Siapakah gadis yang telah berjaya menambat hati bintang pop sensasi generasi millenial paling terkenal, Justin Bieber? Mungkin itulah yang menjadi persoalan pada kamu terutama yang tidak berapa mengenali Hailey Baldwin.
Malah pada awal bulan ini, Justin dan Hailey telah mengumumkan pertunangan mereka sekali gus menghancurkan harapan peminat yang ‘stan’ relationship antara Justin dan Selena Gomez. Mungkin sudah tiba masa untuk peminat move on barangkali?
Dan dalam tempoh dua tiga hari kebelakangan ini, sudah timbul banyak cerita tentang perkahwinan mereka yang dijangka akan dilangsungkan dalam masa terdekat!
Wow, walaupun hanya secara terbuka mereka bercinta lebih kurang dalam masa sebulan nampaknya Justin dan Hailey benar-benar ingin membawa hubungan mereka to the next level.
Jadi siapakah gadis yang dianggap cukup bertuah berjaya mencuri hati Justin Bieber? Jom kita kenali Hailey Baldwin!
Peminat filem Hollywood pasti sudah biasa dengan nama keluarganya, Baldwin. Keluarga Baldwin memang terkenal dengan ahli keluarga mereka yang ramai bergelar sebagai pelakon. Ayah Hailey merupakan aktor terkenal Hollywood, Stephen Baldwin dan 3 orang pakciknya iaitu Alec, Daniel Baldwin juga bergelar pelakon.
Ya, Hailey Baldwin merupakan seorang peragawati atau model. Seawal usia 18 tahun dia dilamar oleh agensi modelling terkenal, Fords Model. Kini dia bernaung di bawah agensi berbeza yang juga sangat popular iaitu IMG Models. Pernah muncul dalam banyak majlah fesyen terkenal seperti Vogue, Teen Vogue, Tatler dan banyak lagi.
Ads
BFF
Hailey merupakan kawan baik atau BFF kepada adik-beradik Jenner iaitu Kendall dan Kylie. Mereka sering kali dilihat meluangkan masa bersama-sama terutama ketika perfi bercuti.
FOLLOWER
Dia merupakan antara model dan peragawati muda yang sangat berpengaruh di laman media sosial terutamanya di Instagram. Sehingga kini Hailey mempunyai jumlah follower melebihi 14.1 juta orang!
Hailey Baldwin pernah secara terbuka memberitahu follower di Instagram bahawa pelakon lelaki paling diminatinya ialah Leonardo Di Caprio. Dalam temubual bersama majalah LOVE, Hailey berkata karisma yang dimiliki oleh Leonardo sebagai pelakon sangat dikaguminya.
BELAJAR
Sudah menjadi satu perkara kebiasaan bagi anak-anak selebriti terkenal di Holywood untuk mendapat pelajaran di rumah atau homeschool. Namun bagi Hailey, dia memulakan pengajian persendirian selepas tamat gred 8.
BERLAKON
Ads
Ingin mengikut jejak langkah ayah dan pakcik-pakciknya, Hailey turut menaruh harapan untuk menjadi seorang pelakon. Walaupun belum pernah muncul memegang watak utama tetapi Hailey sudah pun melakukan kemunculan di dalam program TV. Sebagai contoh dia pernah muncul di program Saturday Night Live.
PENARI
Hailey merupakan seorang penari balet yang sangat berbakat. Ketika kecil, Hailey merupakan penari yang cukup aktif dan pernah bercita-cita menjadi seorang ballerina.
PEMINAT BEYONCE
Model jelita ini cukup mengagumi bakat nyanyian the queen bee, Beyonce. Seringkali di Twitter miliknya dia memuji penyanyi hebat itu.
JENAMA
Sebagai antara orang yang cukup aktif dalam industri fesyen, Hailey turut memiliki label pakaiannya tersendiri. Sehingga kini dia telah berkolaborasi bersama The Daily Edited dengan koleksi beg tangan #theHAILEYedited dan kasut Public Desire, #PDxHB.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zoo Negara yang asalnya dulu selalu menjadi tarikan para pelancong dari dalam dan luar negara kini telah menjadi tempat untuk bersanding juga.. Kalau dulu masa korang kecik, selalu datang nak tengok haiwan, sekarang boleh tengok pengantin bersanding sekali! Dua pasangan pengantin ini yang juga merupakan kakitangan di Zoo Negara telah diraikan didalam sebuah upacara Walimatul Urus – Raikan Cinta yang berlangsung pada hari ini bertarikh 9 April 2021.
Dua pasangan yang bernama Mohd Hafizi Azahari dengan Mustaza Syirin Mustafa dan Mohamad Rafiq Syafiq Mohamad Salehuddin dengan pasangannya Nursyahidah Ismail telah diraikan di Panggung Tunku Abdul Rahman yang bertempat di Zoo Negara.
Sumber foto: Sinar Harian
Disebabkan PKP yang lama baru-baru ini, pendapatan Zoo Negara telah terjejas, lalu mereka mengambil inisiatif ini untuk menjana pendapatan mereka untuk menampung perbelanjaan Zoo tersebut. Mengikut Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata ianya akan menjadi sebagai produk pemasaran untuk mempromosikan pakej perkahwinan di Zoo Negara. Dia juga berkata tetamu yang hadir akan diberikan 50 peratus diskaun tiket kemasukan ke Zoo Negara pada hari berkenaan.
Walau bagaimanapun, mereka masih dalam perancangan untuk mengadakan idea ini dijangka selepas Aidilfitri nanti, dan jika mereka boleh mengadakan majlis perkahwinan di Dewan Kancil, Zoo Negara, mereka akan mengkaji terlebih dahulu tentang prosedur operasi standard (SOP) yang bersesuaian untuk tetamu yang akan hadir.
