Bila menonton filem mat salleh di kaca TV kadang-kadang timbul tanda tanya apabila melihat mereka selamba je minum air paip.
Tak sakit perut ke dorang minum air tak masak?
Ha, jangan terkejut. Ini semua adalah kerana terdapat negara-negara yang kualiti airnya memang tip top sehingga korang boleh minum terus dari paip tanpa perlu rasa was-was.
Sudah terbiasa dengan budaya di negara mereka, maka tidak hairanlah jika pelancong asing yang ingin berkunjung ke Malaysia bertanya terlebih dahulu sama ada air di negara ini boleh diminum terus dari paip atau tidak.
REMAJA ingin berkongsi info tentang 10 negara yang korang boleh lawati tanpa perlu membawa botol air ketika bersiar-siar kerana air paipnya selamat diminum dan pastinya tidak mengundang sebarang wabak penyakit.
10. Singapura
Negara ini terkenal dengan persekitaran yang bersih dan kehijauan alam semesta yang sering menambat hati pelancong luar. Singapura antara negara Asia yang mempunyai kualiti air terbaik dan pihak kerajaannya juga telah menegaskan bahawa air paip mereka boleh diminum tanpa perlu ditapis.
9. Jerman
Bekalan air di Jerman tidak pernah terganggu dan ini memudahkan rakyat mereka melakukan kerja-kerja harian seperti memasak, membersihkan rumah dan berkebun. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, seramai 92 peratus daripada rakyat Jerman berpuas hati dengan kualiti air minuman mereka.
Ads
8. Kanada
Kerajaan Kanada bertanggungjawab untuk memastikan air minuman mereka selamat diminum dan digunakan oleh rakyat tempatan. Negara ini juga menyediakan garis panduan yang agak strict dengan menubuhkan stesen air bagi semua syarikat swasta dan komersial.
7. Sweden
Di Sweden, terdapat dua loji rawatan air yang membekalkan air minuman tulen kepada 1.3 juta penduduk negara tersebut. Mereka menggunakan teknologi terkini untuk rawatan air.
6. United Kingdom
Ads
Negara ini hanya melaksanakan pengeluaran air mengikut piawaian berdasarkan arahan European Drinking Water Direcive (DWD) dan atas nasihat World Health Organization. Mereka sentiasa memastikan standard sistem air paip berada dalam keadaan yang baik.
5. Itali
Tidak hairanlah makanan Itali sungguh menyelerakan kerana ia disediakan menggunakan air yang paling tulen. Jika anda melawati air terjun di sana, hilangkan rasa dahaga dengan hanya menikmati kesegaran air terjun mereka. Jadi, anda tidak perlu membazirkan wang untuk membeli air mineral.
4. Austria
Selain menjadi antara negara yang paling cantik di dunia, Austria juga tersenarai sebagai salah satu daripada negara-negara yang mempunyai kualiti air paling bersih di dunia. Pihak kerajaan melindungi sumber air dan wajib bagi mereka untuk membekalkan air minuman yang berkualiti.
Ads
3. Perancis
Tahap bakteria dalam air paip di negara ini adalah pada kadar rendah,malah air sungainya juga bersih dan segar.
2. Luxemburg
Negara ini mempunyai banyak sumber mata air dan dirawat di loji-loji yang sangat canggih demi menjamin keselamatan dan kebersihannya.
1. Switzerland
Switzerland telah mendapat jolokan sebagai “Water Tower of Europe” dan tidak hairanlah jika negara ini mempunyai sumber air paip bersih yang terbaik di bumi.
Linkin Park baru-baru ini telah kembali semula dengan barisan ahli terbaru, sekaligus memperkenalkan karya pertama mereka sejak kematian vokalis utama Chester Bennington pada 2017.
Menurut laporan AP, kumpulan rock terkenal itu telah memperkenalkan vokalis baharu, Emily Armstrong, serta pemain dram, Colin Brittain sambil mengekalkan ahli kumpulan lama seperti Mike Shinoda, Brad Delson, Phoenix, dan Joe Hahn.
