“Saya kutip serpihan otak anak yang berterabur di padang sekolah. Satu-satu saya pungut sampai habis. Dia anak sayakan! Luah Roslan bin Samad, 55 tahun.
Inilah luahan sedih bapa kepada pelajar, Nur Afini Roslan yang maut ketika sedang menjalani raptai sukan sekolahnya di SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas, Negeri Sembilan sekitar jam 10.30 pagi dua hari lalu.
Dimaklumkan, bilah mesin pisau pemotong rumput dari traktor yang sedang menjalankan kerja-kerja di padang sekolah berkenaan melayang sejauh 30 meter lalu mengenai tiga orang pelajar. Sedihnya, Nur Afini maut di tempat kejadian manakala dua lagi cedera.
Roslan ditenangkan oleh YB Dato Abdul Razak, ADUN Gemas
Di wajahnya jelas kesedihan yang cukup ketara. Setiap kali ke kubur anak, dia akan menangis pilu. Jiwanya bagai dirobek. Dia sama sekali tidak menyangka, menghantar anak ke empatnya pagi itu, sekitar jam 10.40 pagi, dia mendapat panggilan telefon memaklumkan anaknya ditimpa tragedi.
Berkongsi secara bersemuka dengan Majalah Remaja, Roslan berkata, selepas mendapat panggilan telefon, dia bergegas menuju ke tempat anaknya terbaring kaku.
“Ketika saya sampai, otak anak sudah ditutup dengan plastik. Mungkin dilakukan pihak lain. Tapi bila terpandangkan serpihan otaknya, saya kutip satu persatu dan letakkan di dalam plastic.
“Luluh hati ini. terus terang saya katakan kalau anak saya masih hidup dan dia cedera ketika itu, pihak yang memotong rumput itu mungkin sudah lama kena tumbuk dengan saya.
Ads
“Saya sayangkan anak saya. Saya yang hantar dia setiap hari ke sekolah. Kalau ada latihan sukan, arwah akan maklumkan waktu baliknya dan kemudian saya akan jemput.
“Malah saya jugalah yang pujuk arwah untuk diserapkan ke sukan bagi mewakili Negeri Sembilan berbanding dia mewakili Pahang dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang lalu,” katanya yang sesekali dilihat meraup telapak tangannya.
Kenangan di hari raya tahun lalu. Arwah Nur Afini bertudung pink
Ahli keluarga ini mempersoalkan laporan akhbar dan media sosial yang menyebut kepala arwah anak mereka terbelah dua…
Mengakui “jiwanya” agak terbeban dalam sehari dua ini kerana dikunjungi dan didatangi ramai pihak namun dia akui dia perlu menerima situasi dan tragedi anaknya adalah sesuatu yang telah terjadi.
Ads
“Arwah tak mungkin hidup balik. biar banyak saya fikirkan tentang dirinya, masa depannya tetapi semua ini tak akan berulang. Ikutkan saya nak tengok arwah membesar dan seterusnya membina masa depannya. Tapi semua ini tak akan berlaku lagi,’ katanya yang sama sekali sukar menerima kenyataan bahawa kebanyakan akhbar dan media online melaporkan kepala anaknya terbelah dua.
Nafi kepala anak terbelah dua
Jelas ibu arwah, Zalina Mohd Yusof, 48 tahun, dia juga mempersoalkan isu ini. Ikutkan kepala terbelah dua ini ada macam-macam tafsiran dan pemikiran orang terhadap isu diperkatakan tetapi pihak keluarga yang melalui semua keadaan sukar ini.
“Apa maksud terbelah dua? Kalau ikutkan, terbelah dua ini terbahagi dua tapi sebenarnya hanya sedikit tempurung kepala anak yang terkena bilah pisau ini,” katanya memaklumkan hanya tahu kemalangan menimpa anaknya sekitar jam 11pagi selepas dimaklumkan oleh anak perempuannya, Nor Annisaa, 19 yang menuntut di Matrikulasi Gambang, Kuantan.
Zalina (baju hijau) juga tidak dapat menahan kesedihan berikutan tragedi menimpa anak ke empatnya itu
Dalam pada itu, Roslan yang terawal sampai di lokasi kejadian berkata, memang tempurung kepala anaknya pecah, kira-kira sebesar tapak tangan tetapi tidaklah sampai terbelah dua.
“Keadaan muka arwah elok seeloknya. Mukanya pun sangat bersih semasa kami selesai memandikan jenazahnya. Nampak seperti dalam keadaan tidur. Sangat cantik dan berseri,” katanya.
Tragedi yang menimpa, bukan sedikit ingatan untuk dipadamkan. Terlalu pahit dan sukar untuk dia menerima berita ini. Jelas Roslan, biar apa pun penambahbaikan dilakukan oleh pihak sekolah selepas tragedi ini, kenangan pahit itu tetap akan ada.
“Saya tak akan sekolahkan anak lelaki bongsu saya di situ lagi. Tu sekolah saya dulu. Semua adik beradik saya sekolah di situ dulu. Nak lalu bawa motor pun tak sanggup lagi selepas peristiwa ini. Biarlah pergi jauh. Kenangan pahit itu ada dan tak akan padam biar selama mana pun,” katanya mengakui dia tidak sempat berborak dengan anaknya pada pagi kejadian.
