
Apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, pasti syarikat-syarikat di Malaysia akan muncul dengan pelbagai idea pemberian kepada wakil media seperti kami di REMAJA.
Antara jenis pemberian yang selalu datang sebelum Raya ini termasuklah hamper kuih raya, kurma, soft toys (yes!) dan juga sampul duit raya. Bercakap mengenai sampul ini, masing-masing tak nak kalah dengan rekaan berbeza pada setiap tahun. Jom kita tengok macam mana rupa sampul jenama besar di Malaysia ini, in random order.
BACA: DIY Je Sampul Duit Raya, Betul-Betul Jimat Weh!
01
LEGO & LEGOLAND Malaysia

02
Media Prima #TerimaKasih

03
SAMSUNG Malaysia

04
MINI Malaysia

05
Swarovski

06
NTV7 #feelingramadanraya

07
BMW Malaysia

08
ASTRO #meriahbersama

09
BMW Motorrad Malaysia

10
tonton.my

Mungkin juga ada di antara korang yang akan menerima sampul-sampul ini pada Aidilfitri kali ini?
So mana yang paling cantik?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lantang Bersuara Demi Keamanan, Macklemore Bakal Hangatkan Litar Antarabangsa Petronas Sepang Di Konsert After Race Fest

Nama Macklemore kembali diperkatakan oleh rakyat di Malaysia pada tahun 2024 setelah penyanyi rap berusia 41 tahun itu secara lantang bersuara untuk keamanan negara Palestin serta rakyatnya.
Di saat kebanyakan selebriti Barat terutamanya dari Hollywood memilih untuk berdiam diri demi menjaga periuk nasi masing-masing, Macklemore atau nama sebenarnya, Benjamin ‘Ben’ Hammond Haggerty memilih untuk menyatakan pendiriannya dan menolak kekejaman yang diperlakukan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin sejak bulan Oktober, tahun lalu.

Malah, Macklemore brought the sentiment onto another level dan meluncurkan single berjudul Hind’s Hall pada 7 Mei 2024 sebagai tanda solidaritinya terhadap Palestin. Judul lagu tersebut merujuk kepada sebuah bangunan akademik Hamilton Hall di Universiti Columbia, Amerika Syarikat.
Lokasi tersebut menjadi saksi kepada protes besar-besaran para pelajar yang diugut oleh pihak pentadbiran universiti dengan tindakan dibuang institusi sekiranya tidak menghentikan laungan menolak kekejaman Zionis Israel.
Bangunan itu kemudiannya digelar sebagai Hind’s Hall bagi memperingati kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang dipercayai telah dibunuh oleh tentera Israel pada 29 Januari 2024.
Susulan peluncuran single Hind’s Hall tersebut, wargamaya Malaysia menyeru agar mana-mana pihak penganjur tempatan untuk membawa Macklemore menjayakan persembahan di Malaysia demi memperkuatkan lagi mesej keamanan yang dilaungkan oleh rakyat di sini.

Well, we do not have to wait much longer apabila Macklemore bakal menghangatkan Helipad Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 3 November ini untuk konsert After Race Fest.
Konsert anjuran HIFIVE Entertainment ini adalah bersempena penutupan perlumbaan Moto GPTM. Ia bukan sekadar acara hiburan di atas pentas sahaja khas untuk pengunjung perlumbaan tetapi turut dimeriahkan dengan persembahan dron serta bunga api.

Kongsi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Petronas Sepang iaitu Azhan Shafriman Hanif, perlumbaan dan penganjuran konsert pada tahun ini juga bertambah istimewa apabila ia juga selari dengan ulang tahun ke-25 pembukaan trek antarabangsa itu.
Selain Macklemore, turut serta menghiburkan pengunjung nanti adalah kumpulan rock Amerika Syarikat dari era 1990-an iaitu Smash Mouth, Feel Koplo, De Fam, Nidji dan 6ixth Sense. Lebih ramai lagi barisan penghibur yang akan diumumkan kemudian bagi mendapatkan sasaran 10,000 ke 15,000 pengunjung bagi menghadiri konsert berkenaan.


Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masjid Sediakan ‘Jaket Solat’ Untuk Jemaah Berpakaian Kurang Sesuai, Raih Pujian Ramai

Masjid Al Muhajirin menerima pujian netizen selepas pihak pengurusannya menyediakan jaket solat khas untuk dipakai oleh jemaah lelaki yang hadir dengan pakaian kurang sesuai, khususnya kemeja-T yang mempunyai visual atau grafik yang boleh mengganggu tumpuan ketika solat.
Inisiatif tersebut dikongsikan oleh seorang individu menerusi akaun Threads, zhrfsohod, baru-baru ini dan pantas meraih perhatian warga maya.
Seperti yang kita sedia maklum, pemakaian ketika solat bukan sekadar soal menutup aurat, tetapi turut melibatkan adab dan kesopanan.
Pakaian dengan imej keterlaluan, mesej sensitif atau visual mencolok mata boleh mengganggu kekhusyukan jemaah lain.
Daripada menegur secara terbuka atau memalukan individu tertentu, pihak masjid memilih pendekatan lebih lembut dan praktikal dengan menyediakan jaket solat untuk kegunaan jemaah.

Pada poster yang disediakan, tertera pesanan:
“Jika anda rasa baju anda mengganggu solat jemaah di sekeliling, sila pakai jaket solat yang telah disediakan oleh pihak masjid.”
Pendekatan ini dilihat sebagai satu bentuk teguran berhemah tidak memalukan, tidak menghukum, tetapi tetap menjaga adab rumah Allah. Malah, penyediaan jaket solat ini memberi pilihan kepada jemaah untuk memperbaiki keadaan tanpa rasa tertekan.
Masjid Sediakan ‘Jaket Solat’ Raih Pujian Netizen
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan tersebut dan menyifatkannya sebagai langkah matang serta penuh hikmah.
Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa pendekatan seperti ini lebih efektif berbanding teguran keras kerana ia mendidik tanpa menjatuhkan air muka sesiapa.
Dalam konteks masyarakat moden yang lebih sensitif terhadap teguran terbuka, pendekatan lembut sebegini dilihat lebih sesuai dan berkesan.
Ramai menyifatkannya sebagai contoh terbaik bagaimana institusi masjid boleh menegur dengan cara beradab sambil mengekalkan suasana ibadah yang selesa dan harmoni.


Masjid Sebagai Ruang Inklusif dan Harmoni
Usaha ini jelas bertujuan menjaga kesopanan serta menghormati jemaah lain, tanpa menyekat kehadiran sesiapa. Penyediaan jaket solat dilihat sebagai solusi seimbang mengekalkan keterbukaan masjid, dalam masa sama memastikan kekhusyukan solat tidak terganggu.
Dalam suasana masyarakat yang pelbagai latar belakang, pendekatan inklusif seperti ini amat penting. Masjid bukan sahaja tempat ibadah, tetapi juga pusat penyatuan ummah. Justeru, setiap langkah yang diambil perlu mempertimbangkan aspek pendidikan, kasih sayang dan kebijaksanaan.
Walaupun nampak ringkas, inisiatif jaket solat ini membuktikan bahawa pendekatan kecil dan praktikal mampu memberi impak besar dalam membentuk budaya saling menghormati ketika beribadah.
Ia juga memperlihatkan bahawa teguran tidak semestinya datang dalam bentuk kata-kata keras, sebaliknya boleh dizahirkan melalui tindakan yang penuh hikmah.
Sumber: Threads zhrfsohod
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Koleksi Kopi Eksklusif BTS Kini Dijual Di Kedai Serbaneka Dengan 14 Rekaan Unik

Berita baik buat ARMY Malaysia!
Sebuah kedai serbaneka telah melancarkan rangkaian kopi baru yang menampilkan 14 reka bentuk menarik dihiasi wajah ahli kumpulan BTS.
Kopi BTS Special Package ini diadaptasi daripada album terbaru mereka Map Of The Soul:7 dan korang boleh dapatkan koleksi eksklusif ini di seluruh cawangan 7-Eleven Semenanjung Malaysia.
Didatangkan dengan rekaan tin berwarna hitam dan emas, BTS Special Package Cold Brew Americano 270ml hadir dalam tin berwarna hitam, manakala BTS Special Package Hot Brew Vanilla Latte 270ml dengan tin berwarna emas yang menarik.



BTS special packaged coffee ini sudah boleh didapati bermula pada 23 Mei lalu. Jangan risau, status kopi ini adalah halal. Hiks!
Nah, apa lagi ARMY semua cepat dapatkan koleksi terhad ini.
Sumber: KL Foodie
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

