Sudah menjadi kebiasaan pada setiap akhir tahun, terdapat banyak penilaian dan tinjauan yang dibuat untuk menyenaraikan antara individu paling kacak dan cantik sepanjang tahun. Banyak kategori yang dipilih sama ada dalam bidang hiburan atau pun tidak.
Seperti kebiasaanya, TC Candler antara pihak yang akan membuat penilaian dan berkongsi senarai individu-individu paling kacak dan jelita setiap tahun. Penilaian biasanya dibuat berdasarkan tahap populariti setiap calon yang dinominasi. Proses awal dilakukan di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.
Tahun ini, 10 bintang lelaki k-pop antara yang tersenarai dalam 100 Wajah Paling Kacak 2021 dan berikut kami senaraikan antara selebriti-selebriti yang berjaya memikat hati peminat.
Wah, nampaknya ahli kumpulan BTS mendominasi carta lelaki paling kacak tahun ini ya. Macam mana dengan keputusan ini, korang setuju ke tidak? Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kali ini Netflix kembali dengan drama siri terbaru yang bertajuk Abyss menggabungkan Park Bo-Young dan Ahn Hyo-Seop sebagai pelakon utama. Jalan penceritaan kali ini, bersifat fantasi. Ala, ada iras Goblin yang jalan ceritanya tak masuk akal langsung tapi korang still ‘layan’.
Bagi penggemar K-Drama, pasti sudah menonton episod satu dan dua yang kini sudah ditayangkan di Netflix.
Kisah seorang pengasas kosmetik yang berjaya iaitu Cha Min (Ahn Hyo-Seop) dan seorang Pendakwa Raya cantik Ko Se-Yeon (Park Bo-Yong) terlibat dalam kemalangan ‘kecil’ batu Abyss yang boleh merubah wajah manusia bergantung kepada personaliti individu tersebut.
Maknanya kalau orang tu buruk tapi berhati mulia, wajah mereka akan menjadi kacak atau cantik lah?! 😛
Tentu sekali Cha Min yang pada awalnya berwajah buruk menjadi kacak kerana mempunyai sifat mulia terhadap keluarga dan masyarakat. Manakala Ko Se-Yeon pula terperangkap dalam wajah yang berbeza kerana personalitinya yang kurang menyenangkan umum.
Menariknya drama ini, dua watak utama ini sebenarnya berkawan rapat dan Cha Min pernah menyimpan perasaan terhadap Ko Se-Yeon. Macam menariknya je story line cinta kali ini?
Walaupun drama baru saja bermula, akan tetapi ia telah mendapat sambutan menarik dan jalan ceritanya pun mengujakan. Ini yang tak sabar nak tunggu episod 3 di Netflix ni!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tinggal kurang dua minggu saja lagi sebelum kita ucapkan selamat tinggal kepada tahun 2018.
It has not been an easy year.
Tetapi tahun ini 100% sangat interesting pada pandangan penulis. Ia dipenuhi dengan pelbagai kejadian dan perkara viral yang tak masuk akal, sehinggakan ada perkara yang buatkan kita terasa tak boleh ‘nak brain’!
Hhm, tanda-tanda dah lebih tua ke ni? Hehe..
Jom tengok 8 kejadian pada tahun ini yang mengingatkan kita bukan lagi semuda dulu gaiss!
06
Dah Boleh Vote
9 Mei lalu telah menyaksikan tarikh bersejarah apabila rakyat Malaysia turun padang untuk Pilihan Raya Umum ke-14 dan ternyata, ia berpihak kepada parti Pakatan Harapan. PRU kali ini juga menyaksikan 5 juta pengundi kali pertama berdaftar dengan SPR berbanding 600,000 orang pada PRU ke-13.
Penulis juta salah seorang daripadanya! Bila dah boleh tentukan pemimpin negara ni, rasa macam orang dewasa pula.