Dalam tragedi ini Nur Afini ditemui terbaring dan sudah gagal diselamatkan lagi selepas terkena bilah pisau yang terpelanting
Ditanya tentang tindakan kepada pihak kontraktor, buat masa ini Roslan akui dia belum berbincang dengan isterinya, anak-anak serta adik beradiknya tentang saman atau tindakan selanjutnya.
“Buat masa ini belum fikir lagi. Anak saya pun sudah tak ada. Saya terlalu sayangkannya. Susah nak cakap tentang isu ini,” katanya mengakui sesekali hatinya lemas dengan semua yang mendatang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapalah yang tahu..
Siapa sangka usaha seorang lelaki dari Amerika Syarikat kerap memuat naik videonya berpura-pura mati di TikTok telah membuahkan hasil apabila dia ditawaran berlakon di drama televisyen bersiri iaitu CSI:Vegas.
Dilaporkan, lelaki bernama Josh Nalley yang berasal dari Kentucky ini tidak mempunyai pengalaman dalam berlakon. Namun begitu perkara ini tidak memutuskan semangatnya untuk teruskan lakonan dengan harapan akan ada pihak produksi ingin mengambilnya sebagai pelakon.
Kesungguhan Josh Nalley telah mendatangkan hasil apabila salah seorang produksi daripada drama bersiri jenayah itu mengajak Josh Nalley untuk memainkan watak orang mati dalam episod akan datang.
Josh Nalley menyatakan, dia mendapat e-mel daripada CBS yang merupakan antara rangkaian televisyen utama di Amerika Syarikat dan memaklumkan bahawa mereka tertarik dengan video TikTok milik Josh membuatkan mereka ingin tawarkannya berlakon.
Pada mulanya Josh Nalley tidak percaya tetapi pihak CBS telah membawanya terus ke California dan berjumpa dengan Mario Van Peebles iaitu pengarah drama CSI:Vegas.
Menurut Josh Nalley, sebab dia ingin berlakon watak orang mati adalah kerana dia tidak suka bercakap di hadapan kamera tetapi watak mati boleh buatkan dia hanya perlu baring dengan mudah.
Senang kerja dia kan..hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah!
Tuah tahun baru 2022 buat Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Hajah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar apabila baginda berdua dilaporkan telah menimang dua cucunda, baru-baru ini.
Khabar gembira itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara yang memaklumkan bahawa Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser telah diputerakan pada 31 Januari. 2022.
Sementara itu, Tengku Aleya Norlini Shah Binti Tengku Abu Bakar Ahmad pula telah meraikan hari keputerian pada 2 Februari 2022.
Difahamkan, YM Tengku Nuh Muhammad Shah merupakan anakanda ketiga Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.
Manakala YM engku Aleya Norlini Shah pula merupakan anakanda kedua Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Menjadi tetamu Allah dalam usia yang muda merupakan sebuah rezeki yang tidak disangka-sangka. Tiga adik-beradik lelaki ini Jemaah haji termuda sempena Musim Haji 1440H/2019M.
Muhammad Wafiyulhakim Othamannor, 23, Muhammad Waizzulhakim, 22, dan Muhammad Waqiyuddin, 19 yang berasal dari Skudai, Johor telah pun berlepas ke Madinah pada Sabtu lepas bersama-sama dengan 464 jemaah haji dan 19 petugas yang lain.
Menurut Muhammad Wafiyulhakim atau dipanggil Wafi, mereka adik-beradik telah menerima tawaran mengerjakan fardu haji pada Februari lalu. Jelasnya lagi, ibu bapa mereka turut mendapat tawaran daripada Lembaga Tabung Haji (LTH) ke Tanah Suci, namun terpaksa menolak kerana perlu menjaga adik bongsu mereka yang masih bawah umur.
Gambar: Harian Metro
Simpan duit dari kecil
Wafi baru saja menamatkan Diploma Pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT dan berdoa semoga dipermudahkan urusan serta ibadah mereka sepanjang berada di sana.
Pernah menunaikan ibadah umrah pada 2014 dan ini merupakan haji yang pertama mereka, perasaan sedih dan gembira tetap ada walaupun pemergian mereka bertiga tanpa keluarga yang lain.
Wafi menceritakan bahawa ibu bapa mereka mula mendaftar haji pada 2007 dan ketika itu usianya baru empat tahun, manakala Wais dan Waqi masing-masing baru berusia tiga dan satu tahun.
Hasil kumpul duit raya setiap tahun, ayahnya simpan dalam TH kerana mereka mahu pergi ke Tanah Suci bersama-sama suatu hari nanti.
Pemergian mereka adik-beradik turut mendapat doa daripada masyarakat di Malaysia.
Kami doakan semoga urusan ibadah mereka dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur. Semoga kisah mereka ini juga dijadikan inspirasi buat ibu muda yang mungkin dah boleh merancang untuk kewangan anak mereka nanti.
Simpan duit dari kecil, nanti insyaAllah muda-muda lagi anak korang dah naik Haji. Aamiin..