Harga runcit bagi petrol nampaknya naik lagi dan menjadikan harga baharu untuk ketiga-tiga bahan bakar itu adalah RM1.93 (RON95), RM2.23 (RON97) dan RM2.11 (diesel). Ini berikutan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Berikutan daripada harga terkini petrol yang dilaporkan pada Jumaat lalu, mungkin ada diantara kita yang ingin mengambil inisiatif untuk menjimatkan minyak kenderaan.
Jadi apa yang korang boleh buat, cuba tip yang telah dikongsi oleh laman SafetyGear ini.
1. Biarkan enjin kereta sekurang-kurangnya 30 saat sahaja setelah enjin dihidupkan. Tidak perlu tekan pedal minyak untuk memanaskan enjin kerana ia hanya akan membazirkan minyak sahaja.
2. Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ia mempunyai wap yang berlebihan. Jika korang mengisi minyak pada waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar daripada tangki minyak.
Oleh yang demikian, bagi mengurangkan kerugian petrol ‘hilang’ ditelan angin, jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.
Ads
Tapi, kalau minyak kereta dah nak habis sangat, janganlah korang tunggu pagi esoknya. Hiks!
3. Isi minyak dengan perlahan-lahan, cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangka dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak kereta. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.
4. Tayar kereta juga memainkan peranan. Pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah 5 peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.
8. Jika korang sudah tahu nak berhenti dimana, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur dan elakkan brek mengejut.
Ads
9. Apabila cuaca sudah sejuk (malam atau di tanah tinggi), bolehlah matikan aircond kereta. Selain itu, korang juga boleh matikan aircond sekiranya sudah hampir tiba ke destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.
10. Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu untuk melancarkan pergerakkan kereta. Jika tidak, kereta akan mengalami rintangan angin menyebabkan kereta bergerak perlahan dan menyebabkan korang menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.
Ada beberapa tip yang biasa kita dengar dan tak kurang juga tip baru yang dipelajari. Jadi, pilihan tetap ditangan korang sama ada ingin cuba tip yang dikongsikan ini atau tidak.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan usaha kerajaan negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan untuk merealisasikan kadar gaji minimum yang lebih kompetitif, termasuklah menyasarkan RM4,000 sebulan untuk graduan baharu.
Menerusi hantaran di Facebook pada 9 Julai lalu, beliau berkata perkaa itu sedang diperhalusi melalui Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) sebagai salah satu inisiatif strategik kerajaan negeri bagi menarik pelabur dan syaikat di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Apabila semakin ramai graduan berbakat dan berkualiti yang berkhidmat di zon Johor tersebut, maka semakin berkembanglah potensi bagi menarik lebih ramai pelabur ke sana.
Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz bin Dato’ Ghazi.
“Langkah ini penting bagi memastikan kesejahteraan pekerja tempatan terus terbela, selain menarik minat bakat-bakat berkualiti untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Johor.
“Semoga segala usaha ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan segala aspirasi besar di bawah Agenda Maju Johor 2030 dapat direalisasikan demi kemajuan negeri yang seimbang, mampan dan inklusif, insya-Allah,” catatnya.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Dalam pada itu, antara perancangan jangka masa panjang lain oleh kerajaan negeri Johor termasuklah bekalan air bersih dan penambahan kapasiti agihan air terawat terutamananya di kawasan strategik seperti JS-SEZ apabila pelbagai projek infrastruktur baharu diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai isu gaji pokok rendah yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat di Malaysia terutama apabila dibandingkan dengan negara-negara serantau.
Pada Februari tahun ini pula, Kementerian Sumber Manusia menetapkan perintah gaji minimum baharu yang dikuat kuasakan di seluruh negara pada kadar RM1,7000 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih dan majikan yang menjalankan aktiviti profesional tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan majikan tersebut.
Bermula 1 Ogos 2025 pula, KESUMA menetapkan agar kuat kuasa perintah gaji minimum berkenaan dikenakan ke atas majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penampilan solekan pelakon berbakat besar, Janna Nick sewaktu majlis perkahwinannya baru-baru ini, tular apabila dia menggunakan khidmat jurusolek profesional dari Thailand yang dikenali Babara Beep.
