Setiap kali Apple mengadakan acara memperkenalkan peranti baru, seluruh dunia akan heboh memperkatakan apakah pembaharuan baharu diperkenalkan oleh mereka. Pada awal pagi semalam waktu Malaysia, Apple memperkenalkan barisan peranti baharu mereka yang terdiri daripada iPhone Xs, iPhone Xs Max, iPhone XR dan Apple Watch Series 4.
Yang paling menarik perhatian pastinya dua model flagship terbaru iPhone iaitu model Xs dan Xs Max. Jadi apakah pembaharuan atau upgrade terbaru yang diketengahkan oleh Apple? Jom ikuti 10 perkara di bawah!
Warna Baru
Actually ini bukanlah perkara baru kerana setiap kali memperkenalkan iPhone terkini Apple pasti mengetengahkan warna berbeza daripada yang sebelumnya. Pada iPhone Xs & iPhone Xs Max ia ditawarkan dalam warna space grey, silver dan warna baru, gold.
Tahan lasak
Pada majlis pelancarannya yang berlangsung pada awal pagi ini, Apple mengatakan mereka membekalkan penggunaan glass yang lebih tahan lasak pernah diguanakan dalam mana-mana telefon pintar. Dengan rating best-in-class IP68 dust and water resistance, ia merupakan penambah baik yang pasti menggembirakan peminat jenama ini.
Skrin OLED
Kedua-dua iPhone Xs yang bari menerima penambahbaikan skrin Super Retina yang memaparkan OLED dislpaly 5.8 inci untuk iPhone Xs dan 6.5 inci untuk iPhone Xs Max dengan pixel density 458 ppi.
BACA: 6 Nama Pelik Handphone Nokia Yang Pernah Popular Suatu Masa Dahulu
Chip A12
Cip pemproses untuk iPhone juga sering menjadi perjatian utama dengan kali ini kereka memperkenalkan A12 Bionic untuk ketiga-tiga model baru. Ia merupakan upgrade daripada pemproses sebelum ini, A11 Bionic. Menerusi cip terbaru ini ia memberikan lebih 50% kepantasan berbanding A11.
LCD Terbaik Untuk iPhone XR
Selain dua model iPhone Xs, Apple juga memperkenalkan peranti entry-level, iPhone XR yang menggunakan skrin LCD terbaik dalam pasaran. Dengan teknologi Liquid Stamina ia memberikan paparan terbaik LCD dengan resolusi 1792 x 828 dan 326 ppi.
Face ID Lebih Pantas
Penggunaan Face ID mula diperkenalkan pada iPhone X yang dilancarkan pada tahun lepas. Untuk model terbaru kali ini, Apple telah melakukan upgrade pada sistem Face ID dengan kadar reaksi 30% lebih pantas. Dengan bantuan cip A12 dan juga TrueDepth Camera, ia memberikan fungsi Face ID pada kadar lebih hebat.
Kamera
Kamera utama yang mempunyai dua lensa masih sama seperti model tahun lalu namun terdapat banyak penambahbaikan yang baru. Sebagai contoh mereka memperkenalkan TrueDepth di mana pada fungsi potrait, pengguna boleh mengawal aras bokeh yang dikehendaki secara manual.
Bateri
Ini merupakan antara faktor yang sering dipandang serius oleh pengguna. Apple mengatakan menerusi iPhone Xs mereka menawarkan bateri yang boleh bertahan lama. Jika dibandingkan dengan iPhoneX, model terbaru ini mempunyai lebih 30 minit jangka masa penggunaan bateri. Manakal untuk iPhone XS Max, lebih sejam tambahan penggunaan masa.
Memori
Jumlah storan dalaman juga salah satu perkara yang dianggap penting oleh pengguna. Menerusi iPhone Xs & Xs Max yang baru, Apple memperkenalkan storan terbesar dalam sejarah iPhone iaitu 512GB. Terdapat tiga variasi storan dalaman yang ditawarkan iaitu 64GB, 256GB dan 512GB.
Tarikh release
Kedua-dua telefon pintar flagship Apple akan dikeluarkan pada 21 September 2018 (untuk pasaran Amerika Syarikat) dan pra-pesanan boleh dilakukan pada esok, 14 September 2018. Manakala untuk iPhone XR pula ia akan berada di pasaran pada 26 Oktober 2018.