Baru-baru ini, Jisoo Blackpink berjaya mencuri perhatian apabila tampil memukau di acara Canneseries Festival di Perancis, sekaligus mencipta sejarah tersendiri di pentas antarabangsa.
Penampilan beliau di ‘pink carpet’ dengan busana rona merah jambu yang elegan membuatkan ramai menyifatkan penyanyi dan pelakon berkenaan seperti “pink Barbie princess”, malah menjadi antara penampilan utama malam tersebut.
Menerusi laporan media antarabangsa, Jisoo atau nama sebenar beliau Kim Ji-soo (31), bukan sahaja hadir sebagai selebriti jemputan, tetapi turut mengukuhkan statusnya sebagai figura global apabila berjaya meraih anugerah berprestij Madame Figaro Rising Star Award. Lebih membanggakan, beliau turut menjadi wanita Asia pertama yang menerima pengiktirafan tersebut.
Ads
Sepanjang acara berlangsung, kehadiran Jisoo disambut meriah oleh peminat yang tidak henti-henti memberikan sorakan. Malah, visualnya yang sering digelar sebagai ‘face card’ yang tiada tandingan sekali lagi mencuri perhatian media antarabangsa, membuktikan aura bintang K-Pop ini bukan sekadar populariti kosong.
“Saya ingin menunjukkan sisi baharu diri saya melalui pelbagai projek, dan saya sangat gembira menerima anugerah yang melambangkan sokongan anda semua,” katanya.
“Saya belajar banyak perkara baharu dan menerima banyak bantuan daripada ramai pihak. Semua dorongan ini memberi saya kekuatan untuk melangkah lebih jauh,” ujarnya lagi.
Ads
Sebagai ahli kumpulan Blackpink, Jisoo sebelum ini turut aktif mengembangkan kerjaya dalam bidang lakonan menerusi beberapa drama seperti ‘Snowdrop’ dan ‘Boyfriend on Demand’. Malah, beliau juga dilihat berani keluar dari zon selesa sebagai idola untuk meneroka pelbagai cabang dalam industri hiburan global.
Menurut wakil Madame Figaro, Jisoo bukan sekadar bintang baharu, sebaliknya seorang ikon pop yang memiliki pengaruh besar merentasi bidang muzik, fesyen dan lakonan. Pengarah artistik Canneseries turut memuji keberanian Jisoo dalam mencipta semula dirinya serta kebolehannya menembusi pelbagai wilayah kreatif dengan jayanya.
Ads
Namun di sebalik kejayaan tersebut, Jisoo turut berdepan dengan kontroversi melibatkan ahli keluarganya yang tular sebelum ini. Walau bagaimanapun, pihak agensi menegaskan bahawa isu tersebut tidak mempunyai kaitan dengan artis berkenaan, sekaligus tidak menjejaskan perjalanan kariernya yang kini semakin kukuh di peringkat antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh dan pemilik jenama kecantikan popular, Athirah Kamaruzzaman atau Tyra berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan bayi sulungnya, semalam 19 Januari 2025.
Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Tyra menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi satu hantaran, Tyra kelihatan tersenyum bahagia setelah selesai melahirkan bayi perempuan mereka.
Kami telah menyambut kehadiran malaikat kecil kami yang penuh keberkatan, Tyara binti Emran pada pagi 19 Januari 2025
Tyra dan Emran meluahkan rasa syukur atas kehadiran zuriat yang dikurniakan Allah SWT dalam hidup mereka.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengikut yang rata-ratanya menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Untuk rekod, Tyra dan Emran telah mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2024 dan pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Haji Kamaruzzaman Pada majlis nikah yang berlangsung di Boathouse, Kuala Lumpur, Tyra menerima mas kahwin sebanyak RM1,111.
Sempena ulang tahun perkahwinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah yang ke-64 semalam, pasangan kesayangan negara itu telahpun meluangkan masa untuk berehat dan menikmati pemandangan indah di Pulau Lagenda, Pulau Langkawi.
