YouTuber Ini Di Saman Syarikat Penerbangan Kerana Muat Naik Gambar Menu Tulisan Tangan

Share

Penangan kuasa viral hari ini membuatkan kita perlu lebih berhati-hati dalam melakukan setiap gerak-geri, lebih-lebih lagi di media sosial.

Seorang Youtuber Indonesia telah mendapat surat saman dari sebuah syarikat penerbangan tempatan selepas memuat naik video yang menunjukkan menu seat business class yang diberikan dengan tulisan tangan.

Vernandes telah menyiarkan video itu di instagramnya dengan kapsyen, “Menu masih dicetak, tuan”

Lelaki itu kemudiannya memuat naik video di YouTube pada 14 Julai lalu menerangkan apa yang berlaku.

Seperti yang dijangka, video tersebut menjadi viral dan menyebaban ramai masyarakat di Indonesia menghentam syarikat penerbangan tersebut kerana perkhidmatan yang diberikan sangat tidak professional.

Walau bagaimanapun, Vernandes tidak menyangka bahawa dia telah menerima surat saman daripada syarikat penerbangan tersebut yang diberi oleh pihak polis.

Menurut syarikat penerbangan itu, menu tulisan tangan tersebut tidak bermaksud untuk diserahkan kepada penumpang, sebaliknya hanya untuk kegunaan anggota kru kabin.

Berikutan daripada video Vernandes, syarikat penerbangan tersebut telah mengeluarkan pekeliling melarang penumpang daripada mengambil gambar dan video semasa dalam penerbangan.

Tindakan ini mendapat kritikan hebat dan membuatkan mereka menarik semula pekeliling tersebut. Namun, para penumpang dinasihatkan boleh mengambil gambar untuk kegunaan peribadi seperti selfie, selagi mereka tidak menyusahkan penumpang lain.

Okay macam ni punya kes pun ada. Lepas ni harap-harap korang lebih berhati-hati untuk memuat naik apa saja di media sosial kalau tak nak susah di kemudian hari.

Walau bagaimanpun, Vernandes turut menyatakan bahawa laporan polis telah pun ditarik kerana ramai yang bersuara untuk menyokong lelaki ini.

Ingat guys, gara-gara jari korang boleh bawa padah. Beringat sebelum terkena. Hiks!

Sumber: sea.mashable.com

IKLAN