Syarikat mobiliti global ECA International telah mengeluarkan senarai tahunan bandar paling mahal di dunia untuk didiami, dan sekali lagi Hong Kong telah menduduki tempat pertama dalam senarai.
Hal ini diambil kira berdasarkan beberapa faktor, termasuklah harga purata bahan makan di rumah seperti susu dan minyak masak, sewa, utiliti, pengangkutan awam dan kekuatan mata wang tempatan.
Ini merupakan kali ketiga tahun berturut-turut Hong Kong menjadi bandar paling mahal di dunia dalam indeks ECA. Indeks itu juga secara khusus memberi tumpuan kepada pekerja asing dan ekspatriat. Lebih mengejutkan lagi, keputusan itu menunjukkan bahawa Asia sebagai benua paling mahal apabila lima bandar raya seperti Hong Kong, Tokyo, Shanghai, Guangzhou dan Seoul menduduki tempat 10 teratas dalam senarai.
Selain itu juga, Asia menunjukkan peningkatan dalam senarai keseluruhan dan menjadi antara bandar paling pesat. Sri Lanka melonjak 23 anak tangga daripada kedudukan 162 kepada 149.
Ads
Pengarah Serantau ECA Asia, Lee Quane menjelaskan negara China semakin meningkat dalam indeks tersebut adalah kerana majoriti bandar-bandar tanah besar China mempunyai kadar inflasi yang lebih tinggi daripada biasa. Oleh itu, sebab utama peningkatan kedudukan mereka adalah kerana kekuatan Yuan China berbanding mata wang utama lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah lama rasanya kita tidak melihat syarikat penerbangan tambang murah AirAsia menawarkan promosi tiket penerbangan tanpa had kepada pengguna. Mana tidaknya, dengan keadaan negara yang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang tidak boleh bergerak bebas dan hanya berada di rumah sahaja.
Kini, AirAsia telah pun membuat promosi hebat dengan menawarkan AirAsia Asean Unlimited dengan hanya berharga RM599. Korang boleh membuat penerbangan domestik ke seluruh negeri dan beberapa negara Asean seperti Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar dan Brunei. Namun, tawaran ini tidak terbuka bagi penerbangan ke China.
Pembelian boleh dibuat bermula jam 10 pagi tadi (3 Mac) hingga 7 Mac 2021 jam 11.59 malam mengikut terma dan syarat.
Tarikh pernerbangan adalah bermula 17 Mac 2021 hingga 26 Mac 2022 dan tarikh menebus dari 3 Mac 2021 hingga 12 Mac 2022.
Ha, macam mana guys? Ada yang dah confident nak bercuti ke luar negara ke? Hiks!
Sekiranya tidak ke luar negara, korang bolehlah gunakan pass ini untuk percutian domestik juga.
Resipi wrap menjadi viral di media sosial apabila seorang pengguna TikTok di luar negara yang dikenali sebagai @ellcarter1 memuat naik tutorial ringkas bagaimana untuk menyediakan menu wrap yang simple namun tetap menyelerakan.
Menu ini juga sesuai untuk korang yang sedang berdiet atau dibuat untuk makan pagi mahu pun sebagai snek waktu petang. Cara penyediaannya juga mudah dan tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.
Jom kita ikut resipi yang telah dikongsi oleh Noor Huda ini.
Bahan-bahan:
– Wraps Mission (original)
– Telur kari (guna scrambled egg pun boleh)
– Serunding ayam (ikut pilihan korang)
– Timun Jepun (salad, tomato pun boleh)
– 1 keping cheese
Cara menyediakan:
1. Letakkan wraps di atas pinggan dan isikan sekeping wraps tersebut dengan 4 bahan di atas.
2. Potong pada satu bahagian wraps, kemudian balutkan ikut arah jam satu persatu.
3. Kemudian, masukkan ke dalam air fryer.
4. Siap!
Kalau nak tahu cara yang lebih detail, korang boleh lihat sendiri di video TikTok berikut:
Dua wakil tanah air, HomeBois dan SRG.OG kini bersedia menggalas cabaran besar di pentas antarabangsa apabila bakal bertanding dalam kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Mid Season Cup (MSC) 2025 yang bakal berlangsung di Riyadh, Arab Saudi.
