Zayn Malik Sekali Lagi Berpisah Dengan Pasangan, Gara-Gara Ibu Gigi Hadid?

Share

Bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik khabarnya sekali lagi berpisah dengan model ternama, Gigi Hadid.

Menurut laporan media luar negara, perpisahan ini berlaku disebabkan Zayn menyerang ibu Gigi, Yolanda Hadid selepas terlibat dalam satu pertengkaran sekitar Oktober lalu.

Foto: Hollywood Life

Namun begitu, selebriti Hollywood itu menafikan tuduhan tersebut dan mengatakan ada pihak yang cuba untuk mengeruhkan lagi hubungan cinta mereka.


Gigi pula membuat satu kenyataan rasmi dengan memaklumkan bahawa dia akan memberikan tumpuan penuh buat anak mereka dan mahu melakukan yang terbaik demi Khai.

Terdahulu, pasangan ini pernah juga berpisah pada tahun 2018 namun kembali bersama dengan kelahiran anak perempuan mereka.

Sumber: (1)

IKLAN