Shinoda dan Armstrong akan berkongsi tugas sebagai vokalis, dan apa yang menarik kumpulan ini juga mengeluarkan single baru berjudul ‘The Emptiness Machine’ dan album baru ‘From Zero’ yang akan dilancarkan pada 15 November ini.
Kredit: 1news
Sekadar info, Linkin Park merupakan salah satu kumpulan muzik yang popular pada tahun 2000-an, mula meraih populariti terbesar mereka bersama vokalis ikonik Bennington, namun perjalanan mereka terhenti selepas beliau meninggal dunia pada usia 41 tahun.
Kumpulan itu juga melancarkan beberapa edisi semula album popular mereka, termasuk edisi ulang tahun ke-20 untuk ‘Hybrid Theory’ dan ‘Meteora’, serta koleksi lagu hits bertajuk ‘Papercuts’.
Dalam pada itu, Shinoda menjelaskan bahawa tajuk album baru kali ini ‘From Zero’, merujuk kepada permulaan mereka sebagai kumpulan bernama ‘Xero’ dan perjalanan baru yang sedang mereka lalui sekarang bersama barisan anggota yang baru.
Linkin Park juga mengumumkan konsert jelajah dunia bertajuk ‘From Zero World Tour’, dengan lima konsert dijadualkan di Los Angeles, New York, Hamburg, London, dan Seoul, serta satu lagi di Bogotá, Colombia, pada November akan datang.
Sumber: Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan Pelakon terkenal Korea Selatan, IU baru-baru ini mendermakan wang sejumlah 100 juta won bersempena Hari Kanak-Kanak Korea.
Melalui aplikasi X, IU atau nama sebenar Lee Ji-eun berharap agar lebih ramai kanak-kanak membesar dengan sihat dan dilimpahkan kasih sayang.
“May all children be loved and grow up healthily. Support for IUEANA this spring.”
Kredit: X IU Official
Sejak menempa nama dalam industri hiburan, IU bukan sahaja terkenal dengan bakatnya.
Malah, dia yang terkenal dengan gelaran Nation’s Little Sister itu juga sangat disegani kerana sifat pemurahnya yang suka menderma kepada golongan yang memerlukan.
Difahamkan, jumlah yang didermakan oleh IU sempena Hari Kanak-Kanak Korea Selatan setiap tahun sehingga kini sahaja sudah mencecah lebih kurang 5 billion won!
Selain itu, IU juga sedang aktif dengan konsert jelajah dunia H.E.R. World Tour Concert dan bakal membuat persembahan secara langsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada 8 dan 9 Jun ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjulang Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda sememangnya satu tugas yang sangat penting seorang wartawan baik di dunia percetakan ataupun digital. Kami di Remaja juga tidak lari dari segi tugas untuk mendidik dengan memberikan kandungan terbaik kepada jutaan pembaca di luar sana.
Dalam keriuhan dan rancaknya penggunaan media sosial kini, jangan pula kita lupa untuk mengamalkan penggunaan Bahasa Melayu dengan betul. Hari ini Nu Ideaktiv Sdn Bhd, telah menerima kunjungan mesra dari bahagian penguatkuasaan Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Diskusi yang berlangsung selama lebih kurang sejam mengetengahkan isu penggunaan Bahasa Melayu dengan betul dari segi tatabahasa dan penggunaan perkataan yang sesuai untuk digunakan dalam penulisan. Banyak input-input menarik yang diperolehi dan semestinya akan diterapkan dalam setiap aspek penulisan di majalah-majalah milik Nu Ideaktiv Sdn Bhd.
Wakil DBP (bertudung hijau muda) Bersama CEO Nu Ideaktiv, En Syamil Fahim dan juga editor-editor pengurusan Nu Ideaktiv.
Siapa lagi yang hendak memartabatkan Bahasa Melayu kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia bukan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!