Kedua-dua pasukan ini membawa bukan sahaja nama pasukan masing-masing dalam e-sukan, malah kedua pasukan juga membawa semangat dan harapan seluruh rakyat Malaysia.
Menurut pengurus pasukan HomeBois, Glorial, pasukannya kini berada dalam fasa latihan intensif sebagai persiapan menghadapi MSC.
Glorial dari HomeBois
“Sudah pasti kita akan training tiga kali sehari. Selepas training, kita akan suruh player rank untuk tambah chemistry mereka dan juga master mereka punya hero power yang kita akan bawa,” katanya ketika ditemui pihak REMAJA.
Jelasnya lagi, pendekatan berstruktur ini dilihat penting bagi membina keserasian dalam kalangan pemain serta memastikan strategi yang dibina berada pada tahap optimum.
Amir Syafiq dari SRG.OG
Sementara itu, pengurus SRG.OG, Amir Syafiq turut berkongsi pendekatan sama dalam rutin harian pasukannya.
“Kami juga sama seperti HomeBois training 8 ke 11 jam sehari, enam hari seminggu. Jadi ada sehari untuk mereka berehat dan luangkan masa bersama keluarga,” kata Amir.
“Selain itu, kami juga ada sesi gym untuk kuatkan stamina dan fizikal mereka. Player juga ada internal aktiviti macam bonding date untuk mereka refresh dan rehatkan minda,” ujarnya lagi.
Pasukan Selangor Red Giants yang menjuari MPLMYS15 baru-baru ini
Pada masa yang sama, Amir menegaskan bahawa elemen fizikal turut memainkan peranan penting walaupun permainan ini dijalankan secara digital.
“Walaupun main game ini dalam telefon saja. Tapi yang menggerakkan badan dan pemikiran mereka untuk bermain itu adalah fizikal mereka sendiri. Jadi nak tak nak kami kena seimbangkan in game mental dan juga fizikal”
“Bila main tournament boleh jadi dari pagi sampai malam, jadi nak kena kuatkan fizikal juga sebab itu kami kena ada gym session,” tambahnya.
Menjelang kejohanan antarabangsa yang akan berlangsung tidak lama lagi, kedua-dua pasukan turut tidak terlepas daripada tekanan daripada para peminat bagi mendapat pencapaian yang lebih baik.
“Kebanyakannya peminat akan bagi sokongan, macam sebelum ini mereka datang waktu game. Sekarang, ramai yang suka tinggalkan komen di media sosial untuk beri semangat,” kata Glorial.
Jelas Glorial lagi, tekanan sudah pasti ada tetapi mereka menganggap ia sebagai sesuatu hal yang baik bagi mencapai prestasi terbaik di pusingan antarabangsa sambil menyifatkan sokongan peminat sebagai motivasi positif.
SRG.OGHomeBois
Dalam pada itu, Amir turut mengakui bahawa jangkaan tinggi daripada para penyokong turut menjadi cabaran utama buat SRG.OG.
“Tekanan boleh dirasakan dari segi ekspektasi orang ramai, mereka berharap kami mengulangi semula kejuaraan itu back to back. Akan tetapi kami SRG.OG secara dalaman akan cuba elakkan hal lain yang beri tekanan yang tak diperlukan,” jelasnya.
“Kami datang ke MSC nak jadi underdog and menang. Jadi bila menang nanti, barulah kami anggap kejuaraan ‘back to back’ itu sebagai bonus,” ujarnya.
Mengakhiri temubual, kedua-dua pengurus pasukan itu turut berterima kasih atas sokongan dan kata-kata semangat yang sentiasa diberikan kepada skuad e-sukan negara serta berjanji akan memberikan yang terbaik agar dapat terus membanggakan nama negara di persada antarabangsa.
MSC 2025 bukan sekadar pentas pertandingan, tetapi juga medan buat Malaysia membuktikan bahawa kita mampu bersaing setaraf dengan kuasa besar e-sukan dunia. Ayuh, Malaysia! Kita gegarkan Riyadh bersama SRG.OG dan HomeBois!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!