05
Panjat Stadium
11 Disember lalu, lebih 87,000 peminat sukan bola sepak negara telah berkumpul di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberikan sokangan padu pada Harimau Malaya ketika mereka bertemu Vietnam sempena pusingan akhir Piala AFF Suzuki 2018.
Tapi bila penulis terpaksa panjat tangga nak sampai ke seat teratas di tingkat 3, rasa lenguh kaki dan dada tercungap tu tak perlu cakaplah.
Trend kahwin muda is taken to a whole new level apabila ramai remaja bertindakkahwin muda pada tahun ini. Lalu, mereka terpaut dengan kisah viral di media massa dan portal.
Ramai juga selebriti Malaysia yang berkahwin atau bertunang pada usia muda pada tahun ini. Elvina Mohammad telah bergelar Datin pada usia 23 tahun selepas berkahwin, tahun ini. Eyra Hazali juga telah bertunang minggu lalu pada usia 19 tahun.
Penulis? Hhm, single sampai masuk 30-an lah jawabnya. Tua!
03
Kau Lagi Matang
Milie Bobby Brown dan Noah Schnapp dari Strangers Things
Child stars atau selebriti kanak-kanak selalu silih berganti. Mereka pun ada peranan penting dalam industri lakonan dan nyanyian.
Cuma apabila selebriti kanak-kanak yang meletop pada tahun 2018 mempunyai wajah matang, penulis mula merasakan diri ni dah tua. Weh, baru 13 tahun muka dah macam 20 tahun!
Antaranya termasuklah Millie Bobby Brown (14), Noah Schnapp (14), Jacob Trembley (12), Grace VanderWaal (14) dan Sabrina Carpenter (19)
Sekali lagi, Yusuf Iskandar mengingatkan yang kita dah tua!
November lalu, bapanya yang juga merupakan pelakon Hairul Azreen telah memuat naik video dengan reaksi terkejut apabila Yusuf sudah mahir menggunakan chopstick.
Minggu ini semasa Hairul berkongsi video mereka sekeluarga di Masjid Al-Haram Mekah, Yusuf sekali lagi membuatkan ramai netizen ‘melting’ dengan ayat “Mommy is Hanis, Daddy is Hairul, Yusuf is Kandar”.
Tahun ini menyaksikan kembalinya pencarian Dewi Remaja yang telah memasuki edisi ke-10! Penulis berpeluang untuk turut serta di dalam sesi ujibakat yang berlangsung pada September dan Oktober lalu.
Tell you what, walaupun mereka berusia 18-24 tahun, namun pengalaman, kisah hidup susah, kejayaan dan kematangan mereka tak menampakkan mereka semuda itu. Ramai remaja perempuan kita yang matang dan boleh berdiri di kaki sendiri.
Okay, aku terasa tua lagi..
Cer teka berapa umur kami? Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kami pasti ramai yang tak sabar untuk menyambut ambang 2020 pada minggu hadapan.
Bagi korang yang masih belum mempunyai perancangan untuk menyambut di mana-mana, apa kata korang ke lokasi biasa, Dataran Merdeka kerana dengarnya, ada sesuatu yang menarik di sana.
Ia adalah lokasi rasmi untuk Kementerian Pelancongan Seni & Budaya, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Komunikasi & Multimedia untuk menganjurkan acara Ambang 2020 @ Kuala Lumpur pada Selasa minggu hadapan.
Selain bakal dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, kami tak sabar untuk menyaksikan pertunjukan cahaya di langit yang akan berlangsung selama 10 minit tanpa henti. 11 formasi menarik akan dipancarkan untuk menggambarkan keistimewaan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Mungkin ke ia akan menjadi seperti pertunjukan drone di China ini?
Bagi yang berminat untuk ke Dataran Merdeka nanti, pihak kementerian menasihatkan korang agar menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, KTM, MRT, bas Rapid KL dan bas pengantara kerana lalu lintas dijangka sesak sepanjang hari dan malam.
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!