Langkawi telah sekian lama menjadi destinasi pelancongan yang cukup dekat dengan hati Tun M kerana beliaulah di antara orang penting kepada penjenamaan antarabangsa Langkawi terutamanya kepada jutaan pelancong dari luar negara.
Foto yang diambil adalah berdekatan dengan kawasan penginapan eksklusif Lagoon Resort.
So, REMAJA nak ajak korang untuk melihat 3 lagi lokasi matahari terbenam lain di Langkawi yang wajib dikunjungi.
Tanjung Rhu Beach
Terletak di utara Pulau Langkawi, Tanjung Rhu bukan lagi lokasi baru untuk pelancong dalam dan luar negara melihat pemandangan Selat Melaka serta pulau-pulau kecil dari tepi pantai.
Ia tidaklah terlalu sesak dengan kehadiran pelancong seperti yang korang selalu alami di Pantai Cenang. Jadi masa matahari terbenam di sini sememangnya tenteram dan romantik!
Telaga Harbour Boardwalk
Kawasan ini persis berada di destinasi luar negara seperti Monaco disebabkan oleh kehadiran jeti dan kapal-kapal mewah peribadi. Terletak di Pantai Kok, Telaga Harbour Boardwork agak ‘sibuk’ menjelang waktu senja kerana pelancong gemar untuk ke restoran dan bar di sini bagi menikmati pemandangan matahari terbenam.
Tengah Beach
Satu lagi lokasi yang tidak terlalu popular seperti Pantai Cenang, penulis sendiri pernah ke sendiri untuk melihat pemandangan matahari terbenam. Dengan keluasan pantai bersih kira-kira 700 meter, korang pastinya akan enjoy formasi batuan di tepi pantai yang boleh dipanjat demi OOTD di Langkawi. Snap away guys, sinaran mataharinya memang indah.
Langkawi Lagoon
Seperti yang korang lihat pada foto yang dimuat naik oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, ini adalah salah satu kawasan tanjung yang paling romantik di Pulau Langkawi kerana pemandangan dan struktur binaan rumah kayu milik resort Langkawi Lagoon.
Ramai juga pelancong yang ke sini dengan membawa bakul piknik. Korang juga boleh melawat warung-warung BBQ yang ada berhadapan dengan kawasan pantai.
*
Kalau korang lebih hendak feeling macam pergi ke Bali. haa ini itenarari di Pulau Pinang yang pernah REMAJA kongsikan..
Menghabiskan masa seharian di luar dengan kesibukan di tempat kerja atau aktiviti di kolej kadang kala menjadi kekangan buat korang untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat.
Nak ke gimnasium pula bukan calang-calang bayaran yang dikenakan. Sudahnya, bila berat badan mula naik dan baju-baju mula rasa sendat, menangislah korang sorang-sorang tepi bucu katil.
Nah, jangan risau. Apa yang REMAJA nak kongsi kan ini adalah 18 jenis home workouts yang korang boleh buat sendiri bila pulang ke rumah. Simple dan mudah, senaman-senaman ini juga sesuai bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia kecergasan ni.
Jadi jom mulakan hari ini. Jangan tangguh-tangguh lagi.
1. Jumping Jack
2. Flutter Jump
3. Cross Jack
4. Frog Jump
5. Side Jump
6. Sumo Squat
7. Narrow Squat
8. Lunges
9. Lunges High Knee
10. Mountain Runner
11. Mountain Cross
12. Mountain Climbers
13. Race Block
14. Plank Jack
15. Push Up
16. Wide Push Up
17. Triangle Push Up
18. Staggered Push Up
Apa yang paling penting adalah formation yang betul dan lakukan dengan disiplin. InsyaAllah kalau korang mula daripada sekarang, raya nanti pasti nampak hasilnya.
BIGBANG 2026 World Tour rasmi diumumkan dengan Kuala Lumpur tersenarai sebagai destinasi konsert pada 9 Januari 2027. Ketahui maklumat terkini mengenai jelajah dunia, anggota yang terlibat dan jangkaan peminat Malaysia.