Pertama sekali Remaja ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah buat kamu yang mendapat keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini. Kerja keras yang telah kamu curahkan selama ini berserta doa daripada ibu bapa dan guru telah membuahkan hasil yang pastinya juga menggembirakan mereka.
Buat kamu yang tidak mendapat keputusan cemerlang, jangan bersedih. Perjalanan menuju masa depan masih jauh dan terdapat pelbagai jenis opsyen untuk kamu terokai. Jadikan ia sebagai cabaran buat kamu untuk berusaha lebih kerasa dan baik pada masa akan datang.
Tamat SPM beerti tamatlah sudah dunia persekolahan buat kamu (kecuali yang mengambil STPM nanti). Dan tidak lama lagi kamu akan melangkah ke dunia baru yang lebih mencabar iaitu dunia pengajian di IPT. Kali ini Remaja ingin kongsikan 10 perkara yang akan kamu hadapi bila tamat SPM dan memasuki dunia IPT nanti.
1. Perlu lebih berdikari
Kemungkinan besar selepas ini kamu semua akan menyambung pelajaran ke pelbagai jenis universiti, kolej, politeknik atau pusat pengajian latihan teknikal. Melainkan yang sudah biasa tinggal di asrama sebelum ini, kamu akan mula belajar untuk hidup berdikari. No more suruh mak tolong basuh baju.
2. Harus pandai jaga kewangan
Kamu kini sudah berusia 18 tahun dan dalam beberapa tahun lagi sudah boleh digelar orang dewasa. Perjalanan masa depan masih jauh tetapi kamu harus mula belajar untuk mengawal perbelanjaan dan kewangan. Kalau tak kena gaya kamu kena belajar bagaimana nak ikat perut. Percayalah, jika kamu mulakan tabiat berbelanja dengan baik dari sekarang pasti masa depan kamu lebih terjamin.
Ads
3. Harus belajar buat keputusan sendiri
Bila hidup berdikari di tempat belajar yang jauh dari keluarga, pastinya setiap keputusan akan dibuat sendiri. Latihlah diri untuk lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada kedua ibu bapa. Belajar untuk cuba cari jalan penyelesaian dalam hal-hal kehidupan seharian.
4. Mula berjauhan dengan rakan-rakan sekolah
Mahu atau tidak itulah yang akan kamu alami. Selepas tamat sekolah pasti tidak akan selalu berjumpa dengan mereka, melainkan yang betul-betul rapat sahaja. Apatah lagi kalau masing-masing dapat sambung belajar di tempat berbeza yang jauh.
5. Pendekatan cikgu dan pensyarah yang berbeza
Melangkah ke alam universiti kamu akan berdepan dengan cara pembelajaran yang sedikit berbeza. Pendekatan serta corak mengajar pensyarah mungkin sedikit berbeza dengan cikgu di sekolah. Bai pensyarah kamu bukan lagi budak-budak hingusan. Dan jangan expect perhatian itu diberikan kepada budak-budak kelas kamu sahaja.
Ads
6. Akan lebih menghargai kenderaan awam
Mungkin semasa di sekolah dahulu kamu dihantar ke sekolah atau menaiki bas sekolah yang datang menjemput di depan rumah. Tapi bila sudah hidup berdikari kamu akan lebih kerap menggunakan kenderaan awam dan berdepan situasi kena menunggu; yang kadang-kadang agak lama.
7. Dapat kawan baru dari pelbagai negeri
Semasa belajar di IPTA atau IPTS kamu akan mula mengenali ramai kenalan baru yang datang dari tempat berbeza. Di sinilah kamu akan mula kenal dengan budaya, loghat dan juga personaliti rakan-rakan baru yang sangat berbeza.
Ads
8. Kena biasakan diri dengan assignment
Kamu mungkin beranggapan bahawa assignment di pusat pengajian tinggi ini lebih kurang sahaja dengan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu dahulu. Actually, kamu silap besar jika berfikiran begitu. Assignment ini boleh datang dalam pelbagai jenis ‘bentuk’ dan ‘rupa’. Tak kena gaya kamu kena menyiapkannya dalam tempoh lama. Cuba tanya senior-senior bagaimana, barulah kamu tahu langit tinggi rendah. Hehe.
9. No more uniform sekolah
Inilah antara perkara yang sangat dinantikan oleh kamu semua bukan? Peraturan pakaian di setiap pusat pengajian tinggi awam atau swasta berbeza-beza. Tapi apa yang pasti kamu tidak lagi perlu memakai baju sekolah. Jadi inilah masa untuk kamu explore gaya fesyen terkini dan menampilkan personaliti.
10. Akan mula kenal erti nasi bujang
Besar kemungkinan ramai di antara kamu tidak tahu apa itu ‘nasi bujang’. Kalau nak tahu inilah menu yang biasa diamalkan oleh pelajar-pelajar di IPT bila poket sudah semakin kering. Menu yang pasti dikenali oleh semua senior kamu ini ialah nasi putih, telur dadar/mata kerbau dan sup kosong. Ketahuilah nikmat makan ‘nasi bujang’ ini akan kamu fahami suatu hari nanti.