Sewaktu majlis resepsi tersebut, wajah pelakon drama popular Syurga Nur itu kelihatan sangat manis berseri apabila dirias oleh jurusolek terkenal daripada negara seberang itu.
Terbaharu, usahawan dan jurusolek terkenal tanah air, Datuk Alha Alfa telah mengambil inisiatif dengan menghadiri kelas secara persendirian dengan Babara Beep, selepas menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang mahukan dia turut membuat look sama seperti jurusolek tersebut.
“Hari pertama. Okey nak sangat look Thailand-Thailand kan? Saya hadirkan 1st class ever in my life with talented @babarabeer_makeup, 1 to 1 private class with him.
“Selepas ini cakap sahaja nak solekan macam mana… Malaysia boleh, Indonesia boleh, Thailand boleh. Soon Hollywood okey! Siapa suka look ini? Angkat tangan? ” kongsinya di Instagram.
Perkongsian tersebut sekali gus mendapat pujian daripada warganet terutama kalangan peminatnya kerana dia tidak jemu untuk menuntut ilmu walaupun sudah mempuyai nama sendiri.
“I salute your effort. This is not abt competing but exploring new adventures and takes your fans&foes comments seriously. May Allah SWT showers you wt abundance of love, success and happiness,” komen seorang pengguna.
“Terbaik Datuk dah hebat tetapi masih nak tambah ilmu… Awak memang next level, Datuk terbaik,” tulis pengikutnya yang lain.
“I adore you Datu… Level-level ini pun siap pergi belajar tambah ilmu… Dah lah tidak lokek ilmu selalu beri tip. Semoga Datuk sentiasa murah rezeki boleh kami tumpang sekaki,” komen seorang lagi pengikut.
Menerusi ruangan komen sama, Babara Beer turut berkesempatan mengucapkan terima kasih kepada Alha Alfa di atas kesudiannya menghadiri kelas berkenaan.
“Thank you so much bro, love you,” coret ringkas jurusolek berkenaan.
Sekadar informasi, Alha Alfa merupakan jurumekap artis profesional Malaysia dan juga usahawan memandangkan dia adalah pemilik kepada jenama alat solek terkenal Alha Alfa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bagi individu yang ingin menurunkan berat badan, salah satu usaha yang mereka akan amalkan adalah dengan pengiraan kalori yang diambil setiap hari. Penah dengar tak orang turun berat badan dengan makanan rendah karbo?
Salah satu menu rendah karbo dan enak yang boleh korang cuba ialah ‘Terung John’ ini.
Menurut empunya resipi, saudari Noorul Izzah Marzuki, menu ini adalah salah satu menu rendah karbohidrat yang diamalkan oleh beliau dan suami semasa proses menurunkan berat badan dari 130kg ke 65kg manakala suaminya dari 195kg ke 85kg. Bahkan mereka juga berjaya mengawal diabetes dan juga tekanan darah tinggi. Wow…Boleh dicuba ni. Jom lihat cara-caranya.
RESEPI TERUNG JOHN SEDAP UNTUK DIET
BAHAN-BAHAN: 1 biji terung panjang – potong memanjang 1 homemade beef patty/daging burger 3 biji telur Garam pink himalaya Serbuk lada hitam Sedikit daun ketumbar Sayuran/kubis
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan dan masakkan sekejap daging burger di dalam kuali. 2. Bancuh telur dengan serbuk lada hitam, garam dan daun ketumbar di dalam mangkuk. 3. Kemudian masukkan daging burger hancur yang dimasakkan sebentar tadi (nak letak apa-apa rempah atau serbuk kari pun boleh). Ketepikan. 4. Panaskan sedikit mentega di dalam kuali, tabur garam dan serbuk lada hitam, panggang terung yang dipotong memanjang sehingga masak. Ketepikan. 5. Seterusnya, tuang adunan telur dalam kuali, ratakan. 6. Bila telur sudah masak bahagian bawah, ambil potongan terung yang sudah dipanggang tadi, tampalkan diatasnya.
7. Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayones (kewpie merah) dan sayuran/kubis.
Tapi korang jangan pula letak mayones banyak-banyak, nanti terus jadi menu tak sihat. Selamat mencuba!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.