dengar suara kelima-lima ahli dengan jelas. Sebutir-butir nyanyian itu sampai bagi saya,” jelas juri tetap Big Stage itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Beberapa tahun lalu, rakyat Malaysia terpaksa ‘terbang’ ke Australia sekiranya mereka teringin sangat untuk merasai aiskrim Ben & Jerry’s.
Namun, kita bertuah apabila Ben & Jerry’s kemudiannya diperkenalkan untuk kali pertama di Malaysia pada September 2019. Cawangan sulungnya dibuka di kompleks membeli-belah Sunway Pyramid dan ramai yang teruja dengan pembukaan tersebut!
Namun semalam, jenama aiskrim tersebut telah mengumumkan mereka telah mengambil keputusan untuk menutup cawangan itu dan tidak lagi akan beroperasi di Malaysia selepas mereka mengalami cabaran dan kerugian akibat pandemik Covid-19. Apabila jumlah pengunjung ke shopping mall semakin menurun, maka semakin mencabarlah untuk kebanyakan stor mempertahankan perniagaan mereka.
Sayang sekali kerana kami menjangkakan Ben & Jerry’s akan mengembangkan jenama ke shopping mall lain. Namun lain pula jadinya.
“Selepas betul-betul mempertimbangkan perniagaan kami dan cabaran untuk beroperasi di negara ini semasa pandemik global, kami mengesahkan keputusan kami untuk ‘keluar’ daripada pasaran Malaysia.
“Kami ingin berterima kasih kepada peminat Ben & Jerry’s, kepada semua yang telah menikmati produk kami di Scoop Shop dan menyertai aktiviti-aktiviti kami di Kuala Lumpur. Akhir sekali, kami berterima kasih kepada pekerja dan rakan kami yang telah membantu menjadi pengalaman ini menyeronokkan dan bermakna.”
Apakah di antara perisa kegemaran korang daripada Ben & Jerry’s? Penulis amat menyukai Tripple Caramel Chuck dan Chocolate Fudge Brownie!
Nampaknya kita kehilangan satu lagi ‘nikmat’ makanan dan minuman di Malaysia.
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.