Zoo Negara TERKENA Lagi, Kini Dengan Tuduhan Sukarelawan Dikacau

Share

 

Zoo Negara adalah tempat yang begitu dekat dengan masyarakat Malaysia terutamanya yang menetap di Lembah Klang.

 

Penulis pasti ramai yang pernah ke sana terutamanya semasa zaman kanak-kanak. Semuanya memori indah bukan?

Namun, hari ini tersebar sesuatu yang tidak indah berkenaan Zoo Negara.

Dalam satu paparan tular di media sosial pada hari ini, seorang pengiring daripada pihak zoo didakwa melebihi batas dan digelar ‘pervert’ oleh para sukarelawan zoo.

“Saya dan seorang kawan dituduh olehnya sebagai gadis liar (party girls). Dia kemudiannya berkongsi kisah bagaimana dia pernah berkelakuan seksual dengan beberapa rakan kerjanya serta sukarelawan juga!

“Dia secara terbuka mengaku dan kami terkejut. Apa tujuan dia memberitahu kami, dia ingat kami pun seperti itu?

“Selepas kami menolak dan mereka cipta mempunyai boyfriends, dia melabel pula kami ‘Banyak Makan Wang’ yang bermaksud kami perlu dibayar dan dibawa ke restoran mahal. Girls, keep an eye out for him!

” katanya.
Twitter

 

Twitter

Tweet tersebut mendapat perhatian ramai terutamanya selepas isu viral di mana Zoo Negara didakwa tidak memberikan makanan secukupnya kepada haiwan di situ. Ini berikutan video seekor spesis monyet sedang mengigit plastik makanan yang tersebar 3 hari lalu.

Apa sudah jadi kepada Zoo Negara?

Netizen turut mendakwa kini mereka gusar untuk (1) Melakukan kerja sukarelawan di Zoo Negara dan (2) gusar jika situasi haiwan di sana selepas ini lebih teruk memandangkan bilangan sukarelawan akan berkurangan.

*

Jika kedua-dua dakwaan di media sosial ini didapati benar, mungkin pihak pengurusannya perlu meneliti kes ini dengan lebih serius bagi memperolehi semula kepercayaan masyarakat.

IKLAN