So, lepas ni kalau korang datang Zoo Negara nampak pengantin tengah berjalan, jangan terkejut ye! Dorang bukan datang untuk nak photoshoot tapi untuk bersanding dekat sana!
Isu buli bagai tiada kesudahan di kalangan pelajar sekolah. Tidak hanya berlaku di negara kita, budaya buli juga terjadi di luar negara. Lebih menakutkan mangsa buli nekad untuk menggantung diri kerana tidak tahan diejek.
Ternyata tindakan seorang ibu yang memuat naik rakaman video anaknya yang meminta tali untuk menggantung diri selepas tidak tahan dibuli rakan sekolahnya menjadi perhatian dunia sehingga ramai termasuk pelawak terkenal mahu memberinya pertolongan dan lebih menarik, wang sebanyak USD150,000 sudah berjaya dikumpul untuk memberikan kebahagiaan kepada Quaden, 9 tahun termasuk pergi ke Disneyland.
Dalam satu kejadian di sekolah, seorang ibu, Yarraka Bayles memuat naik mata anaknya kelihatan merah serta bengkak kerana baru habis menangis di mana anaknya yang mengidap Dwarfisme (penyakit mengakibatkan tubuhnya agak kerdil berbanding rakan sebaya) meminta tali untuk menggantung diri kerana tak tahan diganggu rakan sekolah yang mengejek fizikalnya itu.
“Aku ingin seseorang membunuhku”.
“Aku hanya ingin menusuk jantungku”jerit Quaden lagi.
Yarraka kemudian menelefon pihak sekolah dan memaklumkan beginilah emosi anaknya bila sering dibuli di sekolah dan sebagai ibu ia amat menakutkan kerana selama ini dia begitu kasihkan anaknya itu.
“Orang tidak pernah tahu betapa sakitnya emosi kami sebagai ahli keluarga bila anak berkata begini,” kata Yarraka yang kepala anaknya sering ditolak rakan sekolah.
An Aussie mum's strong message about bullying has gone viral and is breaking people's hearts. pic.twitter.com/RBmLUBxtQf
Ekoran itu, video yang dimuat naiknya itu menjadi viral di seluruh dunia dan mendapat perhatian. Ia ditonton 134 ribu kali di media sosial. Paling mendapat perhatian apabila Liga Rugby Nasional Australia mengajak Quaden datang ke padang dan bersama-sama mereka.
Seorang lagi insan, Latrell Mitchell menulis kata-kata yang sangat indah buat Quaden.
“Kami tahu kamu sedang alami masa sulit. Tapi anak, kami di sini menyokong kamu,’. Malah begitu banyak kata-kata positif datang buatnya.
Malah pelawak Brad William juga berusaha menubuhkan tabung GoFundMe dan terkini sejumlah 150,000 sudah terkumpul di mana agar kanak-kanak itu dapat dibawa ke Disneyland untuk menggembirakan hatinya. Bagi Brad yang juga pengidap Dwarfisme, dia faham bagaimana perasaan orang di buli dan mengharapkan orang ramai menghentikan budaya membuli ini yang terbukti merosakkan banyak jiwa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila menonton filem tamil mahupun Hindustan, kita sering disajikan adegan polis menerima rasuah dari pemimpin politik, gangster dan juga orang berkepentingan. Jika sudah menerima rasuah, biasanya semua kesalahan ditutup sebelah mata saja.
Ada juga adegan memaparkan pegawai polis yang cuba membanteras gejala rasuah dan tak makan umpan diberikan oleh golongan politik ini. Semua jalan cerita seakan mengiyakan budaya rasuah di kalangan penjawat awam itu wujud.
Terkini, bagaikan adegan dalam filem, seorang pegawai polis dengan pangkat Assistant Commissioner Yelmakuri Narasimha Reddy yang memiliki harta 70 juta rupee bersamaan RM394 juta.
Perghhhh, rasa-rasa perut buncit tak? Hikz.
Dalam satu siri tangkapan paling mengejutkan di India, pihak Badan Anti Rasuah India (CBI) menangkap pegawai polis ini yang asetnya mencecah 70 juta rupee.
Kekayaan pegawai korup ini diketahui selepas satu serbuan dibuat di Telangana hingga Andhara Pradesh yang mana ia termasuk ladang pertanian dimilikinya.
Dari satu siasatan pihak CBI India melakukan 25 penyerbuan di lokasi berbeza. Bermula dari Hyderabad hingga ke daerah Anantapur.
Ia adalah harta dikumpulkan dengan mengambil rasuah serta kegiatan jahat lain dilakukan oleh pegawai polis ini.
Huh, macam dalam filem pulakkan. Dan pastinya time begini, ada hero kacak yang akan datang membelasah konco-konco yang melindungi polis ini seorang diri.
Ketika ditangkap, Reddy dikatakan bertugas di bahagian Malkajgiri yang berada di Penyelaras Komisarat Polis Rachakonda. Dalam satu laporan berita oleh Gulf News, Reddy dikatakan memulakan kerjaya polisnya pada tahun 1991 dengan pangkat Sub Inspektor.
Dalam kejadian ini, pihak berkuasa telah menyita tanah miliknya seluas 22 hektar di Anantapur, gedung empat tingkat di Hyderabad, dua biji rumah, dua akaun bank, bisnes lain serta pelaburan di beberapa buah estet. Malah hasil siasatan menjangkakan nilai 70 juta rupee ini akan meningkat selepas semua siasatan dilakukan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!