Kredit foto: Gantung the Series & IG Finalis Hero Remaja, Ikmal Amry
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada usia 23 tahun, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan salah seorang putera raja di Malaysia yang diikuti rapat oleh ramai remaja.
Akaun media sosial rasmi untuk kerabat diraja Pahang iaitu House of Pahang menjadi antara yang pertama mengucapkan tahniah di atas Hari Ulang Tahun Keputeraan YAM Tengku.
“Patik-patik di House of Pahang mendoakan mudah-mudahan YAM Tengku Arif Bendahara dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT,” catit mereka.
Jom kenali YAM Tengku dengan lebih dekat lagi.
01
YAM Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah ialah putera ketiga kepada pasangan diraja Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Putera kedua YAM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ialah Tengku Mahkota Pahang dan baginda berdua hanya dibezakan 2 tahun saja. Di bawah baginda berdua ialah YAM Tengku Ahmad Ismail Muadzam Sham iaitu Tengku Panglima Muda yang baru berusia 19 tahun.
02
Sebelum mural gergasi yang memaparkan pemimpin negara termasuk potret Yang di-Pertuan Agong dimusnahkan akibat perbuatan vandalisme, YAM Tengku sempat mengiringi Baginda dan Raja Permaisuri Agong untuk melawat mural tersebut di Taman Cahaya Alam U12, Shah Alam.
Turut serta ialah Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.
03
Seperti kerabat diraja Pahang yang lain, YAM Tengku juga tidak kekok untuk mencemar duli melawat ke kawasan mangsa bencana di sekitar negeri Pahang terutamaya apabila berlaku bencana alam seperti banjir, angin kencang dan ribut.
Sumbangan bantuan pasti akan dikurniakan baginda kepada mangsa yang terlibat.
04
Selain itu, satu perkara yang menyatukan kerabat diraja Pahang tentunya adalah bidang sukan.
YAM Tengku tidak terkecuali dan cukup aktif bersukan dalam pelbagai cabang. Antaranya termasuklah bola sepak, sukan polo dan golf.
Bersama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen.
*
Jom baca serba-sedikit info mengenai kekanda Tengku Mahkota Pahang pula.
Dah viral di media sosial apabila gambar-gambar selebriti lelaki diedit bertukar menjadi seorang wanita di aplikasi Face App. Ramai yang terkejut melihat hasilnya kerana ada diantara mereka yang rupa-rupanya cantik bila menjadi perempuan. Hehe!
Rileks guys. Ini semua hanya suka-suka dan bukanlah nak menjadikan mereka perempuan pun kan?
Jom kita tengok macam mana agaknya bila selebriti lelaki ni kalau mereka jadi perempuan. Cantik ke tidak?
1. Syafiq Kyle
2. Zul Ariffin
3. Faizal Tahir
4. Aizat Amdan
5. Hael Hussaini
6. Izzue Islam
7. Zizan Razak
8. Remy Ishak
9. Shaheizy Sam
10. Syamsul Yusof
11. Ismail Izzani
12. Aliff Satar
13. Aiman Hakim
14. Fattah Amin
15. Henry Golding
Mana satu yang menawan hati uolls?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya kita semua sudah sedia maklum bahawa tumbuhan tular di media sosial baru-baru ini, snake plant yang dikatakan boleh menghilangkan habuk jika diletakkan di rumah adalah tidak benar. Namun begitu, satu lagi kenyataan yang dibuat oleh seorang ahli Kimia ini perlu diberi perhatian oleh masyarakat.
Dr Fatimah Salim melahirkan kembimbangan penyimpanan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata di dalam rumah, lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorganisma seterusnya menjejaskan kesihatan golongan tertentu.
Menurut Felo Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu, tanah adalah tempat paling kondusif untuk mikroorganisma bermandiri kerana kandungan bahan organik, inorganik dan mineral yang tinggi.
Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliate dan setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).
Disebabkan itu tanah tidak sepatutnya disimpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini.
Alternatif lain
Terdapat alternatif kepada tanah jika korang ingin menanam pokok di dalam rumah dan antaranya adalah tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.
Kalau nak guna air sahaja pun boleh tetapi korang harus rajin menukarnya untuk mengelakkan pembiakan nyamuk dan mengurangkan mikroorganisma bermandiri.
Malah menurut Astro Awani, Pusat Racun Negara turut memuat naik status di laman Facebook rasmi mereka bagi menasihati orang ramai terutamanya jika mempunyai anak kecil agar berwaspada kerana pokok tersebut mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Saponin yang boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah, cirit birit dan ruam jika termakan.
Public Health Malaysia juga menasihati peminat indoor plant, berhati-hati sekiranya ada kanak-kanak, haiwan peliharaan dan pesakit kronik di rumah kerana ia boleh menyebabkan beberapa perkara seperti di bawah (dalam gambar).
Kesimpulannya, dalam korang begitu ghairah nak ikut trend tanam tumbuhan di dalam rumah, pastikan sentiasa berwaspada, lebih-lebih lagi terhadap kanak-kanak yang mungkin terdedah dengan bahan aktif Saponin yang berisiko menyebabkan keracunan.