Pelakon Hollywood, Zoe Saldaña kini mencipta sejarah baharu apabila dinobatkan sebagai pelakon dengan kutipan filem tertinggi sepanjang zaman, memintas rekod yang sebelum ini dipegang oleh Scarlett Johansson.
Pencapaian itu dicapai susulan kejayaan filem terbaharunya, Avatar: Fire and Ash, yang menyumbang lebih USD1.2 bilion kepada jumlah kutipan keseluruhan kerjayanya.
Menurut data pangkalan industri The Numbers, keseluruhan filem lakonan Saldaña kini mencatat kutipan melebihi USD15.46 bilion di seluruh dunia.
Laporan The Guardian turut mengesahkan kejayaan itu, sekali gus meletakkan Saldaña, 47, di puncak senarai pelakon paling laris dalam sejarah box office global.
Kejayaan luar biasa Saldaña banyak dipacu oleh penglibatannya dalam beberapa francais berskala mega. Antaranya termasuk siri Avatar arahan James Cameron, selain wataknya sebagai Gamora dalam Marvel Cinematic Universe menerusi trilogi Guardians of the Galaxy dan beberapa filem Avengers.
Ads
Selain Marvel dan Avatar, Saldaña turut mencatat kejayaan menerusi francais Star Trek serta filem pertama Pirates of the Caribbean, menjadikan beliau antara pelakon paling konsisten dalam filem berunsur komersial berskala besar.
Menurut The Guardian, walaupun Avatar: Fire and Ash mencatat prestasi sedikit rendah berbanding dua filem terdahulu, ia masih kekal sebagai filem nombor satu box office domestik sejak ditayangkan pada Disember lalu.
Rekod Baharu, Projek Masa Depan Menanti
Sebelum ini, Scarlett Johansson mendahului senarai selepas filem Jurassic World Rebirth mencatat kutipan global sekitar USD869 juta, dibantu oleh pelbagai penampilannya dalam filem Marvel.
Ads
Dalam perkembangan lain, Saldaña turut menyumbangkan suara dalam filem animasi Pixar, Elio, namun filem tersebut dilaporkan kurang memberangsangkan di box office.
Bagaimanapun, tahun lalu tetap menjadi detik manis buat beliau apabila memenangi Anugerah Akademi (Oscar) bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem muzikal jenayah Netflix, Emilia Pérez.
Ketika ini, Saldaña sedang terlibat dalam penggambaran musim terbaharu siri drama aksi Lioness.
Sementara itu, pengarah Avatar, James Cameron, memaklumkan dua lagi filem susulan telah dirancang, namun masih belum menerima pengesahan rasmi.
Menurut The Numbers, Saldaña diikuti oleh Scarlett Johansson, Samuel L. Jackson, Robert Downey Jr. dan Chris Pratt dalam senarai pelakon dengan kutipan tertinggi dunia.
Bagi pelakon yang tidak pernah membintangi filem Marvel, kedudukan teratas dikuasai oleh Tom Cruise, Dwayne Johnson dan Tom Hanks.
Sumber : The Guardian, Instagram Zoe Saldaña
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kuih semperit memang agak sedap. Malah ia sentiasa mendapat permintaan tinggi dari orang ramai. Sebelum ini ramai yang takut-takut nak membuat kuih ini kerana masalah mudah kembang ketika membakarnya.
Tapi dengan perkongsian dari Puan Sally Roberts di Blok Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official, kuih samperit nie gerenti jadi. Bahan-bahannya cukup mudah sangat nak dicari.
Ikuti perkongsian resipinya.
Kuih yang orang suka makan tapi takut nk buat iaitu semperit! Masa nak buat ini pun rasa seram. Saya share resepi jenis ini iaitu semperit menggunakan tiga bahan semudah ABC.
Baru sahaja ‘turun padang’ dan melepaskan rindu kepada peminat di Malaysia pada April lalu, kini kumpulan pop rock dari Korea Selatan, CNBLUE mengumumkan sekali lagi khabar gembira buat BOICE di Kuala Lumpur!
Terbaru, agensi CNBLUE, FNC Entertainment melalui laman sosial berkongsi poster pengumuman konsert ‘2024 CNBLUE LIVE – VOYAGE into X IN ASIA’ yang bakal berlangsung sepanjang tahun ini.
Kredit: FNC
Menurut agensi berkenaan, kumpulan yang menjadi salah satu tunjang generasi kedua dunia hiburan K-pop itu akan melawat beberapa bandar di negara Asia seperti Macau, Taipei, Bangkok, Kuala Lumpur, dan Hong Kong.
Maklumat lanjut akan diberikan dari masa ke semasa dan bagi butiran tempat, tarikh, dan pembelian tiket di Malaysia masih belum rasmi dikeluarkan.
Sekadar info, CNBLUE dianggotai oleh Yonghwa (vokalis utama & gitar), Minhyuk (pemain dram) dan Jungshin (pemain bass) mula meraih populariti pada tahun 2009. Kumpulan pop rock ini pastinya akan menggamit semula kenangan peminat OG dan setia K-pop di Malaysia yang sekian lama masih mendengarkan lagu-lagu hit seawal era 2008 hingga sekarang.
Woah! Memang seronok betul kalau jumpa dua kali setahun macam ini kan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hubungan bintang Enola Holmes, Millie Bobby Brown dengan anak kepada penyanyi Jon Bon Jovi iaitu Jake Bongiovi melangkah setapak kehadapan selepas dilamar oleh kekasihnya.
Malah, Millie Bobby Brown mengejutkan dunia apabila dia mengumumkan dia bertunang pada usia 19 tahun dengan teman lelakinya.
Pelakon The Stranger Things dan Enola Holmes mengumumkan berita itu di Instagram dengan gambar hitam-putih dirinya dan tunangnya. Cincin pertunangan berlian boleh dilihat di jari manis kirinya.
“I’ve loved you three summers now, honey, I want ’em all,” Millie menulis sebagai kapsyen foto dengan hati putih yang diselitkan daripada lirik lagu Taylor Swift.
Bongiovi, 20, turut berkongsi berita itu di Instagramnya sendiri, yang diberi kapsyen, “Selama-lamanya.”
Pasangan ini telah muncul di permaidani merah beberapa kali selama bertahun-tahun, termasuk di tayangan perdana antarabangsanya untuk Stranger Things Musim 4 dan Enola Holmes 2 pada tahun 2022.
Menurut laporan People, Millie dan Jake mula-mula dikhabarkan akan berpacaran pada Jun 2021 dengan memuat naik foto swafoto bersama.
Cuma pada masa itu Jake masih menyematkan perkataan BFF atau best friend forever. Kemudian pada November 2021, Milly memuat naik foto dirinya mencium Jake. Dan pada awal 2023, Millie menamakan Jake sebagai pasangan hidupnya.
Rata-rata peminat dan rakan selebriti membanjiri komen mereka dengan ucapan gembira kepada pasangan muda itu. Tak kurang juga yang terkejut dengan pertunangan mereka disebabkan usia mereka yang